AIDAN AUFA | 11

7.2K 361 9
                                    

AUFA membaca mesej yang dihantar oleh Aidan. Sejak semalam dia dan Aidan kerap berhubung.

Aufa? - Aidan Xavier

Ye? Ada apa kau chat aku ni?

Kau okay tak? Ada apa nak share dengan aku? - Aidan Xavier

Kalau kau ada apa-apa nak share dengan aku kau share lah, aku ada. - Aidan Xavier

Aku okay je. Aku penat.

Aku minta maaf pasal tadi aku kacau kau tidur sampai kau tak boleh tidur. - Aidan Xavier

Tak apa! Benda dah lepas. Dahlah. Aku penat. Aku nak tidur ni.

Terus Aufa meletakkan iPhone miliknya ditepi kepala. Dia penat. Bukan sebab kerja. Dia penat memikirkan alasan untuk tidak pulang ke kampung belah ayahnya. Aufa tahu ada banyak mulut saudara maranya yang agak setan sedikit. Bukan sedikit tapi banyak, walaupun nenek dia sentiasa menyebelahi dia. Papanya adalah anak bongsu, tiga beradik. Disebabkan kejadian hitam dahulu, dia sering dijadikan bahan bualan setiap kali balik kampung. Sebab itu dia membuat keputusan untuk tidak balik ke kampung sampai sekarang.

"Aish tak boleh. Aufa! Kau peguam. Kau kena kuat dan jangan tunjuk lemah depan semua orang." Dia cuba meyakinkan dirinya.

Terus dia terlelap sehingga pagi. Aufa amat mengantuk sejak diganggu oleh Aidan pagi tadi.

Kringgg!

Bunyi penggera telefon dia berbunyi pada awal 6 pagi. Dia selalu bangun awal untuk siapkan diri untuk solat subuh.

Ditutup penggera itu dan membuka Whatsapp terlebih dahulu. Kelihatan nama teratas telah menjadi penghantar mesej terakhir semalam. Ditekan kenalan itu.

Good night Aufa. Having sweet dream. I wish tomorrow you wake up with full smile and happy. - Aidan Xavier

Tersenyum Aufa dibuatnya. Cair pun ada walaupun tak tahu sama ada Aidan ikhlas atau saja nak ambil hati dia. Ah tak kisahlah janji dia tersenyum.

Setelah membalas mesej Aidan, dia terus bangun mencapai bathrobe dan melangkah ke bilik air. Pancutan air hujan menyejukkan tubuhnya. Dia suka mandi air sejuk daripada air suam.

Ting!

Aidan yang sudah solat subuh terdengar bunyi notifikasi iphone dia. Dia tahu siapa gerangan yang menghantar mesej itu kerana dia telah setkan bunyi notifikasi khas untuk gerangan itu.

Dia berdoa dahulu sebelum bangun dan mencapai iPhone miliknya. Tersenyum dibuatnya melihat siapa yang menghantar mesej itu. Pembetulan, membalas mesejnya semalam.

Good morning! Having a nice day. Sorry aku tertidur semalam. Now as you said, today i woke up with fully smile and happy - Precious Aufa

Dia menyimpan nombor telefon Aufa sebagai 'Precious Aufa' dan notifikasi circle. Semasa Aufa menyimpan nombor itu sebagai Aufa Qurratu Ain, dia menukar kepada yang disimpan sekarang.

Sempat dia membalas mesej Aufa.

Of course you happy because of me! Haha! Alhamdulilah you are happy today and tomorrow and next day and next day and forever.



AUFA bersiap dan turun sarapan bersama Ayla dan Piqa.

Aufa telah siap dengan pakaian peguam dia, dia mencapai iPhone dan tote bag miliknya. Satu lagi beg untuk letak kertas-kertas kerja dan macbook apple. Semasa dia turun dia sempat membaca mesej Aidan.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now