- MFH 18 -

42 2 0
                                    

Rumah batu yang berkonsepkan rumah kayu itu dipandang indah.Pintu kereta ditutup sebelum berlalu ke bonet kereta untuk mengambil beg pakaiannya.

"Assalamualaikum ibu , abah"Laung Ayreena separa kuat di hadapan rumah itu.Rumah kampung yang agak besar itu perlu dijerit sedikit kuat.Nanti tak dengar.

Tanpa menunggu lama kelibat seorang wanita yang berumur dalam lingkungan separuh abad itu muncul.Tubuh langsing Ayreena dipeluk erat.

"Waalaikumussalam, Reen sihat ? lama ibu tak tengok Reen"Wajah anak gadis itu diusap-usap.Rindunya pada si anak ini hanya dia sahaja yang tahu.

Meskipun bukan dari rahimnya tapi kasihnya pada Ayreena tidak ada yang kurang.Dilayan sama rata seperti anak kandungnya.

"Reen sihat alhamdulillah , Reen minta maaf ya lama tak balik jenguk ibu ayah"Tangan tua itu disalami.Rindu dia pada ibu angkatnya itu.

"Tak apalah kamu pun sibuk kat KL tu , ibu faham .. ni Sophea dah sampai semalam kenapa kamu tak balik dengan dia ?"Soal Puan Saliha sambil mengerling kereta dua orang ada daranya itu.

Ayreena tersengih sumbing.Dia ada kerja sikit semalam.

"Reen ada kerja sikit semalam ibu kat kafe, alah takpelah lagipun bakal pengantin kena balik awal tak gitu ibu ?"Kata Ayreena sebelum disambungkan dengan tawanya.Sengaja nak mengusik si bakal pengantin sorang tu.Entah-entah tengah syok tidur.

Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu , kelibat pertama orang dicari adalah Encik Ishak.Selalunya abah akan sambut dia.

"Mana abah bu ?"Mata Ayreena meliar disekitar ruang tamu yang luas itu.Lama tidak tengok wajah ayah angkatnya itu.Rindu.

"Abah kamu biasalah dikebun la, dia tahu anak kesayangan dia nak balik .. dia apa lagi pergi kebun la nak petikan rambutan untuk kamu"Panjang bicara Puan Saliha sebelum disambut dengan tawa Ayreena.Abah ni alahai.Tak pernah lupa apa yang dia suka.

Kaki diatur masuk ke dalam biliknya.Bagasi ya g dipenuhi bajunya disusun di dal almari dengan kemas.Baju kurung moden berwarna emerald green yang dihiasi dengan manik dan sulaman itu ditatap lama.Masih elok didalam plastik memandangkan dia menghantar bajunya itu ke dobi.

Baju yang akan dipakai pada majlis perkahwinan kakak angkatnya nanti.Dia keluar daripada biliknya mencari susuk tubuh Puan Saliha.

"Ibu !"Panggil Ayreena lalu disahut oleh si ibu yang berada di dapur.Langkah diatur mendekati si ibu sebelum dipeluk tubuh wanita itu.

"Kamu kenapa ?"Soal Puan Saliha hairan.Kalau Ayreena manja macam ni mesti ada apa-apa ni.

Walaupun gadis ini bukan anak kandungnya tapi dia kenal anaknya ini bagaimana.

"Kalau Reen kahwin nanti mesti ibu sunyi kan ?sebab takde orang nak manja-manja dengan ibu dah"Kata-kata Ayreena dibalas dengan pandangan redup Puan Saliha.

Walaupun dia akan rasa sedih tapi dia gembira jika anaknya ini sudah bertemu jodoh.Ibu mana tak gembira kalau anak dia gembira ?

"Kenapa ?Reen nak kahwin ke ?kalau dah ada calon bawa la dia datang jumpa ibu abah"Kata Puan Saliha.Tangan masih ligat mensiang ikan.

Ayreena disebelah hanya diam sambil bermain-main dengan sayur di singki itu.Tiba-tiba rasa sedih pula.

"Reen tak kenal dia pun sebenarnya ibu .. "Ayatnya membuatkan tindakan Puan Saliha terhenti.Nak kahwin tapi tak kenal ?

"Habistu apa yang buatkan kamu rasa kamu nak kahwin dengan dia ?"Ikan selayang yang sudah disiang dibasuh bersih sementara menunggu jawapan daripada si anak.

Tangan Ayreena masih setia bermain dengan kangkung di dalam bakul itu.Ada yang nak kena cubit ni.

