- MFH 11 -

42 7 1
                                    

Jam ditangan dipandang sekilas sebelum dia keluar daripada keretanya.Hari ini dia terpaksa balik lambat memandangkan ada beberapa perkara dia perlu selesaikan.

Jam ditangannya menunjukkan tepat pukul 12:30 malam.Dia yang sedang berjalan mendekati pagar rumahnya itu terasa seperti ada orang mengekorinya.

Kunci rumah dicari dengan pantas namun tidak dijumpai.

"Ya Allah mana kunci ni"Kata Ayreena perlahan untuk menutupi rasa gugup dalam dirinya.

Dia cuba menenangkan dirinya sebelum rasa takut itu makin bermaharajalela dalam dirinya.

Tiba-tiba ada satu tangan menyambar kasar tangannya.Dengan pantas dia menoleh ke arah gerangan tersebut.

"Ish apa ni lepaslah !"Kata gadis itu separa kuat.Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika ini.

Takut , marah semua ada.

"Okay I'm sorry , janganlah marah marah cik adik nanti muka you tak cantik maa"Kata lelaki cina itu.Senyuman sinis diberikan pada Ayreena.

"Apa yang korang nak ha ?"Ayreena cuba mengawal emosinya ketika ini.Dia tidak boleh menangis sekarang.

Jika tidak lelaki dan konco-konco dihadapannya ketika ini mungkin akan lebih melakukan sesuatu yang lebih diluar jangkaan.

"Wa ? wa mahu duit wa balik maa , bapak you sudah pinjam sama wa tapi tak mahu bayar"Kata lelaki cina itu lagi.Ayreena sudah mengucap di dalam hatinya.

Apa lagi yang ayahnya buat kalini ? tidak cukupkah ayahnya minta duit daripadanya haritu ?

"Kenapa korang datang minta dengan saya ?"Soal Ayreena inginkan kepastian.

Senyuman sinis mulai terbit dari bibir lelaki cina itu.Senyuman yang agak seram baginya.

"Sebab you anak dia maa , dia suruh waa datang minta sama you la"Dan buat kesekian kalinya Ayreena menghembuskan nafasnya.

Tolonglah ya Allah , kenapa dia kena lalui semua ini.

"Saya takde duit , korang balik"Kata Ayreena menyuruh lelaki-lelaki itu untuk pulang.

Namun apakan daya , mereka masih tetap berdiri di situ tetapi kalini lelaki cina itu mengambil tindakan yang menyebabkan Ayreena ketakutan.

"Apa ni ? lepaslah !"Marah Ayreena apabila lelaki cina itu memegang tangannya.Dia rasa jijik apabila lelaki yang bukan mahramnya memegang tangannya.

Semakin hebat senyuman di bibir lelaki itu.

Dan akhirnya Ayreena tewas , air matanya mengalir jua.

"Kalau you takde duit , -- "Ayat lelaki itu terhenti apabila ada suatu suara menyampuk.

"You touch her and you will pay what you've done for"

Ayreena menekup mulutnya,dia cukup kenal akan suara itu.

Haider !

"You siapa maa , jangan masuk campur la"Kalini giliran Haider pula tersenyum ke arah lelaki itu.

Jangan masuk campur ?

"Lepaskan dia , now"

Lelaki cina itu tidak menurut malah dia merangkul bahu gadis itu pula.Tindakannya itu mengundang kemarahan pada diri Haider.

"Cina ni memang nak makan kaki"Kata Haider perlahan sebelum dia menumbuk konco-konco lelaki itu sehingga tumbang.

Ayreena hanya menekup mulutnya daripada mengeluarkan tangisnya.Dia takut.

"What do you want from her ?"Soal Haider pada lelaki itu.

Dan akhirnya lelaki itu mengalah.

"Wa mahu duit wa balik maa , bapak dia pinjam sama waa tapi bapak dia tak nak bayar"

Ayreena hanya diam sambil memandang ke bawah.

Dia buntu.

"Berapa ? berapa bapak dia pinjam sama you ?"

