𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05

307 17 0
                                    

Waktu rehat sudah tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu rehat sudah tiba. Isya berjalan sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket kot berwarna putih miliknya. Kafe hospital diseberang jalan dituju. Sampai saja, dia memesan nasi goreng ayam butter bersama teh o ais lalu duduk di penjuru kafe. Tiga orang rakannya sudah menunggu bersama makanan mereka.

"Ramai patient ke tadi?" Nura Qistina bertanya, sahabat Isya ketika zaman kolej beberapa tahun lalu. Nura bekerja sebagai ahli farmasi.

"Tak ramai tapi ada patient yang garang sebab tu aku lambat" Mereka mengangguk faham. Sebagai doktor haiwan, mereka mengalami kesusahan untuk berkomunikasi dengan pesakit mereka. Bahkan mereka seringkali menyambut pesakit yang liar. Doktor haiwan bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

"Macam mana dengan kerja sukarela yang kau cerita tu? Kau memang nak pergi ke?" Giliran Anna Insyira pula bertanya.

Anna Insyira ialah sahabat baik Isya daripada mereka kecil lagi, sekampung dan sesekolah sehinggalah kini. Anna Insyira mengenali Isya terlebih dahulu berbanding sahabatnya yang lain. Anna bekerja sebagai seorang guru tadika.

"Memang kena pergilah" Miya menjawab bagi pihak Isya. Mereka hanya senyum penuh makna.

"Weh aku nak duduk sini!" Kedengaran suara dua orang lelaki sedang berebut kerusi. Isya dan Miya memandang sesama sendiri terkejut melihat empat orang jejaka itu.

Isya memberi isyarat pada Anna dan Nura untuk beredar. Dua gadis itu lekas-lekas beredar tanpa pengetahuan jejaka-jejaka yang kini duduk di belakang mereka.

"Eh Miya, Isya" Farez menegur mereka dahulu. Miya dan Isya membalas teguran jejaka itu. Tanpa dipelawa, Farez, Aish, Ian dan Niel duduk di meja menyertai Miya dan Isya.

"Korang buat apa dekat sini?" Niel bertanya pada dua gadis dihadapan mereka. Miya dan Isya mengeluh lemah.

PAKK

ADUH

"Apahal kau pukul aku gila?!" Marah Niel kerana Farez memukul belakang kepalanya.

"Kau tak nampak ke diorang baru habis makan? Diorang datang sini makan lah, takkan nak cari pakwe pulak" Niel mencebik geram.

Tak payah ah pukul kepala aku, bergegar otak bijak aku ni.

Sedang Farez dan Niel berlawan mulut dan Aish yang ingin menghalang mereka, Ian setia memandang tajam Isya. Isya juga memandang Ian dengan riak pelik.

'Dah kenapa pandang macam tu?'

Isya menatap tepat mata jejaka itu yang langsung tidak mengalihkan pandangannya.

'He knows'

Disaat aku tenang datang~
Kau menumpang tenang~

Teralih pandangan Ian apabila telefonnya berdering. Dia mengangkat panggilan daripada pekerjanya. Setelah panggilan dimatikan, Ian berdiri. Rakannya memandang pelik.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now