TOTE bag dicapai dan iPhone diletakkan di dalam poket seluarnya. Perfume disembur sedikit bagi mewangikan badan dia. Cuaca pagi hari ini sangat baik untuk dia memandu jauh.
"Oi, jom! Mama dah siap masak tu," panggil seorang lelaki usia 20-an.
Tak lain tak bukan mesti suara abang.
"Ha kejap. Turun dulu nanti aku turun." Setelah meneliti diri sudah tiada apa kekurangan barulah yakin untuk keluar.
"Mama. Papa. Abang. Good morning!"
"Good morning," sahut mereka bertiga.
"Aufa anak mama meh duduk sini." Arah mama.
Papa yang sedang membaca surat khabar itu terhenti setelah kesemua ahli keluarganya sudah ada. "Hah dah siap anak papa ni. Aufa Qurratu Ain always gorgeous," papa sentiasa puji Aufa cantik.
Aufa Qurratu Ain. Nama islam yang mempunyai maksud yang cantik dan unik. Pilihan oleh mama dan papa yang mempunyai darah kacukan arab. Sebab itu nama Aufa dan abangnya sangat arab sikit.
"Sudah Tan Sri Mustafa Halim, Aufa dah siap. Tunggu pukul hantar mama papa je."
Papa Aufa bekas CEO syarikat A.Q.A Holdings dan sekarang abangnya mengambil alih kerja itu. 'A.Q.A' sebenarnya dari nama Aufa dan abang Aufa, Aayan Qaulalhaq Aqeel.
Disebabkan dah bersara dari dunia perniagaan, papa dan mama ambil keputusan untuk tinggal di Kelantan. Tenang kata mereka.
"Anak kita kan cantik. Tunggu ada menantu je," usik mama. Aufa mencebikkan mulutnya.
"Alololo anak mama ni merajuk eh. Tak apa nanti suruh papa belanja kereta. Kan abang? Aayan?"
"Papa belikan Audi boleh?" Bicaranya nakal.
"Wuu hahahahaha, nak Audi konon. Kaki kau tu sampai ke nak tekan pedal minyak," sampuk Aayan yang tengah seronok gelakkan adiknya.
"Eiii bencilah aku dengan kau. Tinggi tapi tak ada awek."
Hilang terus senyuman macho abangnnya digantikan dengan senyuman maut.
Aayan mengambil tempat sebelah Aufa di island table. Kaki adiknya dipijak perlahan. Tak sakit pun.
"Alah kau tu dulu kuat minum susu tak tinggi pun. Kesian."
"Papa tengok abang ni," Aufa mengadu kepada papa.
"Abang. Asal suka usik adik?" tegur papa. Kini mama juga mengambil tempat di island table. Semangkuk nasi goreng siap terhidang.
Kedua-dua tangan diangkat tanda mengalah.
"Flight mama dengan papa balik Kelantan pukul berapa?"
"Pukul 12." Jawab mama.
Aayan menganggukan kepalanya sebelum memandang ke arah adiknya. "Kau nak tumpang aku ke nak drive balik sendiri?" Soal Aayan. Usik-usik pun sayang adik dia.
Mansion Aayan sebenarnya berdekatan rumah adiknya. Tapi makan masa setengah jam juga. Disebabkan mama dan papa datang Kuala Lumpur ini, Aufa tumpang di mansion abangnya.
"Nak drive, tak nak balik dengan abang. Kang tak sampai rumah sampai liang lahad pula," bidas Aufa. Nasi goreng disuapkan ke mulut. Sedap.
Rezeki mereka dua beradik dapat menyambung pelajaran di universiti yang sama dan sekarang bekerja di area sama. Aufa kini bekerja sebagai peguam.
YOU ARE READING
Xavier's Precious (Terbit)
Romance📌 THIS STORY 100% FROM A SONG. Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan FajarPakeer. Tujuan publish di sini hanya untuk mempromosikan cerita. Boleh didapati di Shopee FajarPakeer atau di mana-mana bookstore berdekatan. RM26.00 SM RM29.00 SS Comp...