ASTON Martin miliknya diparkir cantik di halaman rumah. Dia tidak keluar terus tetapi dia healing sekejap dalam kereta sebelum turun. Tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat gadis yang meminta bantuan dia tadi. Hilang terus penat dia.
"Petanda nak suruh kahwin dah kot. Umur pun dah nak 30 tahun still tak ada bini," tersenyum dia berbicara sendirian. Lagi tiga tahun dia akan berusia 30 tahun. Sungguh dia tak percaya gadis itu datang meminta bantun dirinya.
Aidan terhenti lamunan dia dan dia mematikan enjin kereta. Dia terus keluar dari keretanya dan masuk kedalam rumah. Mucen diletakkan didalam sangkat terlebih dahulu. Dah pukul sepuluh mesti kawan-kawan dia dah tidur.
Dia berehat di sofa. Dia agak letih kerana ayahnya sering meminta dia memujuk maknya supaya kembali bersama ayahnya semula dan perangai adik tirinya pula yang asyik sibuk dengan hal dia.
"Aidan Xavier oi, kau dah kenapa tersenyum sorang-sorang?" Aayan masih belum tidur turun kebawah untuk berkudap-kudap dahulu.
Aidan tersenyum lebar memandang ke arah Aayan yang mengambil tempat di sebelahnya.
"I found her."
Aayan mengerutkan keningnya. "Who?" Siapa pula yang dimaksudkan Aidan? Dahlah dia jenis mudah lupa.
"My first love," balas Aidan dengan senyuman manis.
Aayan mengerutkan dahinya dan dia tersedar apa yang ingin disampaikan oleh Aidan. Setahu dia Aidan pernah cerita dia menyukai seseorang sejak usia 18 tahun sampai sekarang tak jumpa perempuan yang dicintainya. Takkan dah jumpa?
Melihat Aayan seperti keliru Aidan terus menjelaskan. "Kau ingat tak masa lepas aku kena belasah dengan geng buli dulu aku cakap aku tak tertarik dengan mana-mana perempuan sebab aku ada first love, budak perempuan yang tolong aku masa aku kena buli dekat mall. Aku jumpa dia tadi."
Pap! Aayan menepuk bahu Aidan.
"Tak sangka makbul doa kau. Kat mana? Aku kenal ke?" Soalan daripada Aayan bagaikan peluru.
"Alhamdulillah. Aku rasa dia kerja kat sini jugaklah wei... Sebab aku nampak dia naik kereta mewah jugak tu."
Aayan mengukir senyuman. Nampaknya cerialah kawan baiknya nanti. Dari semester satu sehingga sekarang Aidan asyik senyap dan beku dengan perempuan. Sekarang? Perempuan yang dicintai dia bakal mengubah Aidan.
Siapalah perempuan bertuah tu?
"Wow. Aku doakan kau semoga berjodoh dengan si dia tu," doa Aayan sambil mengaminkan.
"Jujur tadi aku ternampak dia kat Starbuks, aku gembira masa tu tapi aku abaikan sebab takut silap orang. Tapi bila aku nampak dia depan-depan, hati aku memang mengatakan 100% tu dia. Tadi pun dia yang first tegur aku tadi sebab nak mintak tolong aku turunkan kucing dekat pokok. Aku terkejut sebab dia. Dia depan mata aku tadi," tutur Aidan lagi.
Aidan tersenyum sendirian. Siapa tak happy jumpa crush sendiri.
"Kau tak tegur dia? Ke dia dah ada boyfriend?" soal Aayan berhati-hati.
Aidan tersenyum riak, "Instinct aku sekarang mengatakan dia bujang dan tak ada boyfriend." Yakin dia menjawab.
Kenapalah Aayan tak berinstinct yang crush member dia tu adik dia sendiri. Barulah satu kawasan boleh makan nasi bungkus hari kematian.
"Whoaaa powernya kamu! Confidentnya kamu!"Aayan meniru ayat Ustaz Hamadi dalam Nur 2.
Aidan hanya menjeling. Aayan pula ketawa.
YOU ARE READING
Xavier's Precious (Terbit)
Romance📌 THIS STORY 100% FROM A SONG. Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan FajarPakeer. Tujuan publish di sini hanya untuk mempromosikan cerita. Boleh didapati di Shopee FajarPakeer atau di mana-mana bookstore berdekatan. RM26.00 SM RM29.00 SS Comp...