Amirul melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di ruang dapur itu.
"Mak Nah masak bubur nasi tu untuk puan ke?"tanya Amirul yang melihat seperti Mak Nah sedang sibuk menggaul bubur nasi di dalam periuk kecil itu.
"Iye Amirul,Mak Nah tengah masakkan bubur nasi ni untuk puan Hannah.Kesian dia dari tadi lagi dia tak makan apa-apa"kata Mak Nah kepada Amirul.
"Dari tadi lagi puan tak makan apa-apa?Mak Nah biar betul ni"ujar Amirul seakan-akan tidak percaya akan kata-kata Mak Nah itu.
Mak Nah mengangguk perlahan.
"Betul Amirul,dari tadi lagi puan Hannah belum makan apa-apa.Dia rela tahan lapar semata-mata nak bersihkan seluruh ruang dekat dalam rumah ni"kata Mak Nah.
Dahi Amirul berkerut seketika.
Begitu takutnya isteri tuannya akan majikannya sehingga rela kelaparan semata-mata nak siapkan semua tugas yang diarahkan oleh tuannya.
"Sampai hati tuan buat puan Hannah macam tu,kan Mak Nah"kata Amirul yang kedengaran rasa sedih mendengar akan keadaan Hannah.
Mak Nah melepaskan keluhan kecil.
"Mak Nah pun tak tahu lah nak buat macam mana,Amirul"balas Mak Nah sambil meletakkan bubur nasi yang telah mendidih itu ke dalam mangkuk.
Lalu Mak Nah meletakkan mangkuk dan air kosong itu ke dalam dulang tersebut.
Mak Nah mulai melangkah menuju ke arah bilik tidurnya kembali.
Tiba-tiba Amirul memanggilnya.
"Mak Nah nak pergi mana tu?"tanya Amirul yang melihat Mak Nah melangkah mahu menuju ke arah bilik tidurnya.
"Mak Nah nak pergi suapkan puan Hannah bubur nasi ni kejap"kata Mak Nah sambil memegang dulang itu.
"Ermm boleh ke kalau saya nak jumpa dengan puan Hannah sekejap?"tanya Amirul dengan berhati-hati.
"Ada hal penting ke kamu nak bagitahu puan?kalau kamu nak tahu keadaan dia,Mak Nah rasa tangguhlah dulu hajat kamu tu.Sebab puan Hannah masih lagi dalam keadaan lemah sekarang ni"kata Mak Nah kepada Amirul.
"Benda ni takde lah penting sangat Mak Nah,ni saya lupa nak bagi dekat puan barang ni.Ada orang haritu yang hantar dekat rumah ni,jadi saya tolong ambilkan"balas Amirul lalu menyuakan barang itu ke arah Mak Nah.
"Ooo barang rupanya,takpelah kamu letak je dekat atas meja tu.Nanti lepas Mak Nah siap suapkan puan Hannah bubur nasi ni Mak Nah bagi barang tu dekat dia ye"kata Mak Nah kepada Amirul.
"Erm okaylah kalau Mak Nah dah cakap macam tu,saya letak sini ye"kata Amirul lalu meletakkan barang tersebut di atas meja yang berada di ruang dapur itu.
Mak Nah mengangguk perlahan.
"Saya pergi dulu ye Mak Nah, assalamualaikum!"kata Amirul lalu melangkah laju ke arah pintu belakang rumah mansion itu.
"Waalaikumussalam"balas Mak Nah lalu melangkah menuju ke arah bilik tidurnya.
Setelah sampai di bilik tidurnya kelihatan Hannah sudah terlena.
Mak Nah memandang lembut wajah mulus milik Hannah.
Mak Nah memegang lembut bahu Hannah untuk mengejutkan Hannah.
"Puan..bangun puan..Mak Nah ada masak bubur nasi untuk puan ni"kata Mak Nah sambil menggoyangkan perlahan-lahan tubuh Hannah.
Hannah yang tersentak akan panggilan daripada Mak Nah terus tersedar daripada tidurnya.
Hannah mulai mencelikkan matanya perlahan-lahan.
"Puan..ni Mak Nah masak bubur nasi untuk puan"kata Mak Nah lalu meletakkan bubur nasi itu di atas meja kecil itu.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...