"Entahlah ibu , panjang sebenarnya cerita dia"Keluhan berat dilepaskan.Dia tidak tahu dia perlu ceritakan benda sebenar ataupun tidak.

"Pendekkan .."Balasan ibunya membuatkan Ayreena menarik muncung.Ibu ni.

Lagi sekali keluhan dilepaskan.Berat sungguh apa yang ingin diceritakan ini.

"Ayah Reen dah jumpa Reen balik ibu .."Anak matanya terus memandang wajah Puan Saliha.Ingin meminta sedikit kekuatan.

Hatinya sedikit tersentak apabila mendengar bicara Ayreena.Setelah sekian lama ayah yang dahulu menjual anaknya sendiri mencari anaknya semula ?

"Tapi dia bukan nak minta maaf melainkan dia minta Reen duit , tapi Reen takde duit yang minta tu and waktu tu jugak lah ada sorang mamat ni datang tolong Reen kalau tak mungkin Reen dah makan penampar ayah"Tambah Ayreena lagi.Wajah resah Puan Saliha cuba diendahkan.Dia tahu ibu risau.

"Dia yang bagi ayah duit , Reen terhutang budi dengan dia ibu .."Sebelum dia menyambungkan bicaranya nafas dilepaskan.Sayur ditangan hampir patah akibat dimain-main.

"dan mamat tu jugak lah yang ajak Reen kahwin , ibu rasa patut ke Reen terima ?"Soalan Ayreena membuatkan Puan Saliha tersenyum.Alah anak dara sorang ni.

Kangkung ditangan Ayreena diambil untuk dipotong.Nasib tak patah banyak.

"Kamu dah bagi jawapan dekat dia ke ?"Soalan Puan Saliha dibalas dengan anggukan sebelum senyuman di wajah tua itu semakin melebar.

"Kalau kamu dah bagi jawapan maknanya kamu tahu apa yang kamu buat , kalau kamu tanya ibu .. mungkin ibu tak ada jawapan untuk soalan tu"Ayreena hanya diam membisu.Cuba menghadam ayat Puan Saliha.

"Sebab ibu tak kenal dia , walaupun kamu kata kamu tak kenal dia tapi ibu tahu yang dia tu baik .. sebab apa ? kalau kamu sendiri yang berani terima dia , makannya dia tu berjaya buat kamu rasa yang tak semua lelaki tu jahat"Tambah puan Saliha lagi.Cuba meyakinkan si anak.Dia juga tahu yang anaknya itu mempunyai trauma pada lelaki kerana masa lalunya.

Kata-kata Puan Saliha membuatkan Ayreena terdiam.

"Kadang-kadang Reen Allah hantar manusia dalam hidup kita ni sekali je ,jadi kita tak boleh tolak orang tu mentah-mentah sebab boleh jadi Allah hantar dia untuk baiki hidup kita jadi yang lebih baik"Akhirnya terbit juga senyuman daripada bibir gadis itu.Nasihat itu adalah penenang bagi hatinya.

"Allah hadirkan seseorang ni bersebab Reen , boleh jadi lelaki yang Reen cakap tu Allah hadirkan dia untuk ubati trauma Reen .."

Tubuh Puan Saliha dipeluk sekali lagi oleh Ayreena.Ingin sahaja dia menangis sekarang.

"Ibu rasa betul ke apa yang Reen buat ni ?"Soalan Ayreena membuatkan Puan Saliha menggeleng perlahan.Adoi anak sorang ni la.

"InshaAllah Reen , kalau Reen rasa ragu-ragu solat istikharah minta dengan Allah petunjuk"Nasihat demi nasihat keluar dari mulut Puan Saliha.Bukan mudah untuk meyakinkan Ayreena.

"Reen dah buat ibu"Balasan si anak membuatkan si ibu mengangguk.

"Kalau Reen dah buat maksudnya mungkin keputusan Reen tak salah , InshaAllah Reen takdir Allah tu adalah yang terbaik.. ibu sentiasa doakan Reen"Dan tanpa dipinta air mata yang tadinya ditahan akhirnya gugur juga.

Tubuh Puan Saliha masih elok di dalam dakapannya.Hangatnya pelukan seorang ibu.Dan betullah takdir Allah tu adalah yang terbaik kerana hadirkan dua orang insan yang sangat bermakna dalam hidupnya.Mungkin dulu arwah ibu pergi meninggalkan dirinya , tapi sekarang Allah gantikan arwah ibunya dengan ibu dan abah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now