Bab 9🍁

60 12 8
                                    

Stereng kereta dihentak kuat dengan tangan kirinya. Tak guna! Apa masalah rakan karibnya itu mahu membatalkan bantuannya secara tiba-tiba? Tidak sampai sehari sahaja dia menyuruh lelaki itu memantau pergerakan dan menjadi maklumat kepadanya, terus mahu cancel pula.

"Satu saja aku nak cakap dengan kau. Aku tak nak sambung kerja kau ni sebab aku tahu niat kau bukan baik kali ini. Tipulah kalau kau dah mengalah dengan pelakon tu. Walaupun aku pernah buat kerja kotor dengan kau sebelum ni, kau kena ingat... Aku tak mahu tangan aku kotor lagi!" Tegas amaran kawannya sebentar tadi.

Tidak sempat dia mahu berkata apa-apa, talian antara mereka diputuskan. Sudahlah tangan kanannya sedang sakit. Entah bilalah mahu pulih pun dia tidak pasti. Ingatkan apabila dia meminta bantuan dari Mat, bebannya akan ringan. Tetapi lain pula yang jadi, amaran keras pula dia dapat.

Ingat dia akan tersentap dengan kata-kata rakannya? Huh. Tidak akan! Selagi upahnya tidak dibayar, selagi itu tugasnya akan berjalan. Nak hidup perlukan duit!

Sedang dia asyik melayan amarahnya, telefonnya berdering. Nama perempuan yang mengupahnya tertera di skrin telefon pintarnya. Dia masih tidak mahu mengangkat panggilan tersebut. Kepalanya masih buntu untuk merencanakan rancangan terbaru selepas ini.

Sekali lagi telefonnya berdering. Rambutnya diramas kasar. Ini kalau tidak diangkat, sudah pasti upahnya akan dibatalkan!

"Argh!"

Butang hijau pada skrin itu ditekan kasar.

"Puan..."

"Kau masih tak dapat nak selesaikan masalah kecil ni?"

Bergema suara wanita itu di segenap lorong telinganya. Bukan tahu beri salam dia ini.

"Puan, aku rasa aku perlukan bantuan Puan."

Fikirannya sudah terbayangkan betapa banyaknya gajinya bakal ditolak.

"Jadi, betullah kau tak settle lagi? Huh. Cakap saja besar, tak mahu menghampakan aku konon!"

Matanya dipejam rapat. Nafasnya ditarik dalam untuk menenangkan jiwanya yang sedang kusut.

"Dia tak ada dekat sini, Puan. Dia dah lari ke Melaka." Ujarnya. Bibirnya sudah dikemam, sudah tahu wanita itu akan lebih terkejut.

"Wait. What? Kenapa aku tak tahu langsung?"

"Aku pun tak sangka benda ni akan terjadi, Puan."

"Jadi, kau nak apa sekarang? Nak tiket flight untuk terbang ke sana? First class? Huh. Kalau macam ni, lebih baik aku upah orang bangla dekat sana sahaja untuk settle kerja ni."

Agak tersentap kali ini mendengar ayat-ayat yang terpacul dari mulut wanita itu.

"Aku kena belasah masa tu, Puan. Ada lelaki yang cuba selamatkan dia."

Dia cuba untuk tidak memberitahu hal ini, jelaslah bahawa dia tidak mengetahui cara untuk berlawan dan mengharapkan pisau tajamnya sahaja.

"Lelaki mana pula ni?"

"Aku tak pastilah. Lelaki tu macam orang random yang datang cuba nak selamatkan dia."

"Mamat yang kau kata Nashif tu?"

"Bukan, Puan. Nashif tak ikut dia."

Keluhan berat dapat didengar jelas di corong telefon. Tahulah dia bahawa wanita itu sudah hilang sedikit kepercayaan daripadanya. Dia harus memikirkan cara penyelesaian segera.

"Tadi kau kata kau perlukan bantuan. Apa yang kau nak?"

Dia terdiam sejenak. Rancangan yang sekelip mata muncul di benak fikirannya sudah menjelma. Adakah ini akan membantu?

Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now