- MFH 15 -

49 7 0
                                    

Pintu bilik bawah tanah itu ditolak sebelum matanya tertumpu pada 3 orang lelaki yang elok memakai t-shirt berwarna hitam.Peluh didahi hanya dibiarkan.

"Janji melayu la kau ni , kata pukul 2 ni dah pukul 2.30"Omel Dayyan sambil meneguk air.Botol air yang kosong itu dicampak ke tepi.

Haider seperti biasa hanya reak wajah dingin ditayangkan.Tidak rasa ingin tersenyum.

"Aku ada hal tadi"Ringkas sahaja jawapan Haider.Tidak perlu untuk berhujah panjang, buang masa je.

Jacket hitam itu dibuka,hanya membiarkan baju t-shirt hitam itu sahaja membaluti tubuhnya.

Punching bag itu ditumbuk berkali-kali tanpa menghiraukan 3 orang jejaka itu.Sudah lama dia tidak berlatih semenjak sibuk dengan kerjanya.

3 pasang mata itu tidak berkelip memandang Haider.Terasa ada yang tidak kena dengan Haider.

"Ui kau okay ke ?"Soal Darwisy.Haider yang sedang fokus menumbuk punch bag itu dipandang tanpa jemu.

"As you can see aku okay je , kenapa tanya ?"Matanya masih tertumpu pada objek didepan.

Dayyan yang sedang memegang telefon bimbitnya itu diam diam mengambil gambar Haider.Entah mengapa aura Haider begitu terserlah.

"Sebab nampak kau macam santai semacam aje , or should I say yang kau nampak macam lain ?"Zayden pulak menyambung.Bukan senang mahu melihat Haider sebegitu.

Jika tidak punch bag itu menjadi tempatnya melepaskan rasa amarahnya.Pernah sekali rosak punch bag itu dikerjakan oleh Haider.Tapi harini , mood Haider baik.

"Iya ke ? aku rasa sama je"Balas Haider tanpa nada.Tanpa diduga Zayden membuka topik yang berkemungkinan besar Haider tidak tahu.

"Haider , kau tahu haritu aku nampak Eirham dengan sorang perempuan sambil pegang tangan .But I don't think that he's fiance , isn't he engaged ?"Soal Zayden tiba-tiba.Dia baru teringat kejadian tempoh hari di mana dia terserempak dengan sepupu Haider yang satu itu.

Bukan mereka tidak tahu yang sepupu Haider itu dikhabarkan sudah bertunang.Maklumlah sepupunya itu bukan orang biasa-biasa.

Dayyan dan Darwisy fokus mendengar.Ingin tahu apa yang terjadi.Biasalah reporter tak berbayar kan ?

"He's engaged tapi aku tak pernah tengok muka tunang dia , dan boleh jadi jugak yang kau tengok tu bukan tunang dia.Katanya tunang dia tu model"Haider mengangkat bahunya.Itu sahaja yang dia dapat tahu dari keluarganya.

Bukan dia tidak tahu perangai Eirham tu.Cuma dia tak nak burukkan sepupunya itu dihadapan papa dan mama nya memandang Eirham itu anak pakciknya.

Sebelum topik ini menjadi semakin hangat Dayyan mencelah.Ingin bertanya sekadar meminta kepastian.

"Ha aku lupa nak tanya , weekend ni korang onzz tak ?"Soal Dayyan dengan wajah gembiranya.Yang lain pulak memandangnya dengan wajah pelik.

Apabila Dayyan perasan dengan reak wajah Darwisy , Haider dan Zayden dia mengeluh perlahan.Susah dapat member cepat lupa ni.

"Weekend ni wedding Eryssa , korang jadi datang tak ?"Apabila Dayyan berkata sebegitu otak kembali berfikir.Baru mereka teringat yang hujung minggu nanti ada wedding.

Otak masih berfikir meski jawapan sudah ada.Entah apa yang fikirkan pun tidak tahu.

"Of course la datang , kau nak kena sepak dengan mamat tu ke kalau kita tak pergi ?"Darwisy pula menyampuk.Matanya dijulingkan ke atas.Mereka dapat bayangkan muka Eryan jika mereka tidak hadir pada majlis itu.

Haider dan Zayden pula mengangguk dengan jawapan Darwisy.Tanda setuju.

Tiba-tiba telefon pintar milik Dayyan dihalakan pada wajah Haider.Betul-betul di hadapan mata Haider.

