Bab 3🍁

119 28 10
                                    

"Mak mana?"

"Tengah solat. Yang kau call waktu maghrib ni dah kenapa?"

"Aku nak cakap yang aku akan balik rumah nanti lepas aku settle kerja aku dekat Kelantan."

"Oh. Nanti aku bagitahu."

Dafinah mengangguk.

"Okeylah. Itu ja aku nak cakap..."

"Eh. Pasal Nashif tu? Macam mana? Kau terima ka tidak?" Laju kakak sulungnya bertanya.

Dafinah membolakan biji matanya. Sibuk saja nak tahu pasal lelaki orang. Lelaki sendiri tak nak jaga elok-elok. Itulah kakaknya yang kini sudah masuk 40 tahun, Daniza. Tak padan perangai dengan umur.

"Nanti balik aku bagitahulah. Aku ada kerja ni nak kena buat." Dafinah memberi alasan.

"Kerja apa malam-malam buta macam ni? Nak temberang pun tengoklah juga siapa yang kau nak menipu. Aku bukan budak 5 tahun lagi." Adalah itu adiknya mahu mengelak dari pertanyaannya.

"Lah. Masalahnya memang betul. Aku kena buat discussion dengan kawan sekerja aku ni ha. Ada ni sebelah aku. Nak bukti ka?" Geram saja dengan perangai kakaknya. Orang cakap tengah kerja, kerjalah.

Telefon jenama Samsung disuakan kepada Ros.

"Eh. Apa hal kau ni?"

Sebaik sahaja mendengar suara lain di peti suara, Daniza mencebik. Haih. Betullah itu apa yang adiknya kata. Ada kerja.

"Ni ha. Kakak aku tak percaya yang aku kerja sekarang ni. 'Kerja apa malam-malam ni?' Kerja malam ni kira hard work tau, Long." Dafinah mengejek kakaknya.

"Iyalah kau. Apa-apa pun, kau kena fikir masak-masak eh, Acik. Lelaki yang datang melamar kau tu bukan calang-calang orang, weh. Aku cemburu betul dengan kau. Rupa dah ada, duit dah ada, baik pula tu. Macam manalah eh dia boleh terpikat dengan perempuan biasa macam kau?"

"Dah aku cantik, pandai, baik... Mestilah dia nak dekat aku. Itu pun nak ditanya lagi."

Ros yang berada di sebelah Dafinah memandangnya. Ini sudah tahap over confident. Tidak pernah pula dia melihat Dafinah begini. But it is okay. I like. Ros menyambung semula kerjanya menaip sesuatu di komputer ribanya.

"Pfft... Kau kena tenung muka kau lagi, Acik. Bagi sedar diri sikit. Eh, kau tahu apa kerja lelaki tu?" Daniza menukar topik. Malas mahu bergaduh tentang kecantikan kerana dia tahu dia paling cantik antara adik-beradiknya.

"Apa dia?"

Si sulung menjawab dengan senyuman yang melebar.

"Peguam, weh! Uih... Aku teringin sangat nak dapat lelaki kerja peguam."

"Aku bagitahu juga dekat lelaki kau, Long. Tak sedar diri perut tu tengah bawa anak lelaki sendiri. Dahlah... Borak dengan kau ni boleh bawa sampai bergaduh nanti. Tak siap juga hard work aku nanti. Aku letak dulu. Kirim salam dekat mak." Dafinah menghabiskan panggilan itu.

"Ingat, Acik. Nashif tu..."

Tut...

Dia tahu. Nanti kakak sulungnya akan mengulangi ayat yang sama.

"Nashif tu ada segala-galanya... Bla bla bla..."

"Oi, siapa Nashif pula?"

Suara Ros menjengah gegendang telinganya. Oh. Dia terlepas cakap ya tentang Nashif? Ingatkan cakap dalam hati tadi.

"Tak ada siapalah."

"Eleh. Boyfriend barulah tu." Ros meneka.

"Boyfriend baru apanya. Boyfriend lama pun tak ada, Cik Ros..."

Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now