𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18

193 10 1
                                    

"Apa yang kamu buat ni, Isya?!" Terhinjut bahu Miya mendengar jerkahan Tuan Danny

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa yang kamu buat ni, Isya?!" Terhinjut bahu Miya mendengar jerkahan Tuan Danny. Isya hanya menekur lantai.

"Aku dah suruh hentikan semua ni tapi ka-kau serang Mejar Harraz? Bukan setakat serang, kau bunuh dua orang tentera Xavier? Kau gila ke?!"

"Saya terpaksa, tuan"

"Jangan terlalu ikutkan perasaan, Isya. Xavier bukan sebarang tentera. Jangan disebabkan tindakan kamu, orang lain jadi mangsa. Lagipun kita tak pasti sama ada betul ataupun tidak mereka yang bunuh Daisy"

"Jadi, siapa yang bunuh? Tuan ada jawapannya?" Isya menatap tajam Tuan Danny dari dalam hologram itu. Diam saja lelaki itu, tiada jawapan.

"Saya akan tamatkan apa yang saya mulakan, tuan. Saya akan bercerai dengan Kapten Aish" Miya memandang wajah Isya tidak percaya.

"Isya, k-kau-"

"Leftenan Niel, Leftenan Farez, Leftenan Ian, Kapten Aish"

"Saya akan bunuh mereka jika benar mereka yang bunuh Daisy. Serta ketua mereka, Mejar Harraz"

"Isya, kau nak bunuh diorang?!" Miya mula meninggikan suara. Takkan wanita ini ingin membunuh sepupunya?

"Kenapa? Kau yang setuju nak khianat diorang kan?" Isya menatap tajam gadis itu. Miya memejam mata. Cuba untuk bertenang.

"Isya-"

TUPP

Isya menutup hologram. Kali ini dia tekad. Dia akan bergerak solo. Isya mencapai kunci kereta sebelum dia keluar dari situ. Miya mengejarnya.

"Isya, kau tak boleh buat macam ni!"

BAMM

Isya menghempas pintu kereta. Dia berpaling memandang Miya melalui tingkap kereta. Miya tergamam. Mata dia, hitam. Miya mengeluh.

"Aku halang pun tak boleh kan?" Isya menekan pedal minyak. Meninggalkan Miya disitu keseorangan.

. . . . . . . . . . . .

Kereta dibawa menuju ke bandar.

VROOM

Isya memandang cermin sisi. Sebuah motorsikal sedang mengejarnya di belakang. Isya mengeluh. Kereta yang dibawanya ini bukannya laju. Jalan disini juga tidak rata.

Lama-kelamaan, motorsikal itu berjaya menandingi kelajuan kereta Isya. Pembonceng itu mendekatkan dirinya dengan bahagian pintu pemandu sebelum sebatang kayu dikeluarkan.

Isya pantas memutarkan stereng ke kiri mengelak serangan pembonceng itu. Jalan berbukit yang tidak rata membuatkan kereta yang dibawanya hampir hilang kawalan. Putar stereng lebih, terjunam dia ke bawah.

Motorsikal itu sekali lagi mendekati cermin kereta sebelah pemandu. Isya menggulingkan matanya.

PRANGG

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now