- MFH 12 -

35 7 0
                                    

Selepas tragedi yang menimpa Ayreena tempoh hari , Haider menasihatkan Ayreena supaya tidak balik lambat lagi.

Takut takut ada yang mengikutnya lagi.

"Haider , esok kita fly ke Milan eh ?"Soal Dayyan sambil menatap ke arah telefon bimbitnya.

Sibuk sangat dengan telefon padahal bukan ada awek pun.

"Taklah , kita fly gi rumah nenek kau"Balas Darwisy sebelum Dayyan menjeling nya.

Dayyan ni memang lah , suka tanya benda yang dia dah tahu jawapan.

"Dayyan , haritu kau pergi jumpa Mr Charlie kan ? apa pendapat dia pasal projek kita yang baru tu ?"Soal Haider sambil memusingkan kerusinya itu.

Macam biasa , jejaka ini pasti akan menyemak di dalam bilik kerjanya.

"Dia kata everything okay , and dia kata design condominium tu nampak lebih menawan .. about the details you don't have to worry , aku dah terangkan"Dayyan menepuk dadanya tanda menyuruh Haider untuk mempercayainya.

Bukan apa , banyak main sangat sampai susah nak percaya.

"Lepasni kau bolehlah tolong design kan rumah aku pulak , kita kan kawan"Kata Dayyan dengan mata dikedipkan beberapa kali.

Haider hanya menjeling sebelum kembali menatap ke arah komputernya.

"Suruh designer kat sana la , aku busy"

Pada awalnya Haider bekerja di syarikat bapanya itu sebagai seorang arkitek namun setelah dinaikkan pangkat sebagai pengurus dia menyerahkan tugasnya itu kepada pekerjanya.

"Alah bukannya selalu pun , takpun aku suruh qay .. boleh kan qay ?"Dayyan memandang ke arah zayden pula.

Qay Zayden juga sama seperti Haider , mempunyai kelulusan dalam bidang architecture dan dia juga salah seorang designer di dalam syarikat itu.

"Of course can , cause why not right ?"Dayyan akhirnya tersenyum selepas mendengar respon daripada zayden.

Zayden juga tidak kalah hebatnya , kepakarannya yang profesional membuatkan ramai orang memberikan kepercayaan kepadanya.

"Asal kau tak beli je rumah ? sibuk nak bina bina kenapa ?"Kata Darwisy dengan kening berkerut.

Dayyan ni kadang-kadang bukan boleh pakai sangat.

"Aku nak design sendiri rumah aku , kau apa tahu .. rumahku syurgaku kan ?"Darwisy hanya menjeling jejaka itu.

Ikut kau lah samad.

"Aku terfikir la , macam mana kita semua boleh berkawan ek ?"Soalan yang agak KBAT keluar daripada mulut Dayyan.

Ada ek soalan macam tu.

"Kau tak ingat ke ? kita semua kan kawan dari sekolah"Darwisy mengingatkan kembali peristiwa di mana mereka mula berkawan.

Haider hanya menggeleng kepala dengan perangai Dayyan dan Darwisy ini.

"Oh ha baru aku ingat , aku ingat lagi waktu tu Darwisy lah paling pandai antara kita berempat"Haider yang sedang menghadap ke arah komputer itu mengangguk setuju dengan Dayyan.

Darwisy antara yang terpandai antara mereka berempat jadi tidak hairanlah jika dia melanjutkan pelajaran dalam bidang  engineering , bidang yang diminatinya.

Dayyan ? Dia kelulusan dalam bidang ekonomi , walaupun nampak tidak begitu series tapi itulah hakikatnya.

"Haider , semalam kau pergi rumah Ayreena ke ?"Soal Zayden meminta kepastian.

Haider menelan pahit liurnya.

Perlahan-lahan jejaka itu mengangguk.Mahu tidak mahu dia perlu jujur.

"For what ? asal kau pergi rumah dia ?"Soal Darwisy pula.

Dayyan sudah melopong mendengar perbincangan 3 orang rakannya itu.

"Aku nak cakap sesuatu dengan dia tapi it's too late , waktu tu dah lewat malam dalam pukul 12:15 so I choose to follow her .. then you guess what ? "Mereka bertiga masih setia mendengar ceritanya.

Masing-masing memandang Haider tanpa berkelip mata.

"Ada cina ikut dia sampai rumah , suruh dia bayar hutang bapak dia"Melopong mulut Darwisy dan Dayyan selepas mendengar ayat Haider.

"Berapa banyak hutang bapak dia ?"Soal Zayden ingin tahu.

Haider mengeluh perlahan.

"30K , yang lagi buatkan aku bengang mamat cina tu pergi pegang dia"Sambung Haider mendatar.

Dayyan sudah tersenyum senget.Ehem abe jealous ke ?

"30K ? banyak jugak , then let me guess .. your pay for her am I right ? "Tekaan Zayden tidak pernah tersasar dari sasarannya.

Haider hanya menunjukkan reak wajah biasa , sedikit pun tidak terkejut dengan tekaan Zayden itu.Kerana dia tahu itu salah satu kepakaran yang ada pada lelaki itu.

Meneka dengan tepat tanpa perlukan bantuan.

"Setakat 30K celah ketiak dia je , lepastu apa jadi ? kau peluk dia ?"Teka Dayyan pula.

Tapi kalini punya tekaan jauh dari fikiran.Apa ke situ pulak .

"Aku tak segatal kau , sorry sikit"Jawapan Haider mengundang jeling Dayyan.

Eleh iyalah tu tak gatal.

"Tapi mesti kau jealous kan mamat cina tu pegang dia "Kata Darwisy dengan senyuman sengetnya.

"Takde , mana ada"Dayyan pula tersenyum senget.Haider masih cuba mengawal reaksi wajahnya.

Alolo malu pulak dia.

"Kalau tak jealous , ni bekas apa kat tepi pipi kau ni ? ni tak lain tak bukan kau bertumbuk ni"Kata Zayden sambil menunjuk ke arah tepi pipi Haider.

Haider naik memegang pipinya yang agak sakit itu , dia tidak perasan pula.

"Alah sikit je , yang penting aku tak jealous okay "Mereka bertiga hanya menghiraukan Haider.

Iyalah Haider , iyalah.

"Dah takde sambungan ke cerita cinta kau? ke habis sampai situ je ?"Rasa ingin tahu dalam diri Darwisy sedang membuak-buak.

Iyalah manatahu , dia lamar perempuan tu lagi sekali ke ?

"Dia suruh aku bagi dia masa  7 hari untuk dia fikirkan "Mereka bertiga mengerutkan dahi.

Fikirkan ? untuk apa ?

Haritu Haider hanya memberi tahu yang bapa Ayreena datang berjumpa dengan gadis itu tetapi dia tidak memberi tahu yang dia melamar gadis itu.

"Aku ajak dia kahwin"Dan buat kesekian kalinya ketiga-tiga jejaka itu melopong.Kalini Zayden juga turut serta.

What the ? Haider nak kahwin ?

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now