PECAH gelak Aufa, Piqa dan Ayla mendengar cerita Aufa dan Aidan pagi itu. Ada ke patut Aufa buat begitu.
Ayla menepuk bahu Aufa, "Woi tak baik lah kau," dia juga geli hati. Aufa bukan sekadar ada mulut tak ada lesen tapi ada pemikiran luar jangkaan.
Aufa oh Aufa.
"Entah kau ni! Buatnya dia cari kau kat pejabat? Macam mana?" Soal Piqa yang baru sahaja reda dari ketawa.
Terhenti ketawa Aufa. Ha ah lah? Macam mana?
"Takkan kut. Aku nampak dia aku lari lah," selamba dia membalas.
Ketiga-tiga itu ketawa. Nasib ada kawan macam Aufa. Sarapan pagi dihabiskan.
"OOO jadi selama ni kau syok kat adik aku?"
Aidan meleraikan tali leher hitam yang dipakai, tengah hari ni biasanya dia akan buang tali leher. Rimas. Lengan baju kemeja putih yang sedikit basah itu dilipat hingga paras siku dan tiga butang baju kemeja itu dibuka sehingga nampak sedikit dada sasanya. Mengancam betul. Dia baru sahaja selesai solat dhuha.
Rambut dia yang kemas itu diraup tapi masih lagi ada rupa kacak. Tak dapat dinafikan lagi Aidan agak kacak, wajahnya hampir 100% mirip dengan pelakon China iaitu Xu Kai.
Dia bersandar di kerusi kerjanya. Bibirnya mengukir senyuman apabila teringat perbualan dia dengan Aayan malam tadi.
"Kau abang Aufa ke? Seriuslah?" Berkerut seribu muka Aidan menyoal Aayan.
"Aufa adik aku. Aku abang dia. Titik!" Ditekankan titik. Aayan betul-betul tak suka kawan baik sendiri suka adik dia. Faiq dan Khairul pun dah penat nak tegur ni tambah satu lagi.
Setelah beberapa lama diam. Aidan cuba berbincang dengan Aayan.
"Kau... marah aku ke Aayan?"
"Hmm." Itu sahaja balasan Aayan.
Senyap!
"Kenapa kau suka Aufa? Banyak lagi perempuan lain," suara Aayan agak dingin semasa dia menyoal Aidan Nampak aura tegas dia sebagai abang. Dah macam polis menyiasat suspek.
"Kau ingat tak aku pernah ceritakan aku suka perempuan yang aku pernah cerita dulu?" Aidan menerangkan semula sebab dia suka Aufa.
Aayan mengangguk.
"Okay cerita dia macam ni." Aidan menceritakan dari A ke Z.
Bahu Aidan ditepuk.
"Seriously dude? Adik aku tolong kau?" Aayan jelas seperti tidak percaya cerita Aidan.
"Suara Aufa dan tinggi dia sama. Aku ingat lagi. Cuma beza satu je. Dulu perangai dia sopan sekarang kasar sikit," sambungnya lagi.
"Bersebab juga dia kasar. Asalnya dulu dia lemah lembut je," jawab Aayan. Tangan disilangkan ke dada.
Masing-masing diam. Dah tak ada gelak-gelak seperti dulu.
Aayan mengukir senyuman. Kena uji sedikit dah senyap.
"Aku restu. Pergilah pikat dia. Kalau dia tak nak, kau mengalah. Dia nak, kau teruskan," tersenyum Aayan memberitahu bahawa dia restu jikalau Aidan bersama Aufa.
Dia saja nak kenakan Aidan. Nampak seperti Aidan ni setia. Kalau tak setia tak adanya tunggu dan cari adiknya selama 9 tahun.
Terangkat kepala Aidan. Tak percaya. Tadi bukan marah ke?
YOU ARE READING
Xavier's Precious (Terbit)
Lãng mạn📌 THIS STORY 100% FROM A SONG. Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan FajarPakeer. Tujuan publish di sini hanya untuk mempromosikan cerita. Boleh didapati di Shopee FajarPakeer atau di mana-mana bookstore berdekatan. RM26.00 SM RM29.00 SS Comp...