Chapter 40✨

730 19 3
                                    

Hannah terdiam seribu bahasa.

"Rupa-rupanya sebab tu...tuan bencikan saya rupanya..."tutur Hannah perlahan.

Kepalanya tertunduk lemah.

"Kau tak payah nak buat muka sedih kau tu lah!kau ingat aku nak sangat tengok ke muka sedih kau tu?!"jerkah Tengku Rayden lagi.

"Hei perempuan,aku takkan sesekali akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau ni.Aku jijik...jijik dengan perempuan yang berlagak alim macam kau ni"ujar Tengku Rayden lalu mulai mencabut tali pinggangnya.

"Disebabkan kau dah buat kesalahan terbesar dalam hidup kau,you have to accept this punishment...my little muffin"kata Tengku Rayden penuh sinis lalu mulai melayangkan tali pinggangnya ke arah tubuh gadis itu.

Mata Hannah membulat besar apabila memandang tali pinggang yang bila-bila masa sahaja akan menyentuh kulit mulusnya.

"Tuan!"jerit Hannah di dalam bilik stor itu.

Keesokan harinya,Tengku Rayden membuka mata helangnya perlahan-lahan.Dia menatap syiling bilik tidurnya.

Kepalanya menoleh ke arah kanannya,memandang jikalau ada susuk tubuh lain yang berada di sebelahnya.

Tengku Rayden mengeluh kecil lalu mulai bangkit.Dia memegang kepalanya yang mulai berdenyut-denyut.

"Kenapa kepala aku sakit ni"monolog Tengku Rayden bersendirian.

Mata helangnya memandang ke arah tali pinggang yang berada di atas lantai.Pelipisnya mulai berkerut seribu satu.

Kelihatan tali pinggang tersebut telahpun berlumuran dengan darah segar.

"Aku..ada pukul sesiapa ke semalam?"getus hati kecil Tengku Rayden.

"Jangan-jangan..."

Tengku Rayden terus melangkah turun daripada katilnya lalu berlari ke arah lif untuk ke tingkat bawah.

Ting!

Setelah berada di tingkat bawah, Tengku Rayden disapa oleh Mak Nah.

"Selamat pagi,tuan"sapa Nak Nah.

"Hannah mana?"tanya Tengku Rayden apabila terlihat Mak Nah sedang memegang kain putih yang telah berlumuran dengan darah.

"Puan..."balas Mak Nah takut-takut.

"Kenapa dengan Hannah,Mak Nah?!"tanya Tengku Rayden tidak sabar.

"Puan cedera teruk,tuan.Habis tubuh dia luka dan berbirat,tuan"jelas Mak Nah.

Tanpa berfikir panjang,Tengku Rayden terus berlari ke arah bilik stor yang berada tidak jauh dengan ruang dapur.

Tangan kekarnya memulas tombol pintu bilik stor yang telah dihuni oleh Hannah.

Setelah daun pintu dibuka,mata helangnya terhidang dengan susuk tubuh kecil yang sedang tidur di dalam kesakitan yang sudah dihadapi olehnya semalam.

Gadis itu tidur dalam keadaan memeluk tubuhnya sendiri.Lutut dirapatkan ke dadanya.

Kaki panjang Tengku Rayden melangkah perlahan-lahan ke arah susuk tubuh itu berada.

Mata helangnya memandang tubuh kecil isterinya yang sudah 'dihiasi' oleh luka-luka yang berbirat di tubuhnya.

Tidak lupa juga,dahi Hannah juga turut berdarah teruk akibat daripada hentakan kepalanya di dinding semalam.

Tengku Rayden jatuh terduduk di sisi Hannah.

"Apa aku dah buat ni?"bisik hati kecil Tengku Rayden seakan-akan tidak percaya dengan keadaan isterinya.

Sungguh mengayat hati apabila melihat keadaan susuk tubuh Hannah yang terluka sana sini.Malah,bibirnya juga turut pecah dan luka akibat perbuatan semalam.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now