𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

206 11 0
                                    

Chapter ni mendedahkan maksud sebenar Dexandra. Siapa Dexandra dan apakah kehendaknya.

Aish mencari-cari kelibat isterinya di dalam rumah namun tiada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aish mencari-cari kelibat isterinya di dalam rumah namun tiada. Segala almari dan barang-barang wanita itu juga sudah tiada, tidak tinggal walaupun satu. Pantasnya wanita itu melarikan diri.

Seketika, dia teringatkan Puan Ameline yang kini di hospital. Aish bergegas mencapai kunci keretanya lalu keluar daripada condonya menuju hospital. Sepuluh minit saja perjalanan, Aish lekas berlari mendekati kaunter pertanyaan.

"Ada tak pesakit nama Ameline Zakaria?" Tercungap-cungap Aish mengambil nafas.

“Ada, wad 13” Laju langkah Aish mencari bilik itu. Sampai saja, kelihatan Aisyah menangis teresak-esak sambil memeluk bahu Tuan Adam. Wajah tua itu kosong sahaja. Aisyah memandang wajah abangnya sekilas namun Tuan Adam berada dalam dunianya sendiri.

"Mummy mana?" Aish bertanya keberadaan Puan Ameline namun tidak dijawab oleh dua manusia itu. Aisyah membuat isyarat mata ke arah sesuatu. Cermin lutsinar yang boleh melihat individu di dalam bilik. Teranjak Aish kebelakang apabila melihat sekujur tubuh tidak sedarkan diri terbaring di atas katil. Bantuan oksigen diberikan pada Puan Ameline.

'Mummy..'

TITIITT

Terkejut mereka disitu apabila bunyi mesin kedengaran. Aisyah sudah berlari memanggil doktor manakala Tuan Adam merempuh bilik itu. Mata Puan Ameline terbuka sedikit memandang kedua lelaki yang disayanginya.

"Sayang.." Ditahan airmata apabila mendengar bapanya memanggil ibunya.

"Abang tahu Line kuat. Jangan buat abang macamni sayang" Tuan Adam yang melihat mulut isterinya seperti ingin mengatakan sesuatu membuka topeng oksigen yang menutup mulutnya.

"J-ja-ngan lupa ja-janji ab-abang" Dadanya yang sesak menyukarkan dia untuk bersuara. Mata kuyunya memandang anak sulung. Aish mendekatkan telinganya mendengar suara Puan Ameline. Mungkin buat kali terakhir.

"J-janji de-dengan mummy. J-jaga daddy, a-adik d-dan i-iste-ri kamu. Mu-mummy sa-sayang kamu semua. B-bawa balik Isya ke pangkuan k-kamu. K-kirim s-salam sa-sayang mummy p-pada dia" Puan Ameline cuba menarik nafas tenang.

"Zuran janji, mummy. Zuran minta maaf. Mummy jangan tinggalkan Zuran, please"

TITIITT

Matanya kian layu. Aish dan Tuan Adam dipaksa keluar apabila doktor dan jururawat mula memeriksa Puan Ameline. Aisyah menekup mulut menahan tangisannya daripada kedengaran.

ZAPP

Beberapa minit kemudian, kedengaran langsir ditarik oleh jururawat membuatkan tiga manusia itu fokus pada Puan Ameline disebalik kaca lutsinar. Topeng oksigen ditanggalkan sebelum kain putih menyelimuti tubuh itu.

. . . . . . . . .

Aisyah memegang batu nisan yang jelas tertera nama insan yang melahirkannya buat kali terakhir sebelum dia bangkit. Beberapa minit saja dia sempat bercakap dengan Puan Ameline sebelum wanita itu dimasukkan ke dalam wad. Dia memapah Tuan Adam menuju ke kereta. Aish hanya memandang dua manusia itu yang langsung tidak menegur dirinya. Dia tahu ini semua salahnya. Dosa dia dapat, isteri meninggalkannya dan sekarang, satu-satunya wanita yang lahirkan dia pergi buat selamanya.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now