Setelah selesai mengurut dahi Tengku Rayden,Hannah kembali membetulkan sedikit kedudukannya yang berasa lenguh akibat suaminya yang meletakkan kepalanya ke atas peha Hannah.
Boleh tahan berat kepala dia ni.
"Awak,saya dah siap urut dahi awak ni,dah okey ke?"tanya Hannah lembut.
"Haah,dah rasa lega sikit"jawab Tengku Rayden.
Tidak lama kemudian, Tengku Rayden bangun dan bersandar pada sofa itu.Dia menatap sekilas ke arah Hannah yang hanya menunduk saja dari tadi.
Kemudian,Tengku Rayden mulai bersuara.
"My little muffin tak mengantuk lagi ke?"tanya Tengku Rayden sambil mendekatkan wajahnya ke arah Hannah.
"Eh,ada lah juga rasa mengantuk sikit"jawab Hannah ringkas.
"Jom tidur"kata Tengku Rayden sambil mengambil tangan kecil mulus milik Hannah lalu memimpin Hannah untuk melangkah menuju ke bilik mereka berdua yang berada di tingkat atas.
Hannah tersentak seketika dengan kelakuan Tengku Rayden yang secara tiba-tiba memegang tangannya.
Setelah tiba di hadapan lif,Tengku Rayden menekan butang lif itu dan tidak lama kemudian,mereka berdua masuk dan sampai di tingkat atas.
Setelah itu, Tengku Rayden dan Hannah masuk ke dalam bilik mereka berdua.Tengku Rayden melabuhkan punggungnya di atas katil itu sambil menyandarkan badannya di kepala katil.
Hannah hanya memandang kosong ke arah Tengku Rayden dan bilik itu.Tengku Rayden yang merasakan isterinya tidak lagi berada di atas katil itu terus memandang ke arah isterinya.
"Kenapa my little muffin duduk dekat situ?come,duduk sini sebelah abang"kata Tengku Rayden sambil menepuk-nepuk tangannya di atas katil.Hannah hanya terdiam seketika lalu perlahan-lahan menuju ke arah katil itu.
Tanpa menunggu lama,Tengku Rayden terus menarik tubuh badan Hannah lalu secara spontan Hannah terduduk di atas peha milik Tengku Rayden.
Hannah terjerit kecil seketika.
Tengku Rayden tersenyum nakal.Dia membelai lembut rambut panjang keperangan milik Hannah dan sekali sekala dia mencium aroma harum dari ubun-ubun rambut isterinya itu.
"Your smell is so good,my little muffin"kata Tengku Rayden sambil menghidu kembali aroma harum rambut panjang keperangan milik Hannah.
Hannah hanya duduk membeku saja bagaikan patung di atas peha Tengku Rayden.Kemudian,Tengku Rayden menurunkan sedikit kepalanya lalu mencium lembut leher jinjang milik Hannah.
Meremang bulu roma Hannah ketika itu.
Dah kenapa pulak dengan mamat ni.
"Your smell makes me want to bite you,my little muffin"bisik Tengku Rayden kepada Hannah lalu mencium sekilas tempat itu.
Membahang merah seketika wajah Hannah.
Tengku Rayden menarik wajah Hannah untuk berhadapan dengannya.Setelah itu, Tengku Rayden memagut lembut dagu Hannah.
Mata helangnya tertumpu pada wajah mulus Hannah,Hannah hanya boleh menelan air liur kesat dengan kelakuan Tengku Rayden kepadanya.
Tengku Rayden juga turut merasakan begitu.
Mata helang milik Tengku Rayden menatap ke arah wajah mulus itu dari mata Hannah turun kepada bibir mungil milik isterinya itu lalu dia memandang kembali ke arah mata bundar milik Hannah.Tanpa menunggu lama, Tengku Rayden terus memagut kasar bibir mungil milik Hannah,Hannah agak terkejut dengan kelakuan Tengku Rayden terhadapnya.
Hannah cuba menolak dada bidang milik Tengku Rayden,tetapi malangnya kudratnya tidak segagah Tengku Rayden yang dua kali ganda lebih besar daripadanya.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...