Bab 24🍁

43 10 4
                                    

Mereka terbenam dalam air. Kepala mereka kini tenggelam timbul semasa tubuh mereka terhanyut bersama air sungai yang deras. Dafinah dapat merasakan tangan kekar Huzaiman hampir terlepas dari memeluk pinggangnya tetapi lelaki itu pantas bertindak dengan mencengkam erat badannya. Kini dia selamat dalam dakapan lelaki itu sambil sebelah tangannya lagi bertungkus-lumus melawan arus deras dan lantas mencapai rimbunan rumput yang tumbuh pada tebing sungai. Ia menyelamatkan kedua-dua nyawa mereka dari terus dihanyutkan air.

Nasib baiklah tangan lelaki ini panjang dan ketinggiannya membuatkan dia tidak tenggelam seperti mana tubuh kecilnya. Kalau tidak, hilanglah nyawa mereka dalam air sederas ini. Disebabkan dirinya yang risau sekiranya terhanyut, Dafinah memaut erat leher dan bahu Huzaiman. Lelaki itu kelihatan lelah tetapi masih berusaha menyelamatkannya dalam air.

Sesekali Dafinah terminum air tawar sungai itu sambil tercungap-cungap. Pernafasannya agak sesak beserta bibir yang bergetaran.

"Huh... Huh..."

Air ini sangat sejuk. Bercampur lagi dengan hujan dan angin, perempuan yang lemah sepertinya mana mungkin dapat menahannya. Pada waktu itu Huzaiman merenung mukanya. Dia masih tampak kacak walaupun dadanya sedang berdegup kencang menahan keletihan. Mengapa mata kelabu itu merenungnya tajam? Adakah mukanya kelihatan hodoh di matanya?

Dafinah tidak berani untuk membalas pandangan tajam itu. Beberapa saat kemudian, Huzaiman menariknya dekat sehingga kedua-dua kulit muka mereka mempunyai jarak 1 sentimeter sahaja. Nafas hangatnya jelas mengenai pipinya.

"Diam..." Perlahan suara mendatar milik Huzaiman membisik padanya.

Tiba-tiba koklea telinganya mendengar hentakan-hentakan kecik pada tanah. Ia seperti tapak kaki yang sedang bergegas ke sana. Baru dia mengerti maksud bisikan Huzaiman. Bibirnya dikemam kuat seraya kelopak matanya memejam mata serapat yang mungkin. Kini dia langsung tiada keyakinan bahawa dia boleh selamat lagi. Orang-orang jahat itu sudah menjumpai mereka berdua. Adakah dia akan selamat jua?

"Sial! Bill nak matikah? Berani betul dia lari dengan perempuan bertudung itu!"

Dafinah bertambah gentar. Semakin kuat cengkaman tangan pada bahu Huzaiman. Nampaknya Huzaiman lebih awal mengetahui kedatangan mereka ke sini. Lelaki itu mesti resah dan panik tetapi dia tetap menunjukkan reaksi tenang.

Sekali lagi Dafinah terkejut apabila tembakan dilakukan secara rawak ke dasar air sungai. Ia tembakan bertalu-talu tanpa henti. Akibat dari tembakan secara tiba-tiba itu, dia tersentak dan tidak sengaja dia terjerit kecil. Tanpa diduga, Huzaiman menarik tubuhnya sehingga wajahnya tersembam pada dada bidangnya. Huzaiman pasti marah kerana dirinya yang tidak tahu untuk mengawal suara.

"Kau orang dengar sesuatu tak?"

Kedengaran suara seorang lelaki sedang menyoal rakan-rakannya. Tembakan tadi sudah berhenti.

"Dengar apa?" Salah seorang penyangak bertanya.

"Hmm..."

"Kau dengar apa, Young?" Suara Hank seperti guruh yang menyambar bumi.

"Tak ada apa." Balas Young.

"Hish, kau ini! Aku ingat aku dah dapat sembelih Bill tadi!"

Nasib baik menyebelahi Huzaiman dan Dafinah ketika itu. Bunyi hujan, angin dan air sungai yang meluncur deras berjaya menutupi suara Dafinah sebentar tadi.

"Tak guna punya Bill! Aku harap dia orang mati lemas. Tapi kalau kau orang nampak dia atau perempuan itu, pastikan kepala dia orang ditembak. Jangan biarkan dia orang hidup!" Suara kasar yang berbaur ugutan bunuh dari Hank menggerunkan mereka berdua.

Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now