Chapter 18✨

452 13 10
                                    

Klak!

Bunyi pintu rumah Theresa dibuka olehnya.

Theresa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya terus terdengar suara seseorang yang menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya.

"Ingatkan dah tak ingat jalan balik rumah"bidas Puan Erica kepada anak tunggal perempuannya itu sambil menuruni anak tangga rumahnya.

Theresa membalikkan matanya ke atas tanda dia malas bergaduh dengan mamanya.

"Mama ni!Resa baru je balik daripada pergi shopping dengan Rayden tau!hmph!"bebel Theresa lalu melabuhkan punggungnya kasar di atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya sambil memeluk tubuhnya.

Puan Erica juga turut melabuhkan punggungnya di sofa yang berhadapan dengan anak tunggal perempuannya itu.

"Resa,dah berapa kali mama nak kena cakap dengan kamu ni?Rayden tu dah jadi suami orang.Tak manis kalau kamu selalu keluar berdua-duaan dengan dia"nasihat Puan Erica kepada Theresa.

Theresa membalikkan matanya ke atas kembali.

"Mama,Resa tahulah apa yang Resa buat.Boleh tak mama jangan nak menyibuk?Resa ni baru je balik dari shopping tau, balik-balik rumah je terus kena dengar mama membebel"kata Theresa kepada mamanya.

"Mama nasihatkan kamu sebab kamu tu anak mama,Resa.Kalau kamu buat salah,mama kena tegur kamu.Kamu kena ingat,kamu tu perempuan.Sebagai seorang perempuan yang ada agama,sepatutnya kamu perlu berasa malu untuk keluar dengan lelaki yang belum lagi jadi suami kamu,Resa"nasihat lagi Puan Erica kepada anak tunggal perempuannya.

Theresa menggaru-garu telinganya yang seakan-akan rimas mendengar bebelan mamanya itu.

"Mama boleh tak diam?Resa dah besar panjang ma.Resa tahulah apa yang Resa buat.Lagipun,Resa couple dengan Rayden sebelum dia kahwin lagi dengan menantu pilihan mama dia tu"kata Theresa.

"Tapi,apa yang kamu buat sekarang ni salah di sisi agama kita,nak"kata Puan Erica lembut kepada Theresa.

Theresa berdecit geram.

"Tch!mama ni asyik-asyik dengan salah!salah!salah!lepastu salah di sisi agama!mama,Resa pun nak ada kebebasan jugak tau!Perlu ke Resa ikut perintah agama tu?!"tengking Theresa seakan-akan tiada pegangan agama.

Suara nyaring itu menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Puan Erica.

"Astaghfirullahalazim Theresa!istighfar nak!apa yang kamu cakap ni?!"marah Puan Erica kepada Theresa.

Dadanya mulai turun naik.

Theresa menjeling tajam ke arah mamanya.

"Mama selalu nak kongkong hidup Resa daripada Resa kecik sampailah Resa dah besar,mama tahu tak Resa pun nak ada kebebasan Resa sendiri.Resa pun berhak nak pilih kehidupan yang Resa nak!"tengking Theresa lagi kepada mamanya.

Tiada langsung hormatnya akan mamanya.

Mata tua Puan Erica mulai bertakung air mata.

Kecewanya dia melihat anaknya sendiri sanggup menengking dirinya seakan-akan dia ialah bukan mamanya.

"Sampai hati kamu Resa,kamu tengking mama nak.Mama tak sangka kamu boleh jadi macam ni.Mungkin mama terlalu manjakan kamu sampai kamu jadi macam ni nak"kata Puan Erica sambil menatap sayu wajah anak perempuannya.

"Dahlah mama!Resa penat tahu tak?Resa nak naik atas,Resa nak rehat"kata Theresa lalu melangkah berjalan menuju ke arah anak tangga yang berada di hujung sana.

Theresa menghentak kakinya kuat sehinggalah dia naik ke tingkat atas.

Sebelum dia sampai di hadapan pintu biliknya,dia terserempak dengan adiknya iaitu Theana Qiera yang baru sahaja keluar daripada bilik tidurnya kerana terdengar suara kakaknya yang sedang bertengkar dengan mamanya.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now