Tok
Tok
Tok
Pintu kayu biliknya diketuk dari luar. Bunyi ketukan itu menggangu tidurnya yang lena. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Cahaya matahari menjengah wajahnya dari tingkap bilik.
"Fuad, hari ini kamu cuti kerja kan?" Tanya Nek Embun.
"Hmm..." Jawab pemuda itu malas.
"Tolong sekejap nenek ni. Hantarkan bakul nasi lemak ni dekat gerai Senah."
Huzaiman menggosok matanya. Mana pula tok wannya pergi? Kalau tok wannya tiada, mesti dia yang kena menghantar nasi lemak neneknya.
"Sekejap, nek. Fuad nak tukar baju."
Baju t-shirt disarungnya. Kelihatan baju itu sudah lama, seakan-akan bukan pada zaman kini. Sudah tentu baju tok wannya ketika masih muda.
Memang sudah menjadi kebiasaan baginya setiap kali hendak tidur dia akan menanggalkan bajunya. Baru terasa bebas dari sebarang kepenatan. Bukan selalu dapat tidur dalam keadaan begini.
Selesai menyarungkan baju, segera dia melangkah keluar dari biliknya untuk mendapatkan neneknya.
"Nek, tok wan mana?"
"Dia keluar pergi solat subuh dekat surau, sampai sekarang tak tahu jalan balik. Lepak kedai kopilah tu." Nek Embun menghulurkan bakul nasi lemak kepada cucunya.
"Selalu ke?"
"Dah kamu balik, dia nak kamu pula ganti kerja dia."
Huzaiman tidak terkata apa. Tok wannya itu memang suka menyakatnya dalam diam. Bakul nasi lemak yang sudah bertukar tangan dipegangnya.
"Fuad pergi dulu, nek."
"Ha. Pergi cepat. Kalau Senah tu buat hal, kamu cakap nanti nenek datang cili mulut tu."
Huzaiman mengerti kata-kata neneknya. Mak Senah memang ada kalanya suka mengungkit kisah masa silam dirinya. Telinganya sudah lali untuk mendengar, jadi dia tidak langsung mengambil kisah tentang hal remeh itu.
Bibirnya mengoyak senyuman kecil kepada neneknya. Tahu sangat neneknya itu tentang perangai orang dan selok-belok kampung ini. Jadi, Nek Embun sentiasa risau akan cucu sulungnya itu.
Motorsikal milik tok wannya ditunggang laju. Memang jadi kebiasaan dirinya dengan selok-belok jalan di sini. Kalau pagi, memang ramai yang akan keluar pergi bekerja. Sesekali ada orang yang lalu-lalang di situ memandangnya. Terkocoh-kocoh mereka berjalan menjauhi dirinya. Iyalah... Siapa tak berjaga-jaga apabila orang yang keluar dari penjara itu hidup sekali dalam kawasan perkampungan kita sendiri.
Motosikal tua itu dipakir di sebelah gerai Mak Senah. Bakul nasi lemak neneknya dibawa sehingga berjumpa gerangan tuan kedai.
"Assalamualaikum. Ni nasi lemak nenek." Dia cuba berbasa-basi.
"Waalaikumussalam."
Tangannya lantas menyambut huluran itu. Mata tuanya menjeling ke arah lelaki muda di hadapannya. Inilah cucu kesayangan Nek Bunga, orang yang buat hal masuk lokap kerana hampir membunuh rakan sekolahnya dulu. Nak menolak pemberian nasi lemak itu memang tak boleh. Kalau bukan nasi lemak Nek Bunga yang sedap itu, tiada orang yang mengunjungi gerainya. Lagi-lagi Nek Bunga memang orang yang dihormati dan disegani di kampung ini. Memang buat hallah kalau dia mencari pasal.
Duit yang sudah dikira oleh wanita itu diserahkan kepada Huzaiman.
"Terima kasih."
"Kau kerja apa? Tak nampak pun kau lalu selama ni. Ke kau duduk rumah tok nenek kau ja..."
YOU ARE READING
Rahsia Kau dan Aku
Action[ON GOING] Dafinah Awatif Dilamar oleh lelaki yang serba-serbi hidup mewah dan perwatakannya yang baik, masakan mahu ditolak. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Sudah terbayang betapa bahagianya kehidupan nanti dihujani dengan kemewahan. Ba...