- MFH 5 -

52 8 0
                                    

Helmet yang tersarung di kepalanya dibuka lalu membetulkan jaketnya.

Rambut yang agak berserabai itu dikemaskan sedikit.Rambutnya yang serabai itu tidak mencacatkan sedikit pun wajah tampannya.

Dia terus mengorak langkah memasuki kafe itu.Walaupun kafe biasa tetapi tetap terlihat cantik kerana dihiasi dengan corak yang minimalis.

Anak matanya terus menangkap sosok tubuh yang dicarinya.

"Hey bro , long time no see"Kata jejaka itu.

Haider yang mendengar itu hanya menunjukkan riak dinginnya.

"Bila kau balik sini ?"Haider menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya di hadapan jejaka itu.

Anak mata jejaka itu dipandangnya.

"Aku sampai semalam , yang kau ni kenapa pandang aku macam nak makan ni ?"Haider terus melarikan anak matanya ke arah lain sebelum riak wajahnya bertukar biasa.

"Asal tak bagitahu kau nak balik ?"Soal Haider lagi.

"Saja nak buat surprise , so how's your life now ?"

"As you can see , macam ni lah hidup aku .. nothing interesting "Badannya disandarkan ke kerusi.

Jejaka itu mengangguk perlahan.Dia tahu apa yang dimasukkan oleh Haider.

"Aku balik sini disebabkan daddy aku paksa aku ambil alih company dia"Satu kenyataan yang tidak disangka-sangka telah selamat meluncur keluar.

Terbuntang luas biji mata Haider sebelum ketawa kecil dilepaskan.

"Are you serious Eryan ?"Haider seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh jejaka dihadapannya ini.

Eryan Zarisy take over the Rey's company ?

"Kau jangan nak gelakkan aku la, ni kalau bukan sebab daddy aku takde maknanya aku nak ambil alih company dia tu"Tambah Eryan lagi.Masam sahaja wajahnya.

Haider dihadapannya sedaya upaya menahan tawanya daripada meletus.Mana tidaknya dulu kemain bawa diri sampai UK kononnya nak lari.

Last-last tak kemana jugak.Nasib kau la Eryan.

"Yang kau ni tak nak order ke ?aku tak order kan sebab aku tak tahu kau nak minum apa"Haider baru teringat yang dia belum memesan apa-apa.Seronok sangat gelakkan Eryan.

Haider bangun menuju ke kaunter.Inilah kafe yang menjadi pilihan hatinya setiap hari, cumanya bukan dia yang datang tetapi dua orang rakannya itu.

Siapa lagi kalau bukan Darwisy dan Dayyan.

"Encik nak order apa ?"

"1 hot latte , request to Miss Ayreena make it"Sempat dia memesan supaya gadis bernama Ayreena itu buatkan kopi untuknya.

Wafiy yang sedang menekan pos sistem itu berhenti seketika.

"Tapi Ayreena tak datang harini"Kata Wafiy.Wajah tampan Haider dipandang.

' Untung kau Ayreena semua orang yang segak-segak request kau buat kopi '

Belum sempat Haider membalas ,loceng kafe itu berbunyi.Dengan serta merta Wafiy menoleh ke arah pintu kaca itu.

Terlihat seorang perempuan yang melangkah masuk.

Gadis itu hanya berpakaian baju kurung berwarna merah jambu cerah dengan corak bunga-bunga kecil yang dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih.

Nampak kelihatan cantik dan manis.

"Ayreena ? Bukan ke kau cuti harini ?Tangan kau dah sembuh ke ?"Bertalu-talu soalan dilontarkan oleh Wafiy.

Ayreena yang baru masuk memandang jejaka itu pelik.Kau ni sabar boleh tak ?

"Haah memang cuti tapi aku bosan so apa salahnya datang , boleh tolong kau lagipun tangan aku dah elok sikit"Senyuman manis dihadiahkan buat Haider.

Takkan nak jeling customer pulak kan ? Tetapi lelaki ini nampak begitu familiar.

"Ha Ayreena 1 hot latte please"Kata Wafiy sebelum gadis itu mengangkat jarinya menunjukkan ' okay '.

"Ayreena..Ayreena , macam tahu-tahu je ada orang minta dia buatkan kopi"Haider hanya tersenyum mendengar omelan lelaki dihadapannya itu.

Apa boleh buat , jodoh mungkin ?

Apron diikat, dapat dilihat yang gadis itu nampak begitu sukakan kerjanya yang satu ini.Gadis itu kelihatan lebih menawan ketika dia melakukan kerjanya.

Haider yang sedang ralit memerhatikan gadis itu tersentak apabila meja itu ditepuk kuat oleh Eryan.

"Kau tengok apa mat ?"Eryan menoleh ke belakangnya sebelum Haider menarik kepalanya untuk pusing ke hadapan semula.

"Takde apa , dah jangan pusing"Pesan Haider.Entah mengapa tetapi dia tidak ingin gadis itu dilihat oleh sesiapa termasuklah rakan baiknya sendiri.

Tetiba dia teringatkan gadis yang dia tidak sengaja tersentuh tangan itu.Gadis itu kelihatan serupa walaupun dia tidak begitu cam.Adakah itu gadis yang sama ?

Loceng ditekan sebelum Haider bangun untuk mengambil pesanannya.

"This is your order , thank you"Ayreena menghulurkan cawan kopi itu kepada Haider.

Jejaka itu hanya membalas dengan senyuman kecil sebelum bergerak ke arah Eryan.

Dan buat kesekian kalinya loceng kafe itu berbunyi lagi.

Disebabkan kafe itu tidak begitu ramai pelanggan dan suasananya yang sunyi , loceng kafe itu kedengaran sedikit kuat daripada biasa.Haider dan Eryan menoleh sebelum ada 3 orang jejaka melangkah masuk.

Siapa lagi kalau bukan Darwisy , Dayyan dan Zayden.

"Kau memang terbaik Haider , jumpa Eryan tak roger kitorang"Kata Dayyan sebelum tubuh Eryan dipeluknya.Mengada.

Haider hanya menjeling Dayyan sebelum kopinya diminum.

"Haider memang , lupa member"Tambah Darwisy pula.

Haider hanya menghiraukan dua orang lelaki itu dan menyambung minum kopinya dengan dihiasi permandangan yang indah.Eh ? salah persekitaran yang indah.

"Oh dah order ? amacam dah tengok ke barista kesayangan kau tu ?"Soal Zayden sebelum soalannya itu mengundang jelingan Haider.

"Cik Ayreena tengoklah , inilah jejaka yang hari hari angau dengan hot latte awak tu"Kata Darwisy mengejek.

Haider menunjukkan jari tengahnya ke arah 3 orang lelaki itu.

Sabar jela.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now