Chapter 11✨

515 16 2
                                    

Matahari mulai naik menandakan hari mulai menjelang siang.Hannah mencelikkan matanya seketika dan berpusing sedikit ke kiri.

Hannah memandang ke arah jam dinding di dalam biliknya.Jarum jam itu menunjukkan sekarang ini pukul 6.00 pagi.

Beberapa saat kemudian,Hannah agak terkejut dengan susuk tubuh sasa yang berada di tepinya yang masih lagi dibuai mimpi itu.Hannah menatap seketika wajah tampan milik Tengku Rayden.

Memang tidak dinafikan,wajah suaminya itu sangatlah tampan.Mana-mana perempuan yang melihat wajah tampan itu mesti akan jatuh cinta dengannya.

Tetapi berbeza pula dengan Hannah,dia perlukan masa untuk mulai mencintai lelaki yang berwajah tampan itu.Kemudian,dia mengeluh kecil.

Tiba-tiba,ada suara garau yang menerjah masuk ke dalam telinganya.

"My little muffin dah bangun?"tanya suara garau itu.

Hannah dengan terkejutnya sekali lagi memalingkan wajahnya ke arah suara garau itu.

Tengku Rayden masih lagi setia memejamkan matanya.

"What?!macam mana dia boleh tahu aku dah bangun?!bukan ke dia tengah tido elok je tadi?!"gumam Hannah di dalam hatinya.

Terbuntang mata Hannah seketika.

"Dah"jawab Hannah ringkas.

"Kalau dah bangun,pergi mandi kita solat subuh sama-sama"kata Tengku Rayden kepada Hannah sambil mulai mencelikkan matanya juga lalu matanya bertemu dengan mata milik Hannah.

Hannah cepat-cepat bangun lalu kakinya dengan laju melangkah masuk ke tandas.
Tengku Rayden masih lagi tersenyum kecil sendiri dengan gelagat comel isterinya itu.

Tidak lama beberapa kemudian,Hannah keluar dari tandas yang sudah berpakaian hariannya dan sudah selesai berwuduk.
Tengku Rayden hanya menatap wajah Hannah.

Setiap gerak geri Hannah mesti diperhatikan oleh Tengku Rayden macam takde benda lain dah nak tengok!

"Saya dah siap mandi"kata Hannah ringkas.

"Okay,tunggu abang mandi kejap,lepastu kita solat subuh lama-lama"jawab Tengku Rayden berlalu pergi ke arah tandas bilik tidur isterinya.

Hannah menunggu seketika di hujung katil suaminya itu.

Tidak lama kemudian,Tengku Rayden pun keluar dari tandas lalu mulai mengambil pakaiannya yang berada di dalam beg pakaian serta memakai pakaian tersebut.

Tak pasal-pasal Hannah ternampak freeshow lagi aduhaiii!boleh buat mata dia buta kalau macam ni setiap hari!

Tengku Rayden sekali lagi tersenyum kecil dengan gelagat Hannah.

Setelah itu,mereka berdua pun solat subuh bersama-sama.Tengku Rayden menjadi imam kepada Hannah manakala Hannah pula menjadi makmum kepada Tengku Rayden.

Selepas sahaja selesai solat subuh dan berdoa, Tengku Rayden menghulurkan tangan kekarnya ke arah Hannah.

Hannah dengan perlahan-lahan mengambil tangan kekar Tengku Rayden lalu mencium lembut kekura tangan kekar milik Tengku Rayden.

Kemudian,belum sempat Hannah mahu mengangkat kepalanya,Tengku Rayden lebih cekap lagi darinya terus menarik lembut kepala isterinya itu lalu mencium lembut dahi Hannah.

Membahang merah muka Hannah.

Baru je kahwin,dah banyak memblushing!

Setelah selesai mengemas sejadah dan telekung,Hannah dan Tengku Rayden melangkah menuju ke arah tingkat bawah.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now