Chapter 41✨

721 18 6
                                    

"Doktor!"panggil nurse tersebut sambil berlari ke arah Shasha.

Beberapa saat berlalu,nurse tersebut telahpun berada betul-betul di hadapan Shasha.

"Kenapa nurse?ada apa-apa yang berlaku ke?"tanya Shasha dengan nada kerisauan apabila melihat nurse itu yang baru sahaja keluar daripada bilik wad kecemasan dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Puan Hannah....Puan Hannah Audia dah sedarkan diri,doktor!"jelas nurse tersebut kepada Shasha.

Shasha terus tersenyum lebar apabila terdengar nama Hannah telahpun sedarkan dirinya.

"Ikut saya"arah Shasha lalu melangkah menuju ke dalam bilik wad kecemasan meninggalkan Tengku Rayden bersama Darius dan Harith di luar.

Tengku Rayden yang turut terdengar akan apa yang telah dikatakan oleh nurse tadi,jatuh terduduk di atas kerusi kembali.

Dia menghela nafas lega.

Akhirnya,Hannah telah bangun.Itulah yang dia harapkan selama dia berada di hospital.Mengharapkan agar wajah mulus milik sang gadis yang selalu tidak lekang tersenyum kepadanya kembali sedarkan diri.

Tengku Rayden tersenyum kecil.

Darius dan Harith yang mendengar khabar baik itu turut berasa gembira.

"Alhamdulillah..."tutur Darius dan Harith dengan sekali gus.

Sekurang-kurangnya Hannah masih lagi kuat,kuat untuk kembali meneruskan perjuangan hidupnya.

"Dia dah bangun.."monolog Tengku Rayden perlahan.

Klak!

Shasha kembali membuka daun pintu wad kecemasan hospital.Kakinya melangkah menuju ke arah di mana Tengku Rayden berada.

Tengku Rayden terus bangkit daripada terus terduduk.

Shasha mengoyak senyuman sederhana.

"Isteri kau dah sedarkan diri"jelas Shasha.

"Boleh aku masuk tengok dia?"tanya Tengku Rayden dengan berharap agar dia boleh melihat isterinya kembali.

Shasha hanya mengangguk kecil.

Kaki Tengku Rayden terus melangkah luas ke arah bilik wad kecemasan.

"Tapi ingat..."

Perkataan yang keluar daripada mulut Shasha berjaya memberhentikan langkah Tengku Rayden.

Shasha menarik nafas dalam-dalam sebelum mulai bersuara kembali.

"Treat her well"pesan Shasha dengan nada penuh makna yang tersirat.

Tengku Rayden kembali meneruskan langkahnya ke dalam bilik wad kecemasan.

Klak!

Daun pintu dibuka perlahan-lahan oleh Tengku Rayden.

Setelah masuk ke dalam,mata helangnya terhidang dengan susuk tubuh yang sedang tidur di atas katil hospital.

Kakinya melangkah perlahan-lahan ke arah katil hospital.Tengku Rayden melabuhkan punggungnya di sisi katil Hannah.

Mata helangnya merenung redup wajah putih suci itu.Tangan kekarnya naik mengelus wajah mulus Hannah.

Beberapa saat berlalu,mata bundar Hannah terbuka perlahan-lahan apabila terasa sesuatu menyentuh pipinya.

Mata bundar Hannah terus membulat apabila melihat wajah tampan milik Tengku Rayden.

Susuk tubuh kecil itu terus melompat turun dari katil.Wajahnya kelihatan sangatlah pucat.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now