Chapter 38✨

373 12 0
                                    

Setelah dua jam berada di dalam pasar raya tersebut,mereka bertiga mulai melangkah keluar daripada pasar raya dengan membawa beg pakaian yang telah dibeli oleh Puan Sri Farida dan Tengku Raisya kepada Hannah yang dibantu oleh dua orang pembantu peribadi Puan Sri Farida.

"Silakan masuk,puan"ujar salah seorang pembantu peribadi Puan Sri Farida kepada mereka bertiga.

"Terima kasih"balas Puan Sri Farida lalu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta mewah dengan disusuli oleh anak perempuannya dan menantunya.

Setelah mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta,Hannah sekali lagi hanya diam membisu akibat keletihan berjalan sepanjang hari tadi.

Hannah melepaskan keluhan kecil perlahan-lahan.

"Akak penat ke?"tanya Tengku Raisya apabila melihat raut wajah kakak iparnya yang kelihatan agak letih.

Hannah tersenyum sederhana.

"Akak okay,cuma penat sikit je"ujar Hannah.

"Kalau akak rasa penat sangat,akak tidurlah dulu.Nanti bila dah sampai dekat depan mansion abang,Raisya kejutkan akak ye?"kata Tengku Raisya.

Hannah mengangguk perlahan lalu mulai memejamkan kelopak matanya yang dari tadi lagi terasa berat.

Beberapa saat berlalu,terdengar dengkuran halus daripada Hannah yang sudah nyenyak tidur bagai bayi yang baru lahir.

"Penat sangat tu"gumam Puan Sri Farida kepada Tengku Raisya perlahan-lahan.

Tengku Raisya mengangguk kecil.

"Mana tak penatnya mama kalau dari pagi tadi sampai ke petang akak Hannah berjalan"seloroh Tengku Raisya dengan mamanya.

Puan Sri Farida dan Tengku Raisya tergelak kecil antara satu sama lain.

Puan Sri Farida mengelus lembut pipi gebu milik Hannah.

"Kalaulah Ariaz masih hidup lagi,mesti dia gembira tengok anak perempuan bongsu dia ni dah besar"gumam Puan Sri Farida di dalam hatinya.

Memang tidak dinafikan wajah Hannah amat mirip sekali seperti arwah papanya,malah perangainya juga seakan-akan seperti arwah papanya.

Tiga puluh minit kemudian,kelihatan kereta mewah milik Puan Sri Farida memasuki kawasan mansion milik anak lelakinya.

Tengku Rayden yang tadi sedang ralit bermesej dengan buah hatinya mulai bangkit apabila melihat kereta mamanya sudahpun sampai di hadapan mansionnya.

Kaki panjangnya melangkah ke arah kereta mewah milik Puan Sri Farida.

Puan Sri Farida dan Tengku Raisya mulai melangkah keluar daripada perut kereta mewah itu.

"Hannah mana,ma?"tanya Tengku Rayden.

Mata helangnya mengerling sekilas di dalam perut kereta milik Puan Sri Farida.

"Hannah ada dekat dalam kereta tengah tidur,mungkin penat sangatlah tu seharian harini kitaorang shopping dekat atas shopping mall tu"tutur Puan Sri Farida.

Tengku Rayden mengangguk kecil.

"Kejap Raisya kejutkan akak Hannah"pinta Tengku Raisya lalu mulai mahu mengejutkan kakak iparnya.

Tengku Rayden memberhentikan pergerakan adiknya yang ingin mengejutkan isterinya.

"Tak payahlah kejutkan akak Hannah,biar abang buat masuk dia dalam rumah"kata Tengku Rayden kepada Tengku Raisya.

Tengku Raisya mengerdipkan matanya berkali-kali lalu membatalkan niatnya yang ingin mengejutkan kakak iparnya tadi.

Tengku Rayden menundukkan sedikit kepalanya ketika mahu mengangkat Hannah yang berada di perut kereta itu.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now