AIDAN AUFA | 05

9K 460 19
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, hadirlah mereka di padang bola untuk menemani Ayla untuk menonton kekasih dia bermain bola.

Air cincau disedut. Cuaca petang hari ni tak panas sangat jadi sesuailah Aufa mengenakan jersi hitam bersama seluar trek Adidas dan tudung sarung berwarna hitam. Sejak jadi peguam, warna hitam menjadi warna kegemaran dia.

"Aku nak ke toilet jap." Pinta Aufa.

Ayla dan Piqa mengangguk tanpa memandang ke arah Aufa. Mata mereka memandang ke arah pemain bola sepak. Macam yang Aufa kata, Aayan juga ada disitu. Sewaktu dalam perjalanan ke tandas awam, matanya melilau sekeliling di tempat duduk penonton, dimanakah Aireen kekasih abang dia. Biasanya Aireen yang selalu sampai awal untuk menyokong abang dia.

"Weh kau tengok tu. Ramai perempuan buat banner nama abang Aufa dengan nama boyfriend kau. Setia betul eh peminat diorang sampai sanggup habiskan duit semata-mata nak buat banner," bisik Piqa kerana tak mahu penyokong perempuan disebelah dia dengar. Karang tak pasal-pasal jadi persembahan tarik tudung dan rambut.

Ayla mengangguk mengeyakan. Tahulah kekasih dia tu kacak tapi tak tahu ke kekasih dia tu dan ada tunang.

Keluar sahaja dari tandas, Aufa membetulkan tudung sarungnya yang ada sedikit rambut yang keluar.

Jam tangan dilihat, lagi sepuluh minit nak masuk 5 petang. Setelah memastikan dirinya dah tak ada cacat cela, dia keluar dari tandas awam itu. Kakinya terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki yang sedang merokok disitu.

Aduh matilah aku.

"Hei cik adik manis. Buat apa sorang-sorang tu?" Tegur salah seorang lelaki disitu dan membuatkan semua kepala menoleh ke arahnya. Semua tersenyum nakal kearah dia.

Aufa pusing ke belakang untuk beredar dari situ. Sebelum dia diapa-apakan. Dia mula teringat kisah hitam dia dengan lelaki yang menghadirkan trauma kedalam hidup dia. Baru beberapa langkah dia berjalan, terasa bahunya disambar dari belakang.

"Arh." Terjerit dia dibuatnya.

"Shh janganlah jerit. Nanti orang kata abang nak culik adik ni pulak." Mereka mengepung Aufa.

Lelaki-lelaki itu tergelak nakal ke arah Aufa. Mata mereka memandang Aufa dari atas ke bawah membuatkan Aufa berasa dirinya tidak selesa. Tangan kanan Aufa dipegang erat oleh mereka. Tanpa amaran laju sahaja tangan kiri Aufa menumbuk muka lelaki itu.

Buk!

"Argh sial kau." Lelaki yang ditumbuk oleh Aufa mengangkat tangan untuk memukul Aufa.

Mata Aufa dipejamkan kerana dia amat takut sekarang ini. Tiada orang lalu lalang disitu. Tapi yang peliknya kenapa tamparan itu tidak singgah kepada dia.

Apabila dia membuka mata, barulah dia tahu kenapa. Kelihatan abangnya memegang erat tengan lelaki yang ingin memukul dirinya. Nasib baik menyebelahi dia. Dibelakang Aayan terdapat Denniz, Khairul dan Faiq. Wajah Faiq memerah.

"Kalau aku lah kan, adik aku buat perangai tak terfikir lagilah aku nak pukul dia. Jentik pun aku tak pernah." Nada Aayan berbaur tegas. Habislah lelaki itu nanti. Ayokk. Tak tahu.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now