Seminggu kemudian,
Hubungan Hannah dan Tengku Rayden sama seperti hubungan suami isteri yang lain.Bergurau senda dan bermesra itu sudah menjadi kebiasaan Tengku Rayden kepada Hannah.
Tengku Rayden menghulurkan tangan kekarnya kepada Hannah lalu Hannah mencium lembut kekura tangan suaminya.
"Assalamualaikum my little muffin"kata Tengku Rayden lalu mengucup lembut ubun-ubun kepala Hannah.
Hannah menjawab perlahan salam daripada suaminya.
"Waalaikumussalam"jawab Hannah perlahan.
Lalu Tengku Rayden melangkah menuju keluar daripada rumahnya dan pergi ke arah keretanya.
"Tuan"sapa Amirul sambil menundukkan sedikit kepalanya.
"Yes,why?"tanya Tengku Rayden kepada anak buahnya itu.
"Kita dah dapat tangkap orang yang tuan nak"jawab Amirul sambil setia menundukkan kepalanya.
Tengku Rayden tersenyum sinis.
"Good job Amirul,nanti laporkan aku balik perkembangan pasal orang tu"kata Tengku Rayden sambil menepuk-nepuk sedikit bahu Amirul.
"Baik tuan"jawab Amirul ringkas sambil menundukkan kepalanya.
"I've to go right now,aku nak kau uruskan dia baik-baik,jangan sampai terlepas.Nanti lepas selesai kerja aku,aku datang sana"kata Tengku Rayden dingin ke arah Amirul.
"Baik tuan,saya akan uruskan dia"jawab Amirul ringkas.
"Good"kata Tengku Rayden singkat lalu memasuki keretanya,kemudian dia berlalu pergi keluar daripada kawasan mansionnya.
Mata milik Amirul memandang sahaja kepergian kereta tuannya berlalu pergi dari kawasan mansion itu.
Hannah yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja,terus melangkah keluar daripada mansion milik Tengku Rayden.
Hannah mencari-cari anak kunci keretanya di dalam beg tangannya.
"Aik?mana pulak anak kunci kereta aku ni?"monolog Hannah seorang diri sambil mencari-cari anak kunci keretanya di dalam beg tangannya.
"Puan"sapa lembut Amirul ke arah Hannah.
"Eh,iye saya"jawab Hannah lembut sambil berhenti seketika daripada mencari anak kunci keretanya itu.
"Puan nak pergi kerja ke?"tanya Amirul sambil tersenyum mesra ke arah Hannah.
"Haah,saya nak pergi kerja.Tapi anak kunci kereta saya pulak hilang ni pergi mana tak tahulah anak kunci kereta ni!"kata Hannah sendiri kepada Amirul sambil menyambung kembali mencari keberadaan anak kunci keretanya.
Amirul tergelak kecil.
Hannah mengerutkan sedikit dahinya.
Dah kenapa pulak dia ni gelak?
"Kenapa awak gelak?"tanya Hannah perlahan ke arah Amirul yang masih lagi tergelak kecil itu.
"Maafkan saya puan,tapi rasanya puan dah lupa yang puan datang sini dengan tuan.Jadi puan tak bawa lagi kereta puan datang sini"jelas Amirul kepada Hannah.
Hannah memejamkan matanya sejenak sambil berdecit perlahan.
"Aduh!!!macam mana aku boleh lupa yang aku datang sini dengan Rayden,mana ada aku bawak kereta aku datang sini sendiri"gumam Hannah di dalam hatinya.
"Haah la,aduh macam mana saya boleh lupa pulak hehe"jawab Hannah sambil menggaru-garu belakang kepalanya yang dibaluti oleh tudung shawl itu.
"Takpe saya faham puan,mulai hari ni tuan tugaskan saya untuk menghantar puan pergi dan balik dari kerja"kata Amirul lalu membuka pintu kereta mewah itu.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...