AIDAN AUFA | 02

11.9K 470 58
                                    

AIDAN merebahkan dirinya di sofa. Dia hanya memandang siling putih di ruang tamu itu, entah kenapa rasa penat memandu ke Kuala Lumpur ini.

Bunyi telefon berdering minta diangkat, tersenyum dia melihat nama pemanggil di skrin iPhone dia.

Mak.

"Assalamualaikum mak, mak sihat ke?" Lembut Aidan berbual dengan mak dia. Memang itu soalan pertamanya setiap kali telefon mak dia atau mak dia yang menelefon dirinya.

"Waalaikumussalam angah, alhamdulillah mak sihat. Angah ni sihat tak? Tengah buat apa sekarang ni?" Sahut mak Aidan di hujung talian.

"Angah sihat. Angah baru sampai rumah ni. Ni dah masuk rumah, ingat nak tidur tapi dah mak call angah jawablah dulu. Mak dah makan ke belum?"

"Mak belum makan lagi. Mak tengah masak sekarang. Angah ni dah makan ke belum?" Soal mak dia.

"Dah mak. Angah makan dekat rumah ayah tadi, tak jadi singgah Subway."

Mak dan ayahnya berpisah rumah setelah bercerai, mereka masih di Kuala Lumpur. Beginilah hidup kalau mak dan ayah bercerai.

"Tengoklah dulu mak. Ni ayah dengan mama tiri kirim salam dekat mak," suara malas Aidan menyampaikan salam ayah dan mama tirinya kepada mak dia.

"Waalaikumussalam. Ni angah jaga diri okay. Mak okay je kat sini."

"Okay mak! Apa-apa mak call angah tahu! Nanti angah call balik. Assalamualaikum mak, sayang mak," ucap Aidan manja.

"Waalaikumussalam, sayang anak mak."

Panggilan berakhir.

Aidan hanya tersenyum melihat panggilan mak dia berakhir. Dia rindukan suasana mereka menjadi keluarga bahagia seperti dahulu. Gara-gara orang ketiga, wujudlah penceraian dalam hidup mak dan ayah dia. Dia dan kakak kembarnya dituntut oleh ayah dia semasa penceraian, setelah dia pandai berdikari di usia 20 tahun, barulah dia dan kakak mencari mak mereka semula.

Tok tok tok!

"Assalamualaikum!"

Terhenti senyuman Aidan. "Waalaikumussalam. Masuklah."

Denniz yang baru sampai rumah terus masuk masuk kedalam rumah setelah salamnya dijawab oleh Aidan.

"Bro! Ni dodol atuk aku kirimkan kat kawan serumah. Sorang dapat satu," kata Denniz sambil menghulurkan sebekas besar dodol gula melaka kepada Aidan.

"Alhamdulillah. Cakap terima kasih dekat atuk kau," Denniz mengangguk dan terus duduk di sebelah Aidan.

Aidan baru sahaja membuka permainan Mobile Legend di iPhonenya terus terbatal niatnya apabila kedengaran satu suara.

"Korang!!! Attention please!" Kepala Aidan dan Denniz menoleh ke arah suara itu. Dah agak dah suara beruk ni.

"Mana Aayan ni? Bukan ke sepatutnya dia dah ada kat rumah ni ke?" Tanya salah seorang kawan dia yang baru turun dari tingkat atas. Namanya Khairul. Khairul ni memang jenis suka main redah, sepupunya dua kali lima tapi mix, separuh lelaki separuh lagi pondan. Siapa lagi kalau bukan Faiq.

Aidan yang baru nak bermain Mobile Legend hilang konsentrasi diganggu oleh rakan dia. Time nak relax ni lah ada orang kacau daun.

"Dia cakap lepas dia hantar adik dia," balas Faiq yang baru muncul dari dapur.

"Adik dia? Heh hehe wei kau nak tahu tak?" soal Khairul.

"Apa dia Rul?" soal Faiq. Aidan masih memerhati ke arah mereka. Denniz dah hilang entah kemana. Mesti naik ke bilik dan rehat.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now