Bab 17🍁

41 8 4
                                    

Sudah dua jam dirinya masih berada di dalam kedai buku yang satu-satunya berada di pekan. Selagi kakaknya tidak menelefonnya, selagi itu dia menggunakan peluang ini mencari novel yang menarik untuk dibelinya. Bukan boleh ambil sahaja novel tanpa diperiksa dulu dari sinopsis dan juga semakan dari Internet. Kalau melihat dari kulit buku sahaja, menyesal tak ke sudah nanti. Sudah beberapa kali juga dia terkena akibat kecantikan kulit buku novel selama ini. Kadangkala mahu sahaja dibakar semua buku yang tidak memuaskan hatinya.

Kakaknya pula masih mencari pekerjaan di pekan itu. Tidak mengerti dengan kakaknya yang seorang itu, belajar jauh-jauh, tetapi mahu bekerja di pekan itu juga. Macam dah tak ada tempat lain.

Sebuah buku cerita seram menarik perhatiannya tatkala itu. Serta-merta tangannya membelek-belek senaskhah novel karya Syikin Zainal. Bukan tidak mahu mengambil novel cinta-cintun, tetapi sudah berasa muak membacanya sehingga akalnya sudah bosan dengan jalan cerita melayu yang sama.

"Tak habis-habis orang kaya sahaja ada jalan cerita romantik. Orang homeless macam aku ini tak ada jodohkah?" Bibirnya berkata perlahan. Sekiranya terdapat anugerah meneka jalan cerita setiap novel, tentu sahaja dia bakal memegang anugerah tersebut.

Tatkala dirinya khusyuk membaca dan meneliti sinopsis buku seram yang bertajuk 'Waris Dukun Hitam', seseorang yang sedang berjalan di sebalik kaca kedai buku itu mencuit perhatiannya buat seketika. Bertopi... Satu figura yang pernah membuatkan dirinya berasa curiga selama ini bermain di fikirannya. Lelaki yang pernah berada di hadapan rumah sewa kakaknya. Cuma kali ini topi itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna biru gelap.

Buku bergenre seram itu disusun semula di rak buku. Segera kakinya bergerak keluar dari kedai buku untuk mencari gerangan yang membuatkan dirinya berasa was-was sebentar tadi. Terdapat ramai orang di pekan itu sehingga susuk tubuh yang ingin diikutinya sebentar tadi menjauhi dari pandangannya.

"Tumpang lalu..." Berkali-kali dia meminta diri untuk melalui di sebalik rentetan orang di situ.

Figura lelaki yang bertopi biru gelap itu terhenti seakan-akan dapat menghidu pergerakannya. Serta-merta itu juga dia terkaku dan sengaja poster yang terlekat di dinding menjadi fokusnya. Poster yang agak besar dan seperti sudah lama daripada poster-poster yang lain yang tertampal di situ.

Adlina Isabella. Pelakon idaman buat para lelaki di negara ini mahupun di negara jiran yang lain. Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon secantik bidadari dan mempunyai sifat kerendahan diri itu. Cumanya lakonan Adlina Isabella tidak ditayangkan di kaca-kaca televisyen akhir-akhir ini apabila dia disahkan mengandung. Asyik dia ralit dengan keanggunan wajah pelakon itu, hujung anak matanya sudah berasa selamat apabila lelaki tadi sudah tidak mengesyaki apa-apa.

Belum sempat dia mahu melangkah pergi, seseorang melanggar tubuhnya. Terus sahaja tubuhnya hilang imbangan sekaligus membuatkan dirinya hampir terjatuh ke lantai. Namun, nasib yang baik lebih menyebelahinya tatkala itu apabila lengannya ditarik supaya tidak tersembam pada lantai kotor tersebut.

Kelopak matanya sudah tertutup rapat untuk menahan kesakitan belakang badannya, tetapi selang beberapa saat kemudian, tangannya seperti disambut kejap oleh seseorang. Perlahan-lahan dia membuka mata untuk melihat kejadian yang telah berlaku. Seorang lelaki yang mengenakan baju Polo sudah terpacak di hadapannya kini. Nafasnya dihela lega. Fikirnya, dia bakal menjadi tumpuan orang ramai.

Sejenak dia memandang raut wajah yang tampan itu. Tak pernah terfikir bahawa orang yang kelihatan segak pun boleh berada di pekan sebegini. Matanya terlindung di sebalik kaca mata hitam.

"Sorry, cik." Kaca matanya terus sahaja dibuka sambil kepalanya ditunduk sedikit untuk memohon maaf.

Dara mencebik bibir. Dia fikir ada tiang elektrik yang melanggarnya tadi, keras semacam sahaja. Bahunya digosok-gosok menahan sakit.

Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now