"You dekat mana?! Dah setengah jam I tunggu! You memang suka sidai I, kan?" Suara nyaring tunangnya dari dalam
earpod miliknya kedengaran."Ya Friya, I dah nak sampai ni. Sabar sikit boleh tak?" Panggilan dimatikan sebaik sahaja gadis itu meletakkan panggilan.
Signal sebelah kiri diberikan sebelum stereng kereta dipusing ke sebelah kiri. Enjin kereta dimatikan sebelum dia keluar daripada keretanya. Shopping mall di hadapan dipandang sebelum dia malas-malas masuk ke dalam mall itu.
Friya yang sedang menunggu di hadapan pintu mall melambai gembira ke arahnya. Sampai sahaja Aish disebelahnya, Friya terus memegang lengan Aish membuatkan jejaka itu terus menjauhi gadis itu. Friya hanya mencebik sedih. Mereka berjalan menuju ke tingkat atas mall menaiki escalator.
"Ya. Saya Isya Darlin. Saya gerak sekarang" Sedang Aish sibuk bermain telefonnya sementara menunggu escalator itu membawanya ke atas, suara seorang gadis di bahagian escalator menuju ke bawah menarik perhatiannya.
Dia memandang kanan melihat tubuh belakang seorang gadis bersama telefon di telinganya kelam kabut turun daripada escalator itu sebelum berlari keluar. Baru saja Aish ingin mengejar langkah gadis itu, Friya menahan.
"You nak pergi mana?" Lengan Aish dipegang tidak mahu dilepaskan. Baru tak sampai beberapa minit sudah mahu pergikah jejaka ini? Aish kembali ke posisinya. Dibiarkan saja tubuh itu berlalu pergi.
. . . . . . . . . . . .
Aish hanya mengikuti langkah Friya yang sedang memilih baju. Friya ke kanan, dia ke kanan. Friya ke kiri, dia ke kiri. Aish sudah menunjukkan muka malasnya menemani gadis ini membeli-belah. Bosan betul teman perempuan shopping ni.
"Lambat lagi ke?" Aish mengeluh.
"Ish you ni. Sabarlah, perempuan memang shopping macam ni" Friya menjawab.
"Friya, you baru je keluar dengan kawan you haritu shopping sama-sama kan? Tahulah you banyak duit. Jangan membazirlah" Friya menjuling matanya ke atas mendengar bebelan Aish.
"Waktu tu keluar dengan kawan I takkan sama bila keluar dengan buah hati I" Lembut saja Friya berkata sambil memandang wajah Aish.
"You n-" Terhenti percakapan Aish apabila telefonnya berdering menandakan ada seseorang menelefonnya. Aish keluar daripada butik itu sebelum mengangkat panggilan daripada sahabatnya, Niel Daren.
"Zuran, tolong akuuu.." Suara kesian daripada dalam panggilan mendatangkan kerutan pada wajah Aish.
"Bro, kau apahal?" Tanya Aish pelik.
"Kucing akuu sakit huhu!" Terpejam mata Aish seketika menahan geram. Ingat apalah tadi.
"Dahtu kenapa kau cari aku? Aku bukan doktor, Niel" Keluh Aish.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Acción𝑾𝒉𝒆𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒖𝒏𝒊𝒕𝒆, 𝒕𝒉𝒆 𝒆𝒈𝒐 𝒓𝒊𝒔𝒆𝒔 Kapten Aish Khaizuran, seorang ketua tentera Xavier yang berkhidmat di luar negara dan akhirnya pulang ke tanah air. Dia pulang dan bertemu si gadis yang berjaya memikat hatinya...