"Kau nak tunjuk apa ngeng ? jangan dekat dekat la sakit mata aku"Kata Haider sebelum menjeling lalu menolak telefon Dayyan sedikit jauh dari matanya.

Gambar dia sedang duduk semeja dengan Ayreena dilihat.Gadis itu elok memakai selendang berwarna kelabu muda bersama blouse hitamnya.Tidak lupa juga dengan kaca matanya.Entah mengapa dia tidak pernah jemu memandang wajah itu.

"Keluar dating tak habaq"Dayyan pula sudah membuat muka mengejeknya.Lama pulak tengoknya.

Darwisy dan Zayden juga tidak melepaskan peluang meskipun mereka sudah lihat gambar itu.Sengaja mahu menyibuk.

"Kau tak tanya"Ringkas , tepat dan padat jawapan yang meluncur keluar dari mulut jejaka bermata coklat itu.

Dayyan sudah membuat muka pasrah.Tidak tahu mahu berkata apa.Makin kerek Haider semenjak dua menjak ini.

"Kalau aku tanya kau jawab eh , kau tak jawab aku kahwin dengan Cik Ayreena kesayangan kau lagipun dia punya cantik tu another level."Belum sempat Haider bersuara Dayyan menyambungkan ayatnya.

Ingin sahaja dilepuk kepala Dayyan ini tetapi ditahan dahulu.

"Soalannya berbunyi begini ,apa kau buat kat sana ? kenapa tak ajak kitorang ? dan kenapa kau nampak extra handsome dalam gambar ni ?"Soalan demi soalan keluar yang ditanyakan oleh Dayyan.Sudah macam polis.

Dahi dikerutkan mendengar soalan Dayyan.Bukan dahi Haider sahaja malah dahi Darwisy dan Zayden juga.Apa punya soalan ni ?

"Ada benda yang perlu dibincangkan sebab tula kitorang jumpa , kenapa nak ajak korang ? there's nothing between you guys and us.Dan jawapan untuk soalan terakhir tu aku rasa kau dah tahu"Balas Haider dengan muka tanpa reaksi.Yang bukan-bukan sahaja soalannya.

"Sepatutnya kita follow dia semalam en Dayyan ? kalau tak bolehlah kita tahu apa yang diorang borak semalam"Tambah Darwisy pula.Ingin menjadi penyibuk macam Dayyan.

Zayden pulak sudah menggeleng kepala sambil tersenyum sendiri.Apalah nak jadi dengan Dayyan dan Darwisy ni.

"Korang ni memang busybody ek ? nasib semalam aku tak bagitahu korang"Haider menjeling Dayyan dan Darwisy.Rambut yang basah dengan peluh itu diraup ke belakang.

Bau wangian pada tubuh Haider itu membuatkan Dayyan mendekatinya.Dihidu wangian pada tubuh jejaka itu.

"Wanginya , patutlah Cik Ayreena boleh terpikat"Dayyan tersengih-sengih memandang wajah dingin Haider.

Dengan serta merta Darwisy bergerak mendekati Zayden pula.

"Yang ini pun sama , wangi gila tapi entah kenapa takde orang nak.Nak kata rupa takde , terlebih ada.Kaya pun kaya"Kata Darwisy selamba sebelum bahunya dipukul.

Zayden menjeling lelaki itu.Kemain kau kutuk aku ya ? jodoh belum sampai la.

Tidak boleh dinafikan lagi Haider dan Zayden antara lelaki paling wangi.Dayyan dan Darwisy juga sama tapi tidaklah begitu menusuk hidung wangiannya tidak seperti dua orang itu.Mungkin spray satu botol.

"Korang ada bawa partner ke weekend ni ?"Soal Zayden pula.Sengaja mahu bertanya.

"Aku nak bawa siapa ? awek pun takde ,malas dah aku nak percaya perempuan"Dayyan membalas sebelum wajah dimasamkan.

"Aku sama macam Dayyan ah , solo"Darwisy mengangkat bahunya.Dia pun sama macam Dayyan.Single.

"Maybe aku datang dengan Ayreena , alang-alang tu nak kenalkan dengan mama and papa"3 pasang mata itu tertumpu padanya.

Ha macam ada yang dah jaya je ni.Terbit 3 senyuman senget daripada 3 orang jejaka itu.Bau bau nasi minyak.

"Zayden kau solo en ? bolehlah kita 3 , orang tu tak boleh join.Dia ada partner"Tutur Dayyan.Haider hanya menjeling.

Sudah biasa dengan perangai sewel mereka.Dari zaman sekolah memang begitu.Terlebih sewel.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now