Hi guys!saya newbie author dekat dalam dunia Wattpad!So saya harap korang semua sudi baca cerita saya ni!😁
Mempersembahkan sebuah karya pertama saya iaitu yang bertajuk The Rayden Albert's Wife.
Selamat menuju ke dunia Tengku Rayden Albert dan Hannah Audia!
Membuka tirai cerita ini dengan lafaz
بِسْمِ الله الرحمن الرحيم.——————————✨🧡——————————
Matahari sudah mulai naik menandakan hari sudah menjelang pagi,seorang gadis yang terbaring di atas katil mulai menggeliat dan membuka matanya yang berwarna coklat kehitaman itu.
HANNAH AUDIA!!!BANGUN!!!
Terdengar suara itu memanggil namanya,gadis yang berada di atas katil itu tadi terus bangun dari tempat tidurnya.Dia mencapai tombol pintu biliknya lalu menutupnya dengan segera setelah keluar daripada bilik tidurnya.
"YA IBU!"sahut gadis itu tadi.
"Haa dah bangun pun anak dara ni,ingatkan tak nak bangun dah"sindir Puan Liana kepada Hannah.
"Ishh ibu ni,adik baru je sedap-sedap tidur tadi tahu tak!tiba-tiba je dengar suara ibu panggil adik,kacau jee adik nak tidur sambil bermimpi yang indah-indah!"bebel Hannah sambil mencebik mulutnya.
"Kalau ye pun nak tidur dengan bermimpi yang indah-indah,kena laa reti jugak bangun tu ye takkan sampai ke subuh esok pagi pulak baru kamu nak bangun!"bidas Puan Liana pula sambil menuju ke arah Hannah yang sudah duduk di meja makan.
"Haihh kamu tu anak dara adik,mana boleh bangun lewat sangat nanti tak ada siapa yang nak jadikan kamu isteri,baru kamu tahu"sambung Puan Liana lagi sambil meletakkan pinggan yang berisikan bihun goreng yang telah dimasak olehnya tadi ke atas meja makan.
"Kira okey apa kalau takde orang nak jadikan adik isteri? bolehlah adik healing-healing single dulu haa"jawab Hannah lalu bergelak ketawa.
Hannah mengambil bihun goreng yang dimasak oleh Puan Liana ke dalam pinggannya.
"Haihh budak bertuah ni macam-macam alasan dia bagi!"keluhan kecil keluar dari mulut Puan Liana sambil mengambil tempat duduk di hadapan anak bongsunya itu,anak bongsunya dia sorang ni memang dia punya degil takkan habis punya!
Selepas sahaja selesai makan bersama Puan Liana,Hannah mengambil pinggan ibunya dan diletakkan ke atas pinggan miliknya untuk dibawa ke singki di dapur.
Setelah sahaja selesai membasuh pinggan dan gelas tadi,Hannah kembali menuju ke ruang tamu untuk berehat sekejap.
Tadi selepas dia siap membasuh pinggan dan gelas,dia mencari kelibat ibunya tetapi kelibat ibunya pula tidak kelihatan di ruangan meja makan itu.
Hannah menuju ke ruang tamu,mata bundarnya memandang akan ibunya yang sedang bergelak ketawa dengan meletakkan telefon milik ibunya di telinga,mungkin ibunya sedang bercakap dengan seseorang entah siapalah agaknya pemanggil di sebelah sana.
Hannah mengambil tempat duduk di sebelah ibunya yang sedang rancak berbual dengan seseorang itu di dalam telefonnya.
Di rumah yang sederhana ini,yang tinggal di rumah ini hanyalah Hannah dan Puan Liana sahaja manakala kakaknya Hannah iaitu Adren Mirsha,tinggal di rumah lain bersama suaminya kerana sudah berkahwin dan kakaknya juga memiliki dua orang anak iaitu Arysa dan Arsyad.
Arysa berumur 5 tahun manakala Arsyad,adik Arysa pula berumur 8 bulan.
Puan Liana tidak mempunyai ramai anak,dia hanya mempunyai dua orang anak perempuan sahaja iaitu Adren dan Hannah.
Ayah Adren dan Hannah telah meninggal dunia ketika mereka berdua masih lagi kecil,tetapi mereka masih lagi bersyukur kerana dapat diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bersama dengan Puan Liana iaitu ibu kepada mereka berdua.
Setelah Adren berkahwin dengan Ardan,Hannah jelah yang tinggal bersama ibunya di rumah yang sederhana ini.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...