- MFH 1 -

73 10 1
                                    

Loceng kafe itu berbunyi menandakan ada orang yang masuk.Dia yang sedang sibuk mengemas itu memandang ke arah pintu kaca itu.

Senyuman mulai terbit daripada bibirnya apabila wajah yang paling dinanti ada di depannya.

"Long time no see Reen , how are you?"Soal Sophea sebelum dia menarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapannya.Dia rindu akan sahabatnya itu.

"As you can see , I'm fine .. amacam best tak bercuti kat negara orang ?"Sophea mengangguk sebelum dia menarik tangan Ayreena ke meja yang berada di dalam kafe itu.

Ayreena hanya menurut memandangkan masih ada beberapa minit lagi sebelum pukul 10 pagi.

"Ada apa-apa jadi ke sepanjang aku takde ni?"Terjongket sebelah keningnya memandang gadis di hadapannya ini.

Ayreena hanya menggeleng.Sejujurnya tiada apa-apa yang berlaku pun dan hari-harinya juga baik sahaja.

"Kau tak sihat ke reen , apasal pucat semacam je muka kau ni ?kan aku cakap , kalau tak larat tak payahlah paksa diri"Tambah Sophea lagi sebelum tangannya naik memegang dahi licin Ayreena.

Panas.Patutlah pucat sahaja wajah gadis itu , tidak seperti biasa.

"Aku okay lah cuma penat sikit , customer ramai dua tiga hari ni"Balas Ayreena.

Sophea memandang Ayreena dengan mata tepinya.Workholic betul.

"Abah sihat ?Aku lupa nak call dia semalam sebab sibuk sangat"Kata Ayreena serba salah.Memandangkan dia akan menelefon lelaki itu setiap hari untuk bertanya khabar.

Iya , lelaki yang menjumpainya tempoh hari ialah ayah Sophea.Encik Ishak dan Puan Saliha mengambil Ayreena menjadi anak angkatnya selepas peristiwa hitam yang berlaku pada Ayreena.

Dia dilayan bagai anak kandung , dilayan bagai puteri.Jauh dengan hidupnya yang dulu , hanya menjadi tempat melampiaskan amarah.

"Abah sihat , alaa takpelah dia pun faham yang kau kena handle kafe ni"Tengah rancak mereka berbual tiba-tiba loceng kafe itu berbunyi semula.

Dua pasang mata itu memandang ke arah pintu kaca itu.Dua orang jejaka yang kemas memakai kemeja melangkah masuk ke dalam kafe itu.

"Dah bukak dah kan ?"Soal salah seorang jejaka itu.

Laju sahaja Ayreena mengangguk sebelum berjalan menuju ke kaunter.Sophea yang melihat tingkah laku Ayreena hanya menggeleng perlahan.

Macam mana la tak jatuh sakit kalau kerja terlebih kuat.Ayreena .. Ayreena.

"Yes , Encik nak order apa ?"Ayreena sedang fokus memandang pos sistem yang berada di depannya itu.

Ayreena memanggungkan wajahnya memandang ke arah dua orang jejaka kacak yang sedang berbalah di depannya itu.

"Eh kau ni apasal , janganlah tolak aku ! ikut turn la Dayyan"Kata salah seorang jejaka itu.

"Yang kau pun tepilah sikit Darwisy , duduk tengah tengah alam"Tambah Jejaka yang bernama Dayyan itu.

Ayreena hanya tersenyum kecil melihat telatah dua orang lelaki di hadapannya ini.

"Saya nak 2 ice americano , 1 hot latte , 1 hot cappuccino and 2 hot chocolate"Pesan lelaki berkemeja putih itu.

Jari runcing yang sedang rancak menekan-nekan pos sistem itu terhenti apabila namanya disebut oleh jejaka dihadapannya ini.

"Hot latte tu kalau boleh saya nak Cik Ayreena yang buatkan"Tambah lelaki itu lagi.

"Awak Cik Ayreena right ?"Baru sahaja Ayreena ingin menyoal lelaki itu semula.Dia terus memandang ke arah nametag yang tergantung elok pada bajunya itu.

Ayreena hanya membalas dengan anggukan.Sebelum dua orang lelaki itu berjalan ke arah meja yang berada di dalam kafe itu.

"Banyaknya kau order , siapa nak minum banyak-banyak ni?"Soal Dayyan.

"Alah bukan selalu kita guna kad dia ni , alang-alang tu order la banyak-banyak"Balas Darwish selamba.Amboi kau ambil kesempatan ek.

Dayyan memandang Darwisy yang duduk ditepi nya itu.Kang tak habis kau paksa aku minum memang aku sepak kau.

"Btw hot latte tu memang request daripada Haider ke untuk perempuan tu yang buatkan ?"Soal Dayyan sebelum membetulkan tie yang berada di lehernya.

"Haah , sempat dia pesan dekat aku tadi..tak tahu pulak aku dia siap tahu nama barista tu"

Andai Darwisy tahu yang Haider sanggup membuang rasa malunya semata-mata mahu menanyakan tentang siapa orang yang membuatkan kopinya.

Walaupun tidak pernah melihat wajah cukuplah tahu nama.

Sophea yang sedang membantu Ayreena itu berjalan mendekati gadis yang sedang ralit membuat kopi itu.

"Hensem kan reen mamat dua orang tu"Kata Sophea sebelum mendapat jelingan daripada Ayreena.

Tak habis-habis.Ni kalau report dekat tunang dia ni ha tahu lah.

"Ni hot latte ni mesti kau masukkan cinta sekali kan ? tu yang dia request nak kau yang buatkan tu"Sophea sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah dingin Ayreena.

Usik sikit pun tak boleh.Garang betul.

Bukannya Sophea tak dengar apa yang lelaki berkemeja putih tadi itu kata pada Ayreena.Ini bukanlah kali pertama dia melihat ada orang yang ingin mengorat rakan baiknya itu.

Namun Ayreena hanya mengendahkan semua lelaki itu.Tidak kuasa ingin melayan.

Loceng pada kaunter itu ditekan sebelum Dayyan dan Darwisy berjalan mendekati kaunter itu.

"Ini semua order Encik , terima kasih.."Ucap Ayreena sebelum tersenyum kepada dua orang lelaki itu.

"Darwisy tolonglah bawak ni , kau yang order banyak-banyak pastu taknak bawak"Bebel Dayyan sebelum dia menyepak kaki Darwisy.

Darwisy yang sedang menahan sakit kakinya terus merampas cup yang berada dia tangan Dayyan itu menyebabkan kopi itu terpercik pada kemeja Dayyan.

"Kau memang nak mampus Darwisy"Belum sempat Dayyan mengejar Darwisy terlebih dahulu berlari keluar daripada kafe itu.

"Terima kasih Cik Ayreena"Kata Darwisy sebelum terus berlari menyelamatkan dirinya.Dayyan hanya menundukkan sikit badannya sebelum berlari mengejar langkah Darwisy.

Ayreena hanya tergelak kecil melihat kerenah dua orang jejaka itu.

"Ayreena 1 cold latte please"Pesan Sophea yang duduk tidak jauh dari kaunter itu.Ayreena hanya menjeling sahabatnya itu sebelum bergerak untuk membuat pesanan gadis itu.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now