- MFH 6 -

51 6 0
                                    

Beg kertas yang sederhana besar itu dipandangnya.Otak masih ligat berfikir.

"Siapa yang bagi ni ?"Ayreena memandang Darwisy dan Dayyan yang sedang berdiri dihadapannya.

Kedua-dua jejaka itu kelihatan begitu kacak dengan kemeja di tubuh mereka.

"Saya la yang bagi ,awak ambik ya"Darwisy terus meletakkan beg kertas itu di atas kaunter sebelum keluar daripada kafe itu dengan beberapa cawan kopi dipegang erat.

Dayyan hanya mengikuti langkah Darwisy dengan memegang dua cawan kopi ditangannya.

Ayreena menghantar pemergian dua orang jejaka itu dengan wajah terpinga-pinga.

"Buka la Reen"Kata Wafiy disebelah nya.

Ayreena menjeling lelaki itu sebelum mencapai beg kertas yang berwarna merah jambu itu.

Beg kertas itu dibuka ,dia mengeluarkan segala isi di dalam beg itu.Terdapat , bandage ,krim dan losyen tangan.

"Wah untung kau Reen , tangan melecur pun dapat hadiah"Bahu Wafiy dipukul separa kuat.

Wafiy sudah tergelak besar memandang wajah menyampah Ayreena.Nak usik sikit pun tak boleh.

"Eh ada note la Reen"

Ayreena mengambil kad yang saiznya tidak begitu besar daripada tangan Wafiy.

I'm sorry if saya dah menyusahkan awak ,and I'm sorry sebab saya dah suruh awak buatkan kopi walaupun tangan awak melecur .. I'm really sorry.Take this as my forgive present

Ayreena tersenyum kecil membaca kad itu.Lah ingat sebab apa tadi , sebab berasa bersalah kerana kecederaan tangannya.

"Sengih-sengih pulak dia , sukalah tu"Sebelum tangan Ayreena singgah di bahunya buat kali kedua baik dia melarikan diri.

"That's all for today , thank you everyone"Kata Haider sebelum semua pekerjanya yang berada di meja mesyuarat itu bangun.

Apabila semua pekerjanya telah keluar daripada bilik mesyuarat itu , kepala disandarkan pada kerusinya.

"Yang korang ni tak nak keluar ? bukan selalunya korang ke yang paling nak keluar awal ?"Satu perlian diberikan kepada Darwisy dan Dayyan.

Darwisy dan Dayyan hanya menjeling lelaki itu lalu terus menatap ke arah telefon bimbit masing-masing.

Zayden yang duduk dihadapannya hanya tersenyum kecil mendengar kata-kata Haider.Matanya masih fokus memandang ke arah skrin laptopnya.

"Aku dah bagi paper bag tu kat dia , apa yang kau isi dalam tu ?"Darwisy terus menoleh ke arah Haider.

Haider yang sedang seronok menikmati kopi hot latte nya itu berhenti seketika.

"Something that can treat her burn hand"

Darwisy dan Dayyan memandang lelaki itu tidak berkelip.

"Haritu bukan main kata tak rasa bersalah"Bidas Dayyan sambil matanya menjeling jejaka bermata coklat itu.

Zayden yang sedang ralit menaip sesuatu itu di laptopnya itu ketawa.Bukan dia tidak biasa mendengar Dayyan dan Darwisy memerli Haider.

Haider hanya memekakkan telinganya.

"Orang bila dah suka macam tu la , kau ni macam taktahu.. kau tak pernah bercinta ke?"Kalini giliran Zayden pula bersuara.Haider hanya diam mendengar kenyataan itu.

Dia suka Ayreena ?

"Dia memang tak pernah bercinta , katanya semua perempuan sama"Tambah Darwisy bagi memanaskan lagi suasana di dalam bilik itu.

Haider hanya menghiraukan tiga orang jejaka itu.Dia kembali menikmati hot latte miliknya.

Lantak korang la , asalkan aku bahagia.

"Eh diamlah , korang apa tahu .. jauhi zina"Dayyan ingin membela dirinya daripada terus menjadi bahan bualan oleh Zayden dan Darwisy.

Zayden dan Darwisy sudah mengekek -ngekek ketawa mendengar jawapan Dayyan.Apa ? jauhi zina ?

"Jauhi zina ke tak laku ?"Darwisy yang sudah tersandar di tepi dinding kerana mentertawakannya dipandang menyampah.

Zayden pula sudah mengelap air matanya menggunakan sapu tangan.

"Tak laku kepala otak kau , mulut kau baik sikit ek"Haider hanya melihat telatah 3 ekor makhluk dihadapannya ini.

Pada akhirnya Haider terus keluar daripada bilik itu lalu menuju ke pejabatnya.Tak kuasa dia mahu melayan drama murahan itu.

Buang masa sahaja.

-----

Pipi ditepuk perlahan sebelum mata yang tertutup dia kembali terbuka.

"Bila kau nak bayar duit aku ?"Dagunya dicengkam kuat sehingga dia merengus kesakitan.

Wajah lelaki di hadapannya itu dipandang.Hujung bibir yang berdarah itu dibiarkan.

"Mi..minggu de..depan"

"Minggu lepas kau cakap nak bayar minggu ni , lepas minggu ni .. lepas tu minggu depan pulak ?"Semakin kuat cengkaman lelaki itu didagunya.

Badannya yang terkulai layu itu hanya dipandang sahaja.

"Arman .. Arman ,kau ada anak kan ?"Soal lelaki itu.

Encik Arman yang sudah tidak mampu bercakap itu hanya mengangguk.

"Apa kata kau minta duit dengan anak kau ? mesti dia dah kerja , takkanlah takde duit"Tanpa menunggu lama Encik Arman hanya mengangguk buat kesekian kalinya.

Dia tetap mengangguk walaupun dia tidak tahu anaknya itu masih hidup ataupun tidak.

"Ingat Arman , minggu depan pastikan kau bayar duit aku .. faham ?"

Selepas itu lelaki itu terus meninggalkan kawasan rumah usang itu.Encik Arman yang sudah tidak mampu berdiri itu hanya menyandarkan tubuhnya di dinding kayu rumahnya.

Sekarang yang ada dalam fikirannya hanya Ayreena.Dimanakah dia mahu mencari gadis itu ?

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now