- MFH 3 -

57 7 0
                                    

Tangannya yang terkena air panas itu ditarik laju.Sophea yang sedang mengambil pesanan itu terus berlari ke arah Ayreena.

Dia menilik tangan putih yang sudah bertukar merah itu.Teruk jugak melecur ni.

"Kau okay ? Jom pergi klinik"Kata Sophea.Ayreena hanya menggeleng sambil membasuh tangannya yang melecur itu dengan berhati-hati.

Nak kata tak sakit macam menipu sangat , sejujurnya memang sakit tapi dia pernah rasakan benda yang lagi sakit daripada ini.

"Sikit je ni ,jap lagi okay la ni"Tambah Ayreena lagi sebelum dia tersenyum untuk meyakinkan Sophea.

Namun Sophea hanya mengendahkan alasan Ayreena itu sebelum menarik tangan gadis itu untuk ke meja.

Sophea sudah lali dengan perangai Ayreena yang suka memberikan alasan yang tidak munasabah itu.

"Wafiy kau handle kejap ,aku nak ceramahkan minah ni ... dah tua bangka tapi perangai macam budak-budak"Bebel Sophea lagi.Ha kan.

Sophea menolak Ayreena supaya duduk.First aid kit diambil sebelum dia mengeluarkan bandage dan krim.

"Bak tangan"Ayreena menghulurkan tangannya yang terasa sedikit pedih itu.Sophea menyapukan krim pada tempat yang melecur sebelum dibalut menggunakan bandage.

Ayreena memandang tangannya yang sudah berbalut itu.Sudah la tangan belah kanan , walaupun dia kidal tapi agak susah untuk dia melakukan kerja hariannya yang lain.

"Kalau tak elok jugak , petang nanti kita pergi hospital no excuse"Kata Sophea lagi.

"Takpelah sikit je , bukannya aku tak pernah kena sebelum ni"Ayreena sengaja mencari alasan.

Dia bukan apa ,dia cuma tidak mahu menyusahkan Sophea.Cukuplah selama ini dia menyusahkan semua orang.

"For your information Cik Ayreena Hazesya ,tangan kau ni melecur teruk tau kalau nak diikutkan hati aku .. memang aku dah heret kau ni pergi hospital"Sophea sudah bercekak pinggang sambil memandang ke arah Ayreena.

"Iyalah-iyalah , bebel je kerja"Omel Ayreena.Pelanggan yang masuk dipandang sebelum senyum kecil diberikan.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua orang jejaka yang dikenalinya.Jejaka yang datang ke kafe itu dua hari lepas.

Ayreena menundukkan wajahnya,tidak ingin jejaka-jejaka itu mengecamnya.

"Saya nak order 1 ice chocolate , 2 ice americano and 1 hot latte .. err hot latte tu saya nak Cik Ayreena yang buatkan"Kata Darwisy sambil matanya mencari kelibat Ayreena.

Wafiy yang sedang menekan pos sistem itu memandang ke arah Sophea yang sibuk membancuh kopi itu.

Sophea berjalan mendekati kaunter itu.

"Sorry tapi Ayreena -- "Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya Ayreena datang menghampiri mereka.

"It's okay, saya buatkan .. "Ayreena mengangkat jarinya sebelum gaya ' peace ' dibuat.

Dia hanya membuat seperti tiada apa yang berlaku pada tangannya.

Dayyan tidak sengaja terpandang tangan Ayreena yang berbalut itu.Dia menyiku Darwisy di tepinya.

"Kau apahal bodoh ?Nak apa ?"Dayyan menunjuk ke arah Ayreena menggunakan matanya.

Tiba-tiba Darwisy berasa serba salah selepas melihat keadaan tangan gadis itu.Ni semua salah mamat dingin tu.

' Ni semua salah kau Haider , serba salah aku '

Tidak lama kemudian loceng kaunter itu berbunyi.Darwisy dan Dayyan berjalan merapati kaunter itu.

"Saya minta maaf dah susahkan awak , saya --"Kata kata Darwisy terhenti apabila gadis itu tergelak kecil.Terasa lucu dia melihat muka Darwisy.

Terpesona dia melihat lesung pipit pada pipi Ayreena.

"It's okay la ,tangan saya still lagi boleh bergerak cuma melecur sikit je"Terang Ayreena supaya jejaka itu tidak merasa serba salah.

Darwisy sudah tersenyum janggal sebelum tangan Dayyan perlahan-lahan mencubit pinggangnya.

"Amboi kau Darwisy gatal ,kalau ya pun nak gatal cari perempuan lain la"Bisik Dayyan perlahan ditepi telinga Darwisy.

Dayyan tersenyum manis kepada Ayreena sebelum gadis itu membalas senyumannya.

"Aduhduh err.. thank you again awak"Balas Darwish sebelum beredar daripada situ.

"Thank you sudi layan kawan saya yang biul tu"Lalu Dayyan terus menarik tangan Darwisy untuk beredar daripada kafe itu.

Sophea yang berdiri disebelah Ayreena sudah menyiku sahabatnya itu.Amboi sakit-sakit pun.

"Apa ? dah dia minta aku buatkan la"Ayreena membela dirinya daripada terus disakat oleh Sophea.

Baik dia pergi sebelum lagi banyak akal minah tu.

tok tok !

"come in"Pintu pejabatnya ditolak sebelum dua orang jejaka itu masuk.

Haider meletakkan pen lalu pandangannya hanya fokus kepada Darwisy dan Dayyan.

Hot latte milik Haider diletakkan didepan lelaki bermata coklat itu.Bersinar sinar matanya memandang cawan kopi itu.

Sehari tak minum boleh murung hidupnya.

"Before that kau tahu tak yang aku ni rasa serba salah dengan Ayreena tu ?"Haider yang sedang menyisip kopi itu memandang ke arah Darwisy.

"Kenapa ?"Soal Haider.

"Aku request hot latte tu untuk dia buat , tapi aku tak tahu yang tangan dia melecur"Tambah Darwisy lagi.

Haider yang baru sahaja hendak meletakkan kopi itu di mulutnya terhenti.Dan sekarang rasa serba salah yang tadi ada pada Darwisy kini telah berpindah padanya.

"Ha serba salah kau kan ?"Dayyan pula bersuara.Ais dimasukkan ke dalam mulut lalu dikunyah-kunyah.

"Tak pun"Singkat dan padat jawapan Haider menyebabkan dua pasang mata itu memandangnya seperti tidak percaya.

Haider sangat tidak berperikemanusiaan.

"Kau memang takde hati ke mat ?"Soal Dayyan dengan mulut yang penuh dengan ais batu.

Kang cakap gila marah.

"Ada , ni dalam ni .. nak tengok ?"Haider menunjukkan dadanya yang berlapik kemeja putih itu.

"Malas nak cakap dengan orang yang takde perasaan"Tambah Darwisy pula.

Pada akhirnya , Dua orang jejaka itu terus keluar daripada pejabatnya.Haider menghantar pemergian Darwisy dan Dayyan sambil minum kopinya.

Dalam hatinya sudah ketawa melihat reaksi dua orang jejaka itu.Dia sengaja mahu menguji.

Sejujurnya dia memang rasa serba salah terhadap gadis itu mahu tidaknya , tangan gadis itu melecur tetapi dia dengan selambanya meminta gadis itu membuatkan kopi untuknya walaupun dia bukan berurusan secara empat mata.

Dia masih ada rasa berperikemanusiaan.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now