MISI:MEMUSNAHKAN SELURUH TEMPAT PIHAK MUSUH 💣
Di Agensi Ejen Rahsia,
Darius melangkah masuk ke dalam pejabat bosnya untuk berbincang tentang strategi rancangan misi pada malam ini.
"Code Hunter laporkan diri,tuan!"ujar Darius lalu meletakkan tangan kanannya separa dengan dahinya menandakan tanda tabik hormat.
"Hunter"panggil Tuan Zahari kepada Darius.
"Ada apa tuan suruh saya laporkan diri saya malam ini?"tanya Darius dengan penuh hormat kepada bosnya.
"Saya nak kamu selesaikan misi ini dengan secepat yang mungkin"balas Tuan Zahari dengan nada yang kegelisahan.
"Kenapa tuan?apa matlamat misi kita untuk kali ini?"tanya Darius lagi sambil mengerutkan sedikit dahinya.
Tuan Zahari mengeluh kecil.
"Kumpulan kongsi gelap milik Allen telah berunding dengan seseorang yang berpengaruh untuk menjual dadah sebanyak RM1.8 juta"jelas Tuan Zahari kepada Darius.
Darius mengangguk laju tanda faham.
"Bukan itu sahaja Hunter"jawab Tuan Zahari kepada Darius.
"Mereka buat apa lagi tuan?"tanya Darius lagi menginginkan kepastian.
"Mereka ada buat perjanjian,kalau mereka dapat jual dadah tersebut kepada ramai orang.Mereka akan buka satu lagi kilang dadah untuk hasilkan pelbagai jenis dadah lagi dan saya pasti ramai akan tewas di tangan mereka kerana hanya mahukan benda terlarang itu!"hambur Tuan Zahari penuh dengan kebencian.
Kerana benda terlarang itulah,habis generasi muda kini hampir musnah.
Darius mengangguk perlahan.
"Hunter,saya nak kamu rosakkan plan mereka untuk membuat perjanjian antara satu sama lain.Dan saya nak kamu musnahkan tempat mereka semua dan ambil benda terlarang tersebut untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis nanti"kata Tuan Zahari kepada Darius.
"Baik tuan!"balas Darius.
"Jaga diri elok-elok,jangan sampai ada anak buah kamu yang tercedera.Ingat,kamu kena pastikan semua anak buah kamu selamat.Jaga mereka elok-elok"nasihat Tuan Zahari sambil menepuk bahu Darius.
"Saya faham tuan!Saya akan jaga mereka semua dengan baik,tuan!"balas Darius untuk meyakinkan Tuan Zahari.
Tuan Zahari mengangguk perlahan.
"Hunter!"panggil Tuan Zahari.
"Saya tugaskan misi ini kepada awak untuk awak hapuskan tempat itu!"arah Tuan Zahari kepada Darius.
"Code Hunter sedia menerima tugasan daripada tuan!"balas Darius dengan penuh semangat.
"Bagus,sekarang awak boleh pergi untuk teruskan misi awak"puji Tuan Zahari lalu mengizinkan Darius untuk menyelesaikan tugasannya.
"Baik tuan!"balas Darius lalu melangkah keluar daripada bilik pejabat milik Tuan Zahari.
Semua anak buah Darius sudahpun bersedia untuk menerima arahan daripadanya.
"Darkmoon Team!Mari kita bertolak sekarang!"laung Darius kepada semua anak-anak buahnya.
"Baik tuan!"sahut semua anak-anak buahnya.
Semuanya sedang berlari menuju ke van masing-masing untuk menuju ke arah tempat yang mereka ditugaskan untuk menyerang.
Setelah semuanya masuk ke dalam kenderaan masing-masing,mereka semua bertolak menuju ke arah tempat yang ditugaskan untuk menyerang pihak musuh.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...