Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu hari pernikahan Tengku Rayden dan Hannah.
Hannah sudah selesai dengan memakai baju pengantin yang dipenuhi dengan sedikit manik berwarna putih.Dia memakai tudung bawal ala-ala gaya pengantin.
Sungguh cantik Hannah ketika ini,jika mana-mana orang yang memandangnya sekarang ini mesti akan terpesona dan terkesima dengan wajahnya yang kelihatan ayu dan sejuk mata mana-mana orang yang memandang Hannah ketika ini.
Hannah yang sedang duduk di hadapan meja solek hanya memandang kosong pantulan dirinya di dalam cermin itu.
Dia masih lagi tidak percaya akan semua benda ini,tetapi apakan daya.Dia perlu menguatkan dirinya untuk menerima takdir hidupnya ini daripada Sang Maha Pencipta.
Beberapa minit kemudian,pintu diketuk dari luar.Hannah memandang pintu itu seketika lalu mengarahkan orang itu masuk.
Tidak lama kemudian,didapati susuk tubuh Puan Liana yang berada di daun pintu itu.
Puan Liana memasuki bilik tidur anaknya.
Dia memandang lembut wajah Hannah."Cantik betul anak ibu harini,berseri-seri wajah bakal pengantin ni"kata Puan Liana kepada Hannah.
Hannah tersenyum manis ke arah ibunya.
Puan Liana memegang lembut pipi mulus milik Hannah lalu memeluk tubuh Hannah."Dah,tak nak sedih-sedih,harinikan hari pernikahan kamu,mana boleh sedih-sedih"kata Puan Liana sambil tersenyum manis lalu menyeka lembut air mata yang berada di wajah Hannah.
Puan Liana memegang lembut tangan anaknya sambil menatap wajah Hannah.
"Nanti bila adik dah jadi isteri orang,adik kena pandai jaga diri.Kena layan suami elok-elok,jaga pakaian makan dia,ye?"pesan Puan Liana kepada Hannah.
Hannah mengangguk perlahan.
Setelah itu,Puan Liana mengajak anaknya itu keluar dari bilik tidurnya untuk turun ke tingkat bawah.
Dengan perasaan yang gelisah,jantung yang berdebar-debar seakan mahu terlompat keluar dari tubuh Hannah dengan bersusah payahnya Hannah bangun lalu mulai melangkah menuju dengan memegang erat tangan ibunya untuk menuju ke tingkat bawah.
Selepas sahaja tiba di tingkat bawah,banyak mata yang memandang Hannah ketika itu.Ramai juga tetamu yang datang pada hari itu.
Hannah dengan bersusah payah mulai melangkah menuju ke arah tempat persandingan di hadapannya.
Tengku Rayden yang sudah berpakaian lengkap dengan baju melayu disertakan dengan songkok itu tidak mengalihkan pandangannya melainkan mata helangnya hanya tertumpu kepada gadis yang berada di tempat persandingan itu.
Terpegun dia kerana kecantikan gadis itu.
Sungguh cantik gadis itu bagai bidadari syurga.Tengku Rayden menatap wajah bakal isterinya itu.Sungguh bersih wajah ayu milik Hannah.Tengku Rayden menyimpulkan senyuman seketika.
Tidak lama kemudian,tok kadi mulai bersuara.
"Dah bersedia?"tanya tok kadi kepada Tengku Rayden.
Rayden berdehem seketika lalu membetulkan kedudukannya.
"Dah tok"jawab Tengku Rayden ringkas.
Tangan Tengku Rayden mulai berjabat tangan dengan tok kadi.
"Tengku Rayden Albert bin Tengku Albert Reandra"kata tok kadi lagi.
"Ya saya"jawab Tengku Rayden.
"Aku nikahkan kau dengan Hannah Audia binti Muhammad Ariaz Yusuf dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ribu ringgit tunai dengan senaskah Al-Quran"kata tok kadi kepada Tengku Rayden.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...