Chapter 34✨

429 18 0
                                    

Setelah sampai di ruang dapur,mata tua Mak Nah terhidang dengan tubuh kecil Hannah yang sedang elok menyuakan nasi dan kangkung goreng belacan ke dalam mulutnya dengan penuh berselera.

Mak Nah mengoyak senyuman kecil ketika melihat wajah mulus Hannah yang sedang tersenyum manis itu.

Kaki Mak Nah melangkah ke arah Hannah berada,dilabuhkan punggungnya perlahan-lahan di atas kerusi yang berhadapan dengan Hannah.

"Sedap sangat ke?"tanya Mak Nah sambil melihat akan gelagat Hannah yang sedang makan itu.

Hannah mengangguk laju.

"Sedap sangat Mak Nah!"puji Hannah sambil bibir mungilnya tersenyum manis ke arah Mak Nah.

Mak Nah mengangguk perlahan.

"Puan Hannah nak apa-apa lagi tak?"tanya Mak Nah sambil memandang Hannah.

Hannah menggeleng perlahan kepalanya.

"Takpe Mak Nah,yang ni pun dah sedap dah"jawab Hannah sambil menghabiskan sisa-sisa nasi yang berada di dalam pinggannya.

Beberapa saat berlalu,kedengaran Hannah bersendawa.

"Alhamdulillah"tutur Hannah.

"Amboii kemain ye bersendawa dia"usik Mak Nah.

Hannah tergelak kecil.

"Mestilah Mak Nah!masakan Mak Nah memang the best tau!"ujar Hannah.

"Oh,lupa Mak Nah nak beritahu puan.Tadi Mak Nah ada suruh Amirul belikan mangga muda untuk puan"kata Mak Nah sambil mengambil pinggan Hannah.

"Eh,yeke?alaa susahkan Mak Nah je suruh Amirul tolong belikan.Pasal mangga muda tu takpe lah nanti Hannah boleh beli sendiri"kata Hannah kepada Mak Nah.

"Apa salahnya kalau Mak Nah tolong puan,puan kan tak boleh buat kerja berat-berat"pesan Mak Nah sambil mahu melangkah ke arah singki tetapi tangannya ditahan oleh Hannah.

"Takpe Mak Nah,biar Hannah tolong basuhkan.Mak Nah duduk je dekat sini"ujar Hannah sambil mengambil pinggan yang dipegang oleh Mak Nah.

"Takpe lah puan,puan duduk je sini"dalih Mak Nah lalu menyuruh Hannah duduk kembali.

"Tapi Hannah dah banyak menyusahkan Mak Nah ni,seganlah pulak rasanya dah lah tadi Mak Nah sediakan nasi dengan lauk untuk Hannah,takkanlah nak basuh pinggan pun kena Mak Nah tolong basuhkan jugak"bebel Hannah.

"Takpelah puan,Mak Nah okay jee"balas Mak Nah sambil mulai mengatur langkah kembali ke arah singki yang berada di ruang dapur.

Ketika sedang elok Mak Nah membasuh pinggan dan gelas,tiba-tiba kedengaran suara garau Mak Nah memanggil nama Mak Nah.

Mak Nah yang mendengar suara garau itu menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya mulai mahu bergegas ke arah ruang makan.

Hannah yang melihat Mak Nah yang bergegas mahu ke arah ruang dapur,ditahan tubuh tua itu seketika.

"Takpe Mak Nah,biar Hannah je yang pergi dekat depan"pinta Hannah lalu mengoyak senyuman manis kepada Mak Nah.

Mak Nah terkedu seketika apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Hannah.

Kaki Hannah melangkah perlahan-lahan menuju ke arah ruang makan.

Mak Nah memegang dadanya erat memohon kepada Yang Maha Esa agar tidak ada apa-apa yang akan berlaku nanti kepada gadis itu.

Setelah sampai di ruang makan,

"Tuan"

Kedengaran suara gemersik menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Tengku Rayden.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now