AIDAN AUFA | 20

7.7K 371 20
                                    

"TAHNIAH bro!" Faiq dan Aayan berjabat tangan gaya lelaki bersalam.Bergilir-gilir dengan Aidan, Denniz dan Khairul. Member mana tak happy kalau member dah kahwin.

"Congratulation bro. Dah jadi laki orang dah. Kau first kahwin." Ucap Denniz.

"Eleh yeke aku first?" Sindir Aayan. Denniz hanya menjeling.

"Tu lah pasal. Tahniah ye abang Aayan kesayanganku..." Meleret Khairul mengucapkan tahniah kepada Aayan dengan puppy eyes dia.

Aayan meluat. Faiq dan Khairul sepupu sejati dua kali lima. Kalau tak Faiq jadi perempuan mesti Khairul, kalau tak Khairul mestilah Faiq. Patut tak ada girlfriend sampai sekarang. Usia dah 27 tahun. Tengoklah hari ni dua-dua pakai warna pink.

Baru sejam Aayan sah sebagai suami kepada Aireen Kayyisa berwalikan bapanya. Kini mereka saja berada jauh daripada tetamu, saja mahu berbual hal mereka.

Lagun Sari Singapore menjadi pilihan mereka.

Dari tadi mata Aidan mencari susuk tubuh seseorang, sejak dia sampai sehingga sekarang tiada bayangan susuk tubuh itu.

"Hai Aidan. Cari siapa tu?" Sapa satu suara dari tepinya.

"Kau rupanya Ayana. Tak adalah aku saja tengok sekeliling." Padahal dia mencari Aufa.

"Doktor Ayana. Nasib baik kau boleh datang." Sindir Aayan.

"Dah kau ajak, aku datanglah senget. Karang aku tak datang kau pula tanya asal aku tak datang nanti." Bidas Ayana.

Mana kau ni Aufa. Takkan kau tak nak datang sebab aku datang? Soalnya dalam hati. Dari tadi dia menantikan kemunculan Aufa.

"Hello! Congratulation Aayan for your wedding." Ucap seseorang dari belakang mereka.

Mereka berenam berpaling memandang ke arah belakang, arah suara itu datang. Mereka hanya mengetap bibir melihat susuk tubuh tegap itu. Dulu lembik sekarang tegap. Baru tahu diri tu jantan ke apa?

Haidar.

Haidar berjalan dengan penuh gaya, dengan tux berwarna hitam dan tangan kiri diletakkan dalam poket seluar. Dia menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat dengan Aayan, tanda gembira dengan perkahwinan Aayan.

Lambat-lambat Aayan menyambut huluran itu. Walaupun tak suka dan tak selesa dengan kehadiran lelaki itu, dia tetap kena hormat tetamu selagi tetamu tidak biadap.

Huluran di tuju kepada Khairul, Denniz dan Faiq. Mujur mereka menyambut huluran tangan tersebut. Kecuali Aidan. Lambat lagi.

Kau datang dengan siapa?" Soal Denniz. Dah dari tadi semua diam.

Haidar memandang Aidan. Senyuman sinis dihadiahkan kepada lelaki itu. "Oh aku datang dengan girlfriend aku. Kejap lagi dia masuk, katanya heels dia buat hal." Mudah saja dia menjawab.

"Alhamdulillah dah ada girlfriend, semoga kau dapat kahwin dengan dia. Amin." Sinis Aidan memotong Haidar. Kedua-dua tapak tangan diaminkan ke wajahnya.

Haidar hanya tersenyum.

"Amin!" Muncul suara lunak seorang gadis mengaminkan doa Aidan itu. Dengar daripada tapak heels itu datang dari belakang Haidar.

Alangkah terkejutnya Aayan, Denniz, Faiq dan Denniz yang memandang gadis itu muncul dari belakang Haidar. Aidan tidak memandang sebaliknya tersenyum seolah-olah Haidar takkan ganggu Aufa lagi.

Apabila gadis itu berhenti di sebelah Haidar, terkejutnya Aidan melihat gadis itu.

"Hai. I Aufa." Aufa menghulurkan tangannya kepada Ayana. Dari tadi dia memendam sakit hati kerana dari jauh dia tengok Aidan dan Ayana seperti mesra.

Xavier's Precious (Terbit)Where stories live. Discover now