𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19

206 10 0
                                    

"Bukan aku yang bunuh Anna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bukan aku yang bunuh Anna. Anna dah tak bernyawa bila aku datang masa tu. Kenapa susah sangat kau nak percaya aku?" Letih sudah Aish memujuk isterinya.

"Kenapa aku nak percayakan kau sedangkan kau sanggup acukan pistol pada kepala aku, bukan pada kepala bodoh Mejar kau?! Dasar lelaki dayus!" Isya bergelut. Dia diikat di dalam sel tahanan. Aish menahan dirinya. 

"Kenapa kau benci sangat Mejar Harraz?" Sudah puas Aish menyelidik. Namun, tidak jumpa jawapannya.

"Aku tak benci dia, Aish. Dia ialah misi dari seseorang yang sangat bencikan dia. Dia perlu disingkirkan dari Xavier sebelum ramai lagi yang jadi mangsa"

"Apa kau merepek ni? Siapa yang benci dia?" Tergelak Isya. Lucu mendengar ayat itu. Siapa yang benci dia? Banyaklah.

"See? Kau tak pernah percayakan aku sebagai isteri kau. Apa kata kau siasat sendiri mengenai Victor dan Harraz? Jangan jadi bodohlah, Aish"

"Aku tak pasti apa masalahnya tapi aku berikan kepercayaan aku penuh pada Mejar Harraz, Mejar Harith dan Mejar Victor. Aku akan buktikan segala kata-kata kau tak betul" Isya tersenyum sinis. Tidak percaya dengan kesetiaan teguh lelaki itu terhadapnya ketuanya.

"Aku tak kisahlah dengan kesetiaan palsu kau. Aku cuma nak jumpa kawan aku sahaja. Mana Miya? Mana Aidan?"

"Sampai masa makan, akan ada orang hantar makanan. Makan. Kau dah kurus" Nasihat Aish sebelum dia berlalu pergi.

"AAAARGGGHH!" Nyaring suara Isya menjerit. Lelaki itu memang menguji kesabarannya yang setipis tisu.

"Mana kawan aku?!" Seperti orang tidak siuman, Isya menjerit.

"Mereka okay" Isya memandang tajam seorang gadis lengkap berpakaian kemeja putih bersama seluar hitam.

"Kau?!" Nura menatap Isya sayu.

"Aku akan jaga mereka dari dalam" Nura berdiri di hadapan sel Isya.

"Siapa kau nak jaga mereka?"

"Aku minta maaf, Dexandra. Aku terpaksa. Mereka dah lepaskan aku dengan syarat bantu mereka berkhidmat" Isya memandang gadis itu tidak percaya. Gadis ini sudah menjadi sebahagian daripada Xavier?

"What do you think you’re doing, Nura?" Mata Hazel itu bertukar hitam. Nura mengawal reaksi.

"Jadi, apa yang aku boleh tolong, aku tolong" Nura mengelak soalan wanita itu.

"T-tapi kenapa kita tak hentikan saja semua ni?"

"Jangan merepeklah betina"

"Suami kau tak bunuh Anna. Itu yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Dia masih sayangkan kau, Isya. Tapi untuk menyebelahi kau, bagaikan dia mengkhianat negara"

"Diam, Nura" Tanpa sedar, Isya mencapai sesuatu yang diselit pada belakang seluarnya dengan keadaan tangannya terikat ke belakang.

"Semuanya dah tamat. Tuan Danny dah tiada, Dexandra"

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now