AIDAN AUFA | 03

10.4K 433 30
                                    

AUFA menunggu kiraan seterusnya, jarinya masih lagi menunjukkan nombor sepuluh. Ini kali kesepuluh Piqa bersin. Dahlah Popular ni boleh tahan sejuk dah macam musim salji.

Orang dah suruh bawa baju sejuk taknak, terimalah padahnya.

"Wei aku rasa kita patut keluar. Aku risau member kita jadi ikan beku," kata Aufa. Dia segera ke kaunter bayaran untuk membayar novel-novel yang dibelinya.

"Tak apa. Aku selsema je. Campur pula dengan senggugut ni lagilah," lemah Piqa mengadu. Kepalanya dipicit.

Aufa dan Ayla berpandangan.

"Jom pergi klinik. Zaman sekarang sakit senggugut teruk pun boleh ada penyakit." Ajak Aufa. Lagipun dia ada baca dalam Instagram yang perempuan senggugut teruk tidak boleh mengandung.

"Kau dah check ke belum?" soal Ayla. Dia pun risaukan kawannya.

"Senguggut lah minah! Kejap lagi singgah farmasi beli ubat dengan minyak angin. Sebab dah habis dah dekat rumah," perlahan Piqa menjawab. Aufa dan Ayla baru perasan kedua-dua tangan Piqa memegang perutnya.

"Dah. Meh sini aku papah kau. Dan kau bawa barang Piqa," arah Aufa. Gila nak suruh Ayla yang kecik macam budak darjah satu papah Piqa.

"Jom."

Sampai sahaja di farmasi, Aufa membantu Piqa duduk di kerusi. Biar dia dan Ayla pergi beli ubat. "Kau tu rehat jelah kat sini. Biar aku dengan Ayla beli ubat kau."

Piqa mengangguk. Tiada tenaga nak menjawab.

"Kejap lagi kitorang siap je beli terus balik rumah. Nanti kau ambik cuti kerja," biasalah Aufa dah kalau namanya peguam tak nak kalah.

Terus mereka berdua masuk ke dalam farmasi itu.

Habis sahaja membeli ubat, Aufa dan Ayla terus keluar. Satu je tujuan lepas ni, balik. Semasa berjalan keluar dari kawasan farmasi itu, telefon Ayla berdering minta diangkat. Ayla memandang skrin telefon itu.

"Kenapa wei?" Soal Aufa pelik melihat Ayla tidak mengangkat panggilan itu.

"Umi aku. Umi aku call aku." Aufa tersenyum. "Dah tu. Pergi jawab call umi kau dulu. Mesti dia rindukan kau."

"Wei aku jawab call umi aku jap," Aufa dan Piqa terus mengangguk.

Sementara menunggu Ayla menjawab call, Aufa membawa Piqa ke kereta untun Piqa berehat. Dia mengerling jam di tangan kirinya. Masih ada 20 minit lagi nak pukul 6. Dia rasa terlupa sesuatu.

"Piqa kau tunggu Ayla boleh tak? Aku nak pergi beli something," pinta Aufa.

Piqa hanya mengangguk. Aufa berlari ke kedai yang dia ingin pergi. Sampai sahaja di kedai itu, dia dihalang oleh guard disitu.

"Maaf cik, kedai dah nak tutup."

Aufa resah sekarang. "Kejap je saya tertinggal sesuatu ni."

"Maaf ya cik. Esok ya." Terus Aufa berundur dan berjalan perlahan ke kereta.

Habislah Aufa. Dia dah kehilangan sesuatu yang amat berharga buat dirinya. Dia terpijak sesuatu. Matanya memandang ke bawah. Terkejut dia buatnya.

"Ini..." Ya itulah keychain yang dicarinya. Keychain yang menjadi penyokong hidupnya.

Baru saja dia menyimpan keychain itu, dia terdengar satu suara binatang.

"Meow..."

Aufa mencari dimana arah suara itu. Matanya kiri kanan atas bawa memandang dan jumpa. Kucing itu dekat atas pokok. Tak adalah besar sangat. Sederhana. Pokok itu je terlebih tinggi macam abang dia.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now