Semasa Tengku Rayden sedang ralit memandang langit biru ketika berada di balkoni,tiba-tiba mata helangnya terpandang akan susuk tubuh yang dia kenali berada di bawah sana.
Tengku Rayden menaikkan sebelah keningnya.
"Perempuan tu tengah buat apa dekat situ?"monolog Tengku Rayden bersendirian.
Hannah sedang fokus mengambil kain yang berada di dalam bakul untuk mulai menyidai kain.Mata helang milik Tengku Rayden kini beralih ke arah si figura tersebut.
Ditatapnya si figura tersebut dengan penuh kosong dan dingin.
"Nak sidai kain rupanya"getus hati kecil Tengku Rayden.
Hannah mengulum senyuman manis sambil tangannya lincah menyidai kain di penyidai kain tersebut.Sekali-sekala tangannya mengelap manik-manik peluh yang berada pada dahinya kerana cuaca yang agak panas pada hari itu.
Tanpa dia sedari,ada sepasang mata helang yang sedang menatapnya dari belakang susuk tubuhnya.Semasa Hannah sedang ralit menyidai kain sambil bernyanyi-nyanyi berseorangan diri,Tengku Rayden menyimpul senyuman kecil kepada gadis itu walaupun tanpa diketahui oleh sang gadis.
Tengku Rayden mengambil telefon pintar di dalam poket sweatpants miliknya.Kamera telefon pintarnya dihalakan pada susuk tubuh Hannah.
Dia mencuri-curi mengambil gambar sang gadis itu ketika Hannah sedang fokus menyidai kain di penyidai kain.
Setelah selesai menangkap gambar,Tengku Rayden melihat seketika gambar yang ditangkap olehnya tadi.
"Sidai kain pun cantik"monolog Tengku Rayden bersendirian lagi.
Bibirnya tidak habis-habis tersenyum seorang diri seakan-akan sudah disampuk oleh hantu.
Hantu pun tak ingin nak sampuk dia ni😌😂
Tengku Rayden kembali memasukkan tangan kekarnya ke dalam poket sweatpants miliknya sambil melihat tingkah laku Hannah yang berada di bawah sana.
Tangannya ditongkatkan di bawah dagu.
Beberapa minit kemudian,Hannah telahpun selesai menyidai kain.
Mak Nah melangkah menuju ke arah Hannah untuk melihat keadaannya.
"Puan"sapa Mak Nah.
"Ye Mak Nah"balas Hannah sambil mengoyak senyuman manis kepada Mak Nah.
"Kenapa puan sidai kain ni,Mak Nah yang sepatutnya sidai kain ni"omel Mak Nah kepada Hannah.
Memang niatnya untuk menyidai kain selepas sahaja selesai mengemop lantai di tingkat bawah,tetapi rupa-rupanya Hannah sudahpun menyidai kain tersebut dahulu sebelumnya.
Hannah tergelak kecil.
"Takpelah Mak Nah,setakat kain sebakul ni Hannah boleh je tolong sidaikan"balas Hannah sambil memegang bakul pakaian.
"Haihh,rasa serba salah pulak Mak Nah dengan puan ni.Kalau tuan tahu,naya Mak Nah"tutur Mak Nah sambil menggaru-garu kepalanya yang dilitupi oleh tudung sarung.
"Takpe Mak Nah,kan ni memang kerja Hannah dekat rumah ni.Basuh kain,sidai kain,kemas rumah ni dan macam-macam lagi lah"ujar Hannah sambil tersenyum mesra kepada Mak Nah.
"Tapi puan kena jaga kesihatan puan,puan kan mengand..."
Cepat-cepat Hannah menekup mulut Mak Nah dan memberi isyarat dengan jari telunjuknya diletakkan pada bibirnya.
Hannah menggeleng perlahan kepalanya memberi isyarat kepada Mak Nah.
"Shhh,jangan kuat-kuat Mak Nah.Kalau tuan tahu nanti,saya tak tahu lah macam mana nasib saya kejap lagi"bisik Hannah lalu mengeluh kecil.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...