Ayreena cuba memandang ke arah Haider.Wajah lelaki itu membuatkan hatinya berdetak sedikit laju dari biasa , mahu menidakkan tapi itulah hakikatnya.

"30K"Dan kalini Ayreena terasa ingin rebah ke bumi.

Tiga puluh ribu ? mana dia nak cari duit banyak macam tu ?

Dan tanpa berkata apa-apa , sekeping check diberikan pada lelaki cina itu.

"Take this , and don't you dare to come here again or else I will break your bone "Lelaki cina itu mengangguk sebelum anak-anak buahnya itu mengikutinya.

3 orang tumbang ditangan Haider ? What the ?

Ayreena masih lagi memandang ke arah tanah.

"Awak .. Ayreena , are you okay ?"Soal Haider risau.Dia takut lelaki itu apa-apa kan gadis dihadapannya ini.

Ayreena menggeleng sebelum dia menangis.Dia tidak mahu mengungkapkan bagaimana perasaannya ketika ini.

Takut ? marah ? kecewa ?

"Hey don't cry , diorang ada apa-apa kan awak ke ? bagitahu saya , atau kita pergi hospital ?"Soalan demi soalan dilontarkan pada Ayreena.

Dan sekali lagi Ayreena menggeleng. Kenapa Haider begitu baik dengannya sedangkan dia sudah menolak lamaran jejaka itu.

Ingin sahaja Haider memeluk gadis itu namun dia tahu batas antara mereka.

"Awak.. macam mana kalau ramai lagi yang akan cari saya lepas ni ?"Soal Ayreena sambil air matanya galak menuruni pipi.

Haider memandang ke dalam anak mata gadis itu.Terdapat seribu satu kesedihan yang disimpan gadis ini.

Itu yang pasti.

"As I said before , marry me and I can protect you no matter what .. I want to be the one who can wipes your tears"

Ayreena memandang ke arah Haider dengan pandangan yang kabur akibat air matanya.

"T-tapi -- "Belum sempat gadis itu berkata , Haider memotong bicaranya.

Anak mata coklatnya tepat memandang ke arah anak mata Ayreena.

Mencuba untuk berbicara dari hati ke hati.

"Don't worry , you're save with me .. trust me"Sebaris ayat itu cukup untuk meyakinkan Ayreena.

"Saya minta maaf sebab dah susahkan awak , saya janji saya akan cuba bayar balik duit awak"Kini Ayreena sudah dihurung rasa serba salah.Bukannya sedikit jumlah duit itu.

Mana tidaknya , sudahlah jejaka itu melangsaikan hutang ayahnya.Dan ini bukan kali pertama Haider menyelamatkannya.

"Awak tak perlu minta maaf pun , itu bukan salah awak .. pasal duit tu awak jangan risau , nothing more important than you "

Dan akhirnya jantungnya kembali berdegup laju dari biasa.

"Saya minta maaf sebab tolak lamaran awak haritu"Kata Ayreena perlahan.

Dia tidak mahu memandang ke arah wajah kacak itu.Dia malu.

"Awak orang pertama yang reject saya tau , nasib saya tak patah hati"Balas Haider ingin bergurau.

Kalau Zayden , Dayyan dan Darwisy tengok ni mahu kena menganjing.

Ayreena semakin rasa serba salah dan malu.Dia ingin sahaja mengetuk kepalanya ketika ini.

"Saya minta maaf , saya bukan berniat nak tolak lamaran awak .. awak tak maafkan saya ?"Dan kalini dia beranikan diri untuk memandang ke arah wajah kacak Haider.

Jejaka itu sedang tersenyum melihat gelagat Ayreena.Oh tak berniat rupanya ?

"Kenapa saya tak maafkan awak , itu pilihan awak"Haider masih ingin menguji gadis itu.

Terasa comel pula bila gadis itu berkelakuan begitu.

"Bagi saya masa 7 hari dan saya akan bagi awak jawapan , awak okay ?"Ayreena mengangkat sebelah keningnya kepada Haider.

Dan akhirnya Haider mengangguk sebelum tersenyum kepada gadis itu.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now