Bab 5🍁

68 19 4
                                    

Tangannya dilambai-lambaikan pada kereta Perodua Bezza yang sudah bergerak pergi meninggalkannya. Satu keluhan kecil dilepaskan setelah kereta syarikat itu sudah hilang dari pandangannya. Rasa penat tidak dapat lagi diselindung.

Perutnya sudah berkeroncong menahan lapar. Dia hanya sempat makan beberapa suap nasi sahaja pada waktu tengahari tadi. Dia langsung tiada selera ketika itu. Kenapa moody sangat? Otaknya menyoal si tuan badan.

Mahu kata datang bulan, dia baru sahaja habis haidnya sebelum dia tiba di negeri ini dan sudah tentu sekarang waktu suburnya.

"Ah... Aku tak kisah. Sekarang ni, aku kena cari makan."

Batang tubuhnya bergerak sendiri ke arah kedai makan yang kelihatan agak ramai orang kunjungi itu. Terpampang nama kedai yang serba meriah itu.

Pak Abu Nasi Kerabu.

Apa lagi. Nampak ramai orang berselera menjamu juadah mereka, dia segera memasuki kedai makan itu. Lampu kelip-kelip yang berwarna-warni menghiasi dinding dan pagar kawasan itu.

Single table dipilih untuk menjadi tempatnya menjamu selera. Seorang pekerja perempuan mendekati mejanya. Tag nama Alya dipandang sekilas.

"Akak nak makan apa?" Kecil sahaja suara gadis itu. Pasti berumur belasan tahun.

"Nasi kerabu satu dengan ikan goreng satu. "

"Air?"

"Orange juice." Pesannya dengan senyuman ramah.

"Tolong cepat sikit ya, dik. Lapar..." Perutnya dipegang.

Pekerja itu tersenyum serayu menggaguk kepalanya. Dia akan cuba yang terbaik. Ini pelanggan keduanya yang telah dia ditugaskan untuk mengambil pesanan.

"Abang Pian, meja nombor 13 order nasi kerabu dengan orange juice."

Alya mencubit bahu seorang lelaki yang sedang leka dengan telefon pintarnya.

"Oh, sekejap ya."

Retina matanya membawa pemergian lelaki itu yang sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan tersebut. Sufian sudah lima tahun bekerja di sini. Jadi, pergerakan kerjanya agak pantas dan ia amat dikagumi oleh pekerja-pekerja lain.

Sejenak kemudian, dia dapat menangkap tubuh seseorang yang sedang menyediakan jus oren. Dia tidaklah mengenali semua pekerja di sini kerana malam ini ialah hari pertama dia bertugas. Mungkin lelaki itu bertugas membuat air.

"Air oren dah siap."

Gelas yang berisi air oren yang segar itu sudah selamat mendarat di dalam dulang. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana terselindung dengan topi yang terlalu menutupi matanya. Hanya bahagian mulut sahaja dapat dilihat. Lelaki itu berkumis nipis.

"Oh okey. Terima kasih." Alya cuba untuk beramah mesra tetapi lelaki itu segera berlalu pergi.

Sufian mula menghampiri Alya. Pinggan yang sudah lengkap dengan dengan hidangan nasi kerabu diletakkan di dalam dulang.

"Eh, dah siap air oren?"

Alya mengangguk kepalanya.

"Tadi ada orang terdengar kot apa yang Alya cakap dekat Abang Pian. Itu dia buat terus." Terangnya.

"Oh... Badrul kot." Sufian meneka. 

Pemergian Alya bersama dulang makanan yang telah dipesan dipandangnya sejenak. Seingatnya Badrul baru sahaja berkata kepadanya bahawa dia ingin ke tandas sekejap. Cepatnya. Lagi satu, selalu si Badrul ini suka sangat terlupa hendak meletakkan straw ke dalam gelas. Dialah yang akan tolong mengingatkan rakan sekerjanya.

Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now