AUFA dan Ayla mengurut dahi yang sudah pening. Macam aman tak pening kalau dah Piqa asyik mundar mandir kegeraman."Dah tiga hari berlalu baru hari ni kau nak cerita. Ni kalau aku ada masa tu memang dah terbang dah burung diorang tu. Nasib baik Denniz dengan abang Aayan ada," marah Piqa tapi ada terselit nada lega disitu.
Aufa juga menahan marah apabila berada dalam situasi tersebut tapi dia juga takut. Dia tak suka kalau betul-betul marah terus lepaskan amarahnya, dia lagi suka diamkan diri sebab tak nak lukakan hati orang yang mendengarnya.
Tangan kanan Piqa menumbuk telapak tangan kirinya. Matanya seolah-olah membayangkan membuat pembedahan membebaskan burung lelaki yang kacau Aufa tempoh hari.
"Ish. Kejap aku nak minum air." Piqa berlalu ke dapur.
"Aku minta maaf wei. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku temankan kau," Ayla meminta maaf. Dia juga rasa bersalah. Hanya sebab nak tengok Denniz, dia tak temankan Aufa ke tandas.
Aufa menepuk bahu Ayla, "Tak apa, rezeki aku sebab Allah gerakkan hati abang aku nak ke tandas. Now aku still selamat."
Ayla mengangguk. Nasib baik abang kawannya ada tadi kalau tak? Mahu trauma kembali kawannya itu. Yelah sebab Aufa tak suka dengan keadaan ramai lelaki. Tengoklah, mana pernah lagi dia tengok Aufa berkawan dengan lelaki.
"Next time kau kena biasakan diri sorang diri juga. Aku dengan Piqa tak selamanya ada dengan kau. Piqa akan kahwin nanti dan aku pun akan kahwin. Kau fahamkan maksud aku?" Nasihat Ayla kepada Aufa. Aufa tersenyum manis biarpun hatinya ingin meraung. Tapi apakah daya? Kawan-kawan dia perlu bahagia dengan pasangan masing-masing.
"Aku akan cuba." Balas Aufa.
Ting!
Ayla membuka skrin iPhone dia. Tersenyum dia melihat Denniz menghantar gambar.
"Tengok ni. Denniz hantar gambar dia tengah lepak dengan abang kau. Faiq dengan Khairul pun ada."
iPhone dihulurkan kepada Aufa. Jari Aufa terus zoom kepada gambar itu. Dari kanan adalah gambar abangnya, Denniz, Faiq dan Khairul. Dia seperti pernah nampak gambar lelaki disebelah Khairul.
"Ni siapa? Tak pernah nampak pun." Aufa buat-buat tanya. Ayla melihat gambar yang ditunjukkan oleh Aufa.
"Oh. Ini kawan abang kau jugak. CEO XAVIER HOLDING. Nama dia Aidan Xavier. Dialah kapten bola sepak yang aku cakap tu. Hensem kan?" Balas Ayla dengan senyuman misteri. Aufa dah boleh agak itu senyuman apa.
"Better stop! Aku tak suka."
"Weh. Dia ni teruna hot kut. Kaya pulak tu. Sama level dengan Denniz dan abang Aayan tahu." Ayla masih lagi cuba kenenkan Auda dengan Aidan.
"Tak hingin aku." Aufa terus bangun untuk naik ke biliknya di tingkat atas sebelum Ayla menyambung lagi ayat dia.
I think i know him. His face look familiar for me.
"WOI Aidan Xavier! Berangan sampai kemana dah?" Dari tadi Faiq melihat Aidan asyik tersenyum.
Sejak-sejak Aidan kata dia ada someone special, dia nampak perubahan sedikit demi sedikit daripada kawan dia itu. Tak pernah-pernah lagi melihat Aidan tersenyum begini. Selalu muka beku je.
YOU ARE READING
Xavier's Precious (Terbit)
Romance📌 THIS STORY 100% FROM A SONG. Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan FajarPakeer. Tujuan publish di sini hanya untuk mempromosikan cerita. Boleh didapati di Shopee FajarPakeer atau di mana-mana bookstore berdekatan. RM26.00 SM RM29.00 SS Comp...