AIDAN AUFA | 14

7K 401 18
                                    

KEHIDUPAN Aufa kini semakin baik. Tiada lagi fitnah terhadapnya. Malah keluarga mak long dan makngahnya telah memohon ampun daripadanya.

Setelah selesai makan di kafe, dia terus bangun berkemas untuk pergi, dia nak ke meja abangnya dahulu yang duduk dengan Faiq.

Akhir-akhir ini kerap abangnya lepak di kafe berdekatan pejabat dia, pendek kata Aidan yang nak.

"Hai Aufa," datang satu suara lelaki yang menegur dia. Aufa berpaling ke arah suara itu.

Bum!

Habis jatuh buku-buku dia dan tote bag dia. Tak sangka akan jumpa lelaki ini di kampus. Lelaki itu menuju ke arahnya.

"Haidar?" Itu yang keluar dari mulut Aufa.

"Hi Aufa! How are you? Wahhh now you look so beautiful," puji Haidar dengan ikhlas setelah sampai di hadapan Aufa. Aufa masih lagi terkejut dan terus memandang lelaki itu tanpa berkelip.

Aku baru nak bahagia yang kau muncul ni pahal, bebelnya dalam hati.

Lambat-lambat Aufa membalas, "Ow... Aaa... Hai Haidar." Malas-malas dia membalas. Haraplah ada orang datang tegur dia.

"Awak tahu tak awak dah makin cantik Aufa. Especially mata hazel you! I like it! But where is your hazel eyes? Why black right now?" Tak henti Haidar memuji Aufa membuatkan Aufa jadi tak selesa. Terus Aufa mengutip buku-buku dan tote bag dia sebelum Haidar yang buat.

Aidan baru sahaja tiba di meja Aayan dan Faiq. Baru je duduk dia bangun balik. Matanya memandang ke arah Aufa dengan seorang lelaki.

"Kau dah kenapa? Kerusi tu tak panas pun," ejek Faiq.

Aidan hanya senyap. Aayan berpaling ke belakang untuk melihat arah yang dipandang oleh Aidan. Mata Aayan pula seperti panas. Terus dia melangkah ke arah adik dia.

"Alah awak ni Aufa kenapa reaksi awak macam baru nampak hantu," soal Haidar sambil tersenyum.

"Sebab kaulah hantu tu," muncul Aayan dari belakang Haidar. Ditarik terus Aufa ke belakang dia.

Haidar terhenti senyum. Mahu tak mahu dia menayangkan muka tak tahu malunya. "Kau siapa eh? Suka hati nak halang Aufa dengan aku, siap tarik dia lagi." Dingin Haidar bertanya Aayan.

Oh lupa Haidar tak tahu Aufa ada abang.

Sinis Aayan senyum menampakkan gigi putih tersusun cantiknya.

"Aku abang dia. Kau lah kan lelaki yang selamba mak bapak kau tolak adik aku dulu? Sampai adik aku heartbroken teruk tu dulu? Kau kan?"

Luntur wajah tak bersalah Haidar.

"Sebab tu aku sekarang nak ambil hati dia balik. A-Aku menyesal. Aku nak minta maaf dan peluang semula dekat adik kau," Haidar buat-buat muka seperti bersalah memainkan perasaan Aufa sebelum ini.

Dah tu siapa suruh kau reject aku?

Aufa memandang Aidan yang baru tiba disebelah dia. Wajah Aidan agak ketat seperti hendak mencekik muka Haidar. Haidar pula seperti takut melihat tubuh tegap dan sasa milik Aidan, terus mengundur diri sebelum melangkah pergi.

Sempat aku mendengar dia berkata till we meet again Aufa.

Huh aku harap aku tak jumpa dia lagi. Terima kasih kepada dua ketul yanh ada dengan aku sekarang ini. Hati Aufa gembira melihat Aidan disebelah Aayan.

"Adik okay?" Tanya Aayan. Aufa mengangguk tetapi tangannya masih menggigil. Aayan seperti mengerti adik dia ketakutan terus memimpin tangan adik dia ke meja dia. Aidan hanya menuruti mereka.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now