Chapter 33✨

496 15 4
                                    

Keesokan harinya,

Mata coklat gelap milik Hannah mulai terbuka luas.

Tubuh kecil itu menggeliat kecil lalu mulai bangkit daripada terus tertidur di atas katil.

Matanya memandang ke arah jam yang terpapar di skrin telefonnya.Jam di telefonnya menunjukkan sekarang ini pukul 5.00 pagi.

Hannah mengatur langkah untuk mengambil wuduk di ruang dapur.

Semasa Hannah keluar daripada biliknya,matanya terhidang akan susuk tubuh sasa Tengku Rayden yang sedang sibuk mengambil botol air kosong di dalam peti sejuk.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Tengku Rayden yang tidak berbaju itu dan hanya tersarung seluar pendek sahaja di pinggangnya.

"Astaghfirullahalazim"gumam Hannah di dalam hatinya sambil memegang dadanya.

Ingatkan hantu toyol mana tadi.

Kang jerit kuat-kuat haduii,tak tahu.

Hannah hanya berdiri di daun pintu biliknya.

Dia memerah otaknya ligat memikirkan mahu pergi ambil wuduk atau tidak di ruang dapur.

"Kau dah kenapa berdiri dekat situ macam patung?"tanya Tengku Rayden kepada Hannah sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Hah?s..saya nak ambil..wuduk"balas Hannah perlahan-lahan sambil matanya melilau-lilau ke arah lain.

Tidak berminat dia mahu memandang akan abdomen Tengku Rayden.

Tengku Rayden tersenyum sinis apabila melihat mata bundar Hannah melihat ke arah lain.

"Kenapa kau tak pandang aku?hm?takut terpukau ke bila pandang aku?"usik Tengku Rayden.

"Mana ada tuan..cuma s..saya nak ambik wuduk je"ujar Hannah tergagap-gagap lalu mengatur langkah ke arah singki yang berada tidak jauh daripada susuk tubuh Tengku Rayden.

Semasa Hannah mahu mengatur langkah,suara garau Tengku Rayden menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya kembali.

"Kau nak solat apa masa ni?bukan ke azan subuh pukul 6.00?"tanya Tengku Rayden kepada Hannah.

"Solat tahajjud"jawab Hannah singkat.

Tengku Rayden mengerutkan dahinya.

"Solat tahajjud?rajin betul kau eh nak solat tahajjud bagai"sindir Tengku Rayden sambil meneguk air kosong yang berada di dalam genggaman tangannya.

"Solat tahajjud boleh menghapuskan dosa-dosa kita tidak kira dosa itu besar atau kecil"jelas Hannah kepada Tengku Rayden.

Sedang elok Tengku Rayden sedang minum air kosong itu,tiba-tiba dia tersedak akan kata-kata yang keluar daripada mulut Hannah.

Mata helangnya memandang akan di mana susuk tubuh Hannah berada.

Dia mendekati tubuh kecil itu perlahan-lahan.

Hannah menelan air liur kesat.

Kakinya melangkah perlahan-lahan ke belakang.

Tiba-tiba,belakangnya terlanggar dinding rumah itu.

"Jadi....kau nak kata yang aku ni banyak dosa lah?macam tu?sampai aku tak tahu apa maksud sebenar solat tahajjud?hah?"tembak Tengku Rayden sambil mendekatkan wajahnya ke arah wajah mulus milik Hannah.

Tengku Rayden mengunci pergerakan Hannah dengan mengepung gadis itu menggunakan kedua-dua belah tangan kekarnya.

Hannah berpaling ke arah lain.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now