𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

322 15 0
                                    

Aish melilau mata melihat keadaan markas Zeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aish melilau mata melihat keadaan markas Zeon. Bawah bukit. Dikelilingi tanah saja.

"Kamu dah okay ke?" Aish tersenyum saja ke arah lelaki tua itu. Tak sangka dia dapat berjumpa dengan ketua Zeon. Musuhnya dulu. Melihat wajah Tuan Danny saja sudah mendatangkan rasa bersalah pada Aish.

"Saya minta maaf. Saya tak tahu Mejar Harraz kurung dan seksa tuan"

"Takpe. Mejar Harith kamu ada. Dia banyak tolong" Aish mengangguk faham.

"Tuan. Maaf saya bertanya. Isya mana?" Soal Aish. Dia tidak melihat wanita itu di markas Zeon.

"Kenapa kamu minta maaf? Dia kan isteri kamu. Kamu berhak tahu. Isya takde dekat sini. Dia dah balik Malaysia. Aku dah halang dia tapi dia degil. Katanya dia rindu seseorang dekat sana"

Tidak berkelip mata Aish mendengar ayat itu. Seseorang? Wanita itu dah kahwin lain ke? Tak mungkin. Aku tak pernah ceraikan dia.

Tuan Danny menyembunyikan saja senyumannya melihat Aish yang sudah termenung. Overthinking la kamu.

"Aku dengar Zeon dah ada doktor peribadi. Betul ke?" Sampuk Mejar Harith yang baru tiba di bilik itu. Tuan Danny tersenyum senget.

Beberapa hari lepas

"Ada apa tuan panggil saya?" Soal Jessica pada Tuan Danny. Pelik dia apabila semua berkumpul hari ni.

"Kamu masih bekerja di hospital dulu?" Jessica menggeleng. Kejadian yang berlaku membuatkan dia dilucutkan jawatan di hospital itu. Nasib baik anak buahnya tiba di Malaysia dengan selamat. Hanya dia saja yang masih sangkut disini.

"Kamu dah banyak tolong Zeon. Terima kasih" Jessica tersenyum. Memang itu tugasnya.

"Kalau tiada siapa mahu ambil kamu kerja, marilah kerja dengan saya. Dengan yang lain" Jessica diam. Dia berfikir sejenak.

"Kamu ada kepakaran. Kami sangat memerlukan ahli yang boleh merawat ahli lain. Nanti kamu boleh ajar yang lain sikit-sikit mengenai perubatan" Gadis itu masih diam. Wajah Isya, Miya, Aidan dan juga Nura memandangnya penuh harapan agar gadis itu setuju.

Melihat respon Jessica yang hanya diam, Tuan Danny meletakkan satu kotak hitam kecil dihadapan gadis itu. Jessica membukanya. Sepasang earpod berwarna hitam. Dia membelek earpod itu. Ada terlakar satu tulisan.

LEA

Dia memandang Isya seakan meminta pendapat. Isya tersenyum dan mengangguk memberi isyarat supaya gadis itu menerima.

"Baik. Saya terima tawaran ini" Tersenyum Zeon mendengar ayat itu.

"Welcome, Lea"

. . . . . . . . . .

"Assalamualaikum" Salam diberikan namun tiada yang balas. Aish sudah agak. Pasti sunyi lagi rumah ini. Begnya disandang sebelum pintu dibuka.

Masuk saja ke ruang tamu, dua manusia memandangnya dengan pandangan terkejut. Aish mengerutkan dahi memandang seorang bayi yang terbaring di atas tilam kecilnya.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now