AIDAN AUFA | 12

6.8K 416 18
                                    

FLASHBACK...

Selesai menghantar Aufa, Aayan singgah di pejabat Aidan untuk melepak.

"Kau mesti tertanya kenapa adik aku menangis tadi?"

Aidan memandang Aayan yang tenang dihadapan dia. Dia berdua dengan Aayan memandangkan Denniz, Faiq dan Khairul entah kemana.

"Dulu. Sebelum adik aku masuk universiti, papa, mama dan adik balik kampung sebab nenek buat kenduri doa selamat dan solat hajat untuk adik aku yang nak masuk universiti," terhenti sekejap penjelasan Aayan. Mahu menari nafas seketika untuk menenangkan dirinya.

Aidan hanya diam, menunggu dan menantikan penjelasan seterusnya. "Mak long dan mak ngah dulu asalnya sayang gila dekat adik aku, tapi satu kejadian yang membuatkan mereka tak suka adik aku, lebih kepada benci pun ada," sambung Aayan lagi.

"Kenapa?" Soal Aidan. Sekali sekala dia memberi respon kepada Aayan.

"Itu kau kena tanya Aufa sendiri. Aku tak boleh nak beritahu. Sebab masa tu aku tak ada dengan diorang sebab aku kat sini. Apa yang aku tahu Aufa dijumpai dalam keadaan teruk. Penuh lebam kat tubuh dia, muka dia macam kena belasah. Hari selepas kejadian, Aufa larikan diri dari rumah nenek," tegang muka Aayan semasa menghabiskan cerita itu. Tangannya yang sasa itu dah nampak urat-urat seperti menahan marah.

"Dia datang sini. Dia cari aku. Dia ceritakan kesemuanya dekat aku. Hancur hati aku Aidan." Sambungnya lagi.

Aidan hanya membisu. Tak mahu menambah kemarahan Aayan. Tangannya juga mengepal penumbuk.

"Aku ada dia je. Dia sorang je adik aku. Kalau kau nak tahu aku dengan dia memang tak boleh berpisah, kalau boleh 24 jam aku dengan dia nak melekat."

"Aku kecewa sebab aku tak ada masa tu. Aku tak ada masa adik aku dalam keadaan tu. Luluh hati mama papa aku tengok adik aku macam tu. Kalau akau ada masa tu mungkin adik aku selamat," perlahan Aayan mencerita kecewanya semasa kejadian yang menimpa Aufa, dia tak ada disisi adiknya.

Tapi dia bersyukur Aufa masih hidup dengan selamat dan bahagia walapun dia tak nampak luka dalaman gadis itu. Syukur Aufa masih terjaga rapi oleh abangnya.

"Dan disebabkan kejadian tu, Aufa banyak diamkan diri. Jarang keluar rumah. Ayla dengan Piqa je selalu ada dengan dia. Dari extrovert jadi introvert. Langsung tak nak bercakap atau berkawan dengan lelaki." Tenang muka Aayan menceritakan kepada Aidan. Entah kenapa hatinya memilih untuk menceritakan kepada Aidan.

"Syukur dia selamat dan dia dah nampak okay sekarang." Balas Aidan. Dia pun marah sebenarnya.

"Dan aku cadang dekat mama dan papa untuk bawa dia jumpa pakar. Mula-mula memanglah susah, tapi lama-lama tu alhamdulillah dia makin okay. Macam sekaranglah tapi nak berkawan dengan lelaki tu masih rasa kosong. Denniz tu pun ambil masa juga tapi now dah okay diorang berkawan, sama macam Khairul dengan Faiq."

Aidan ukir senyuman. Tak sangka Aayan sangat protective dan sayang kepada Aufa. Kalau abang orang lain jenis sayang tapi ada masa dia tak pedulikan adik hanya alasan adik dah besar, tapi itu bukan bagi Aayan. Bagi Aayan Aufa sentiasa kecil dimatanya.

End flashback.



"WE fall hard, don't complain and don't retreat even a step. Go forward even if there is no booster in us, confident that we can go forward"

"Dulu. Aku dah buat kesilapan besar dalam diri aku, tipu kalau aku kata aku tak menyesal. Aku tahu ada hikmah disebalik aku yang dulu, aku dipertemukan dengan seseorang yang dah ada dihati aku sekarang, aku sentiasa rasa diri aku dalam ingatan dia, sama juga dia, dia selalu dalam ingatan aku. Aku harap aku dapat jumpa dia dan dapat dia."

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now