𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16

199 10 0
                                    

PANGG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PANGG

Aish hanya diam menerima tamparan itu.

"Seorang gadis pun tak mampu nak jaga! Aku berikan korang tugasan yang senang macam ni pun boleh lalai! Macam mana boleh jadi tentera?!" Bising bilik itu apabila Mejar Harraz menjerkah Aish dan rakan-rakannya.

"Maaf, tuan! Kami akan terima hukumannya" Ian menjawab bagi pihak Aish.

"Senang kamu cakap. Tidak ada rasa bersalah langsung. Dengar sini baik-baik. Cari pembunuh tu sampai dapat! Bawa dia pada saya tidak kira sesiapa pun dia! Walaupun dia isteri atau rakan kamu sekalipun, pastikan kamu dapatkan dia. Ini hukuman kamu. Jangan balik Malaysia selagi tak jumpa pembunuhnya"

BAMM

Mejar Harraz keluar daripada pejabat sebelum menghempas kuat pintu pejabat. Mulut mereka terkunci. Sudah tahu pembunuhnya. Aish hanya memandang dinding dihadapannya. Tidak fokus dengan apa yang diperkatakan Mejarnya.

"Ada apa yang kamu sembunyikan?" Mejar Harith memandang tajam Aish.

"Kami dah jumpa pembunuh keluarga Mejar Victor, tuan" Niel memandang Aish disebelahnya tidak percaya. Takkan lelaki ini hendak beritahu?

"Tuan, kami masih-"

"Zeon yang lakukan" Aish tahu Farez cuba menghalangnya.

"Kami dah jumpa empat orang anak buah mereka. Seorang daripada mereka mati dan seorang lagi kami berjaya tahan. Hanya dua orang saja yang terlepas. Maaf, tuan"

"Bukan semua misi temui kejayaan. Bagus, ada progress. Teruskan mencari. Selepas-"

"Tuan" Aish memandang tepat wajah Mejar Harith.

"S-saya tak nak teruskan misi ini" Terkejut Mejar Harith mendengar kenyataan itu.

"Gantikan saya dengan orang lain. Saya akan beritahu siapa dalangnya" Farez memandang Aish tidak percaya. Dia nak bunuh isteri dia ke?

"Kamu tak pernah tarik diri, Zuran. Saya pasti ada sesuatu yang terjadi"

"Isteri saya. Dia dalangnya" Tanpa ragu-ragu, Aish akhirnya memecahkan rahsia. Mejar Harith terkedu mendengar pernyataan itu.

"Betul ke?" Mejar Harith memandang Niel, Farez dan Ian meminta kepastian.

"Betul, tuan!"

"Dia datang ke sini sebagai doktor sukarelawan untuk penyamarannya. Saya pun baru tahu" Terang Aish namun matanya mula menekur lantai. Dia malu.

"Jadi, isteri kamu pembunuh Vica?"

"Masih tiada bukti. Tapi saya yakin dia ada kaitan" Lemah saja suara Aish. Tidak tegas seperti selalu.

"Baik. Rahsiakan daripada Mejar Harraz. Kita kena pastikan tanggapan kamu benar sebelum laporkan pada dia. Disebabkan kes ini melibatkan isteri kamu, saya nak kamu sendiri tetapkan langkah pertempuran. Jikalau sampai ke telinga Mejar Harraz, dia takkan berfikir dua kali. Dia akan terus buru isteri kamu dan mungkin dia akan membunuh wanita itu" Mejar Harith mendekati Aish sebelum menepuk perlahan bahu lelaki itu. Pasti sukar buatnya.

𝐃𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now