- MFH 17 -

35 7 0
                                    

Kerusi lutsinar yang dibalut reben berwarna putih itu ditarik lalu melabuhkan punggungnya di situ.Mata melilau memandang sekeliling dewan mewah itu.

"Hi Cik Ayreena , you look pretty today"Ujar Dayyan lalu mengenyit kan matanya.Darwisy disebelah sedang menahan tawa apabila melihat wajah ketidak puasan hati Haider.

Oh kau nak jadi mat bunga ya ?

Ayreena pula seperti biasa , senyuman yang terlebih gula itu dihadiahkan buat Dayyan.Tidaklah begitu canggung dia nanti.

"Don't smile Ayreen .."Haider berdehem bagi menghilangkan rasa sebal dihatinya.Zayden sudah tersenyum lebar melihat wajah Haider.Bukan dia taktahu Dayyan tu kaki mengayat awek.

Ayreena terus matikan senyumannya, pandangan dikalihkan ke arah Haider.Aik ? senyum pun salah.

"Eh kau apahal ? dia nak senyum aje pun"Dayyan membalas tidak puas hati.Tahulah Cik Ayreena tu dia punya tak payahlah kedekut sangat.Bawak lari kahwin kat Thailand baru tahu.

Zayden dan Darwisy akhirnya tergelak juga , