AIDAN AUFA | 07

7.8K 430 14
                                    

"AKU nak kau check latar belakang dia." Arah Aidan kepada pembantu peribadinya. Eddie. Selain Faiq, Eddie yang akan membantunya tapi kebiasaannya Eddie akan membantu dia di luar.

Gambar Aufa dihulurkan kepada Eddie

"Hmm beautiful," puji Eddie terhadap gambar Aufa. Bila dah dapat jelingan maut Aidan terus sahaja dia membuat muka serius.

Dia berdehem sebelum dia memberi kata putus. "Boleh Encik Aidan. Tak ada masalah. Lagi tiga hari saya bagi kesemuanya."

Aidan mengangguk perlahan. "Kau jangan nak usyar dia pulak." Amaran tegas diberikan kepada Eddie.

"Baiklah encik. Kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dulu."

Setelah Eddie keluar dari pejabatnya, dia bangun dari tempat duduk di meja kerjanya dan kakinya melangkah ke satu bilik tidur yang ada di pejabatnya. Tubuhnya menuju ke arah katil yang ada di dalam bilik itu setelah pintu bilik itu ditutup rapat. Hari ni tak kerja pun tapi saja dia reka kerja sendiri supaya dia ada kerja.

Aidan berbaring di katil itu dan berbantalkan kedua-dua lengannya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Kacak.

"Aufa." Gumamnya perlahan sambil menutup mata. Dia telah membayangkan wajah gadis itu. Gadis yang telah ada dihatinya buat sekian lama. Hatinya ingin meletup apabila dia dapat tahu nama gadis itu. Tapi dia masih cemburu apabila melihat Aufa dengan Aayan.

Dalam bayangan dia telah ingat segalanya. Wajah gadis itu, bau, suara dan senyuman yang terukir dari bibir gadis idaman dia.

"Damn Aufa. You drive me crazy. Crazy on you." Setelah itu, bibirnya mengukir senyuman sinis. Hanya dia sahaja tahu.

"I will get you. If i can't have you, no one can. Aufa..." Itulah yang keluar dari mulutnya yang masih ada senyuman sinis itu.

Bunyi notification iPhone miliknya telah mengganggu dirinya yang ingin melelapkan matanya yang agak mengantuk, biasalah dia masih teruna jadi workaholic jelah. Nanti dah kahwin mesti kahwinholic.

Dicapai juga iPhonenya itu lalu Aidan membaca mesej Whatsapp daripada Aayan dan Denniz.

Kau lepak dengan Denniz jelah nanti. Tak pun ajak Faiq, Khairul or Harraz. Aku ada hal nak jumpa orang. - Aayan

Yo! Lepak jom. - Denniz

Dia masih lagi memendam rasa marah kepada Aayan. Punyalah selama ini Aayan menjadi tempat dia meluahkan tentang gadis idaman dia alih-alih nampak melekat dengan Aayan.




AIR mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh. Akhirnya Aayan sudi bercerita kepadanya tentang hubungan dia dan Aireen.

"Adik minta maaf abang. Adik tak tahu. Sepatutnya adik ambik tahu dari awal, at least abang tak tanggung luka." Teresak-esak Aufa meminta maaf kepada abangnya. Dia yang mendesak Aayan supaya menceritakan kesemuanya.

Aayan tersenyum. Sayang juga eh kau ni dekat Aayan, adik.

"Redha jelah adik. Abang dengan dia dah tak ada apa-apa. We have done. Abang dah lega," suara Aayan amat pasrah ketika itu.

Aufa kaku. Dia sendiri tak tahu nak bagi respon apa. Masa melihat wajah abangnya setelah menceritakan apa yang dia nampak masa tu, jelas wajah abangnya seperti dicurangi.

Dia yang tak ada teman lelaki pun susah nak dekat dengan lelaki, inikan pula Aireen. Doakan yang terbaik jelah.

"Hmm... Adik ada. Mama ada. Tak apa abang. Kitorang takkan sakitkan abang macam perempuan lain sakitkan abang." Pujuk Aufa. Meletus ketawa Aayan. Bergema dalam kereta itu.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now