Tidak lama kemudian,terlihat kereta mewah milik Tengku Rayden memasuki kawasan syarikat The AR's Holding.Tengku Rayden memarkir keretanya di tempat parking.
Beberapa minit kemudian,dia keluar dari keretanya dan melangkah masuk menuju ke dalam syarikat tersebut.Semasa dia mulai melangkah masuk ke dalam syarikat itu,para pekerja sudah beratur untuk memberikan penghormatan kepada Tengku Rayden.
Kemudian,para pekerja itu mulai menundukkan sedikit kepala mereka.Tidak berani untuk bertentangan mata dengan anak majikan mereka.
"Selamat pagi tuan Rayden"kata semua para pekerja di situ sambil masih lagi setia menundukkan kepala mereka.
"Em"jawab Tengku Rayden singkat lalu menganggukkan sedikit kepalanya sebagai tanda ya.
Setelah itu,Tengku Rayden berlalu pergi memasuki bilik pejabatnya.Tengku Rayden melangkah menuju ke tempat duduknya yang berada di hadapannya itu.
Tengku Rayden melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut lalu menyandarkan tubuh badannya ke kerusi empuk itu.
Dia tersenyum sinis.
"Hannah Audia"dua patah perkataan yang keluar dari mulut Tengku Rayden.
Dia memejamkan erat matanya.
"Innocent betul perempuan miskin tu"kata Tengku Rayden lagi.
Heh.
"Senanglah kerja aku lepas ni nak kerjakan dia,aku akan pastikan dia menyesal sebab dah kahwin dengan aku dan aku nak tengok dia hidup merana dalam neraka buatan aku"kata Tengku Rayden dengan penuh kekejaman di dalam hatinya.
Dia sudah merancang satu persatu rancangan untuk kerjakan Hannah.
Dia akan buat Hannah terseksa dan merana di dalam neraka yang telah dia bina untuk gadis itu.Dia suka melihat jika gadis itu merana dan terseksa.
Dia mahu gadis itu merayu dan merintih kepadanya agar melepaskannya suatu hari nanti.Dia suka tengok penderitaan gadis itu,dia benci Hannah!
Baginya,gadis itu tidak layak untuk menjadi isterinya kerana taraf gadis itu tidak setanding dengan tarafnya.Dan dia benci melihat mata milik Hannah yang seakan-akan mahu membuatnya menjadi gila!
Dia benci segala-galanya tentang Hannah Audia!
Baginya,Hannah Audia ialah perempuan munafik yang berlagak seperti seorang yang alim dan solehah.
Tetapi...adakah kebencian itu untuk selamanya atau akan terputus di tengah jalan suatu hari nanti?
"Aku akan seksa kau sedikit demi sedikit"kata Tengku Rayden lagi sambil tersenyum sinis.
Tok!tok!
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.
"Masuk"arah Tengku Rayden sambil mulai membuka dokumen yang berada di hadapannya.
Tombol pintu bilik pejabatnya dipulas,lalu susuk tubuh seseorang memasuki bilik pejabatnya.Rupa-rupanya Sarah iaitu PA kepada Tengku Rayden yang telah mengetuk pintu bilik pejabatnya tadi.
"Tuan"sapa Sarah sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada Tengku Rayden.
"Ya,ada apa?"kata Tengku Rayden ringkas sambil mata helangnya masih lagi menatap dokumen di hadapannya.
"Pukul 1.00 nanti tuan ada meeting dengan Dato' Idris"kata Sarah kepada Tengku Rayden sambil jarinya menulis sesuatu di atas tablet yang berada di tangannya.
"Okay,ada apa-apa lagi ke?"jawab Tengku Rayden singkat dan dingin.
"Itu saja yang saya mahu sampaikan kepada tuan,saya keluar dulu ye"kata Sarah sambil menundukkan sedikit kepalanya kemudian berlalu keluar dari bilik Tengku Rayden.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...