- MFH 7 -

59 8 0
                                    

Airpods dimasukkan ke dalam telinganya sambil tangan ligat mencuci cawan di dalam singki itu.

Ralit dia menyanyi sehinggakan dia tidak menghiraukan sekelilingnya.Iyalah kafe pun dah closing so apa lagi ? enjoy la.

"Amboi amboi , Cik Ayreena Hazesya.. rancak betul kau menyanyi kan ? menyanyi menyanyi jugak kalau ya pun tengoklah jam tu sama"Dan tanpa diminta tercipta la bebelan Sophea untuknya.

Ayreena melontarkan senyuman lebarnya lalu mengerling jam ditangan.Jarum pendek itu sudah beranjak ke angka 12.

"Kau baliklah dulu ,banyak lagi aku nak settle ni "

"Betul ke kau ni ? "Ragu ragu Sophea menyoal.

"Iya Sophea ku sayang , lagipun kau dah opening tadi biar aku lah pulak closing "

Lambat laun Sophea mengangguk juga ,kalau tidak diturutkan mahu Ayreena halau dia nanti.

Selepas sahaja Sophea melangkah keluar daripada kafe , dia terus menyambung kerjanya.Sedar tidak sedar , sudah pukul 1 pagi.

"Mari kita pulang"Dia mengambil beg tangannya lalu menutup segala pintu kafe itu.

Kakinya laju menuju ke arah Hoda Jazz miliknya yang tidak berada jauh dari kafe itu.

Tiba tiba tangannya ditarik sebelum dia jatuh menyembah bumi.Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika ini.

"aduhhh !"Rintihnya lalu mendongakkan kepalanya, dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang berada di depan matanya ketika ini.

Tidak mampu berkata apa-apa selain cuba menenangkan dirinya daripada dibiarkan rasa takut menguasai tubuhnya.

"a-ayah.."Satu perkataan namun begitu susah untuk diungkapkan.

"Hidup lagi rupanya kau Ayreena , aku ingat kau dah mati .. tapi tulah mesti kau dah takde dara kan ?"Encik Arman memandang sinis anak kandungnya itu.

Berair tubir mata Ayreena mendengar pernyataan bapanya itu.Sebenci itukah Encik Arman kepadanya ?

"A-apa ayah nak ?"Walaupun dalam perasaan takut dia bersuara juga.

Dia perlu tahu kenapa Encik Arman mencarinya.Mesti ada sesuatu yang Encik Arman inginkan.

"Aku ? aku nak duit Ayreena , senang kan ? aku nak duit untuk bayar hutang aku"Tanpa ada rasa bersalah Encik Arman meminta kepada Ayreena.

Ayreena menunduk memandang jalan tar , tangannya yang luka akibat terjatuh tadi dibiarkan.

"Berapa ayah nak ?"Dia memandang wajah tua yang dipenuhi jambang yang agak serabai itu.

Buat kesekian kalinya Encik Arman menarik senyuman sinisnya.

"500K , kau ada ?"Membulat mata Ayreena mendengar jumlah duit itu.

500K ? 10 tahun dia bekerja pun belum tentu dapat duit banyak macam tu.

"Banyak sangat tu ayah , Ayreena takde duit sebanyak tu"Masih sopan nada bicaranya kerana dia tahu siapa yang dia sedang bercakap ini.

Encik Arman mendekati Ayreena lalu mencengkam wajah putih bersih itu.

"Kau jangan nak tipu aku , selama ni kau kerja takkan kau takde duit ? kau ingat aku bodoh ?"

"Ayreena takde duit - " Baru sahaja Encik Arman ingin menampar Ayreena ada suara mencelah.

"Once you touch her , you will know what you'll get after this"Suara garau itu menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Ayreena.

Suara yang pernah dia dengari tetapi di mana ?

Dia mendengar tapak kasut yang sedang menuju ke arah mereka.

"Lepaskan dia"Satu arahan yang cukup tegas diberikan.

Encik Arman memandang gerangan yang mendekati mereka.Dia melepaskan cengkaman pada wajah Ayreena.

Merah pipi putihnya itu akibat cengkaman kuat tadi.

"Err -"Kata katanya mati melihat gerangan di hadapan kini.Jejaka yang pernah datang ke kafe dan pernah memintanya membuatkan kopi.

Iya , dia tidak salah lagi.Memang lelaki itu.

"Yang kau ni siapa pulak ? pakwe dia ? kau jangan nak tunjuk hero dekat sinilah .. baik kau pergi sebelum kau yang aku kerjakan"Kata Encik Arman agak kasar.

Ayreena pantas bangun lalu berlindung di balik tubuh tegap jejaka itu.Entah kenapa dia berada lebih selamat berasa dengan jejaka yang tidak dikenalinya ini berbanding bapa kandungnya sendiri.

"Oh kau dah pandai eh Ayreena , apa jantan ni buat dekat kau ? mesti kau dah jual diri kau dekat dia kan ?"Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Ayreena namun gadis ini masih diam membisu.

Jejaka ber t-shirt hitam itu memandang tajam ke arah wajah tua Encik Arman.Bapa jenis apa yang sanggup berkata buruk kepada anaknya sendiri ?

"Kau bapak dia ?"Soal jejaka itu.

"Haah aku bapak dia , dan kau pulak siapa ? apa hubungan kau dengan anak aku ?"Terjungkit hujung bibir lelaki ini.

Tadi kemain nak tampar lepastu sekarang baru nak mengaku anak ?

"Oh aku ingat orang gila mana tadi , maklumlah muka kau dengan dia langsung tak sama apatah lagi perangai "Bidas jejaka ini selamba.

Terasa panas hati Encik Arman mendengar ayat jejaka ini.Dia nak perli aku ke ?

"Eh mulut kau jangan nak kurang ajar, kau ingat aku nak sangat ke ada anak macam dia ni ? kalau boleh aku tak nak ada hubungan langsung dengan perempuan ni ... jadi kalau kau nak dia ambillah tapi ada syarat "

Jejaka itu mengangkat sebelah keningnya.Masih menunggu apa yang ingin lelaki tua ini katakan.

"Kau kena bagi aku aku duit , ibarat aku jual dia pada kau"

"How sad your life is , sanggup jual anak sendiri demi duit .. tapi takpe aku terima tawaran kau so berapa kau nak ?"Ayreena yang berada di belakangnya agak terkejut dengan jejaka ini.

Adakah jejaka ini benar benar terima tawaran ayahnya itu ?

"500K dan kau boleh ambik dia jadi hak kau"Jejaka itu mengeluarkan sekeping kertas sebelum ditandatangan lalu dilemparkan pada wajah Encik Arman.

Cek yang berjumlah 500K itu dikutip Encik Arman.

"Bila aku suruh kau datang walikan dia kau kena datang , aku takkan sentuh dia selagi dia tak jadi milik aku ... jangan jadikan maruah anak kau semurah diri kau"

Dia terus melangkah meninggalkan lelaki tua itu yang sedang menghadam baik ayatnya itu.Tangan terus mencapai lengan Ayreena yang berlapik baju itu.

Gadis itu masuk ke dalam kereta mewah miliknya.

"Terima kasih sebab tolong saya tapi kenapa awak perlu terima tawaran tu ?"Selepas sekian lama membisu akhirnya dia bersuara juga.

Haider yang baru sahaja masuk ke tempat memandu itu memandang tepat wajah cantik Ayreena.

Betullah yang dikatakan Darwish dan Dayyan.Wajah Ayreena benar benar iras dengan adiknya.

Fey Helena.

"Saya terima tawaran tu sebab saya tahu , selagi dia tak dapat apa dia nak dia akan terus desak awak sampai dia dapat apa dia nak ... silap haribulan he can sell you just to get money"Suara garau milik Haider itu menerpa masuk ke dalam gegendang telinganya.

Jangan kata muka je hensem , suara pun hensem.

Apabila difikirkan semula , apa yang dikatakan oleh jejaka dihadapannya ini ada juga betulnya.Dia teringat peristiwa beberapa tahun lepas yang dia dijual tetapi mujur sahaja dia berjaya melarikan diri.

"Dan apa maksud awak tentang awak suruh dia datang walikan saya ?"Jelas terpampang wajah keliru Ayreena.

"I want you to be my wife so I can protect you no matter what"Dan dengan serta merta detak jantung Ayreena terasa laju daripada biasa.

Benarkah apa yang dikatakan Haider itu ?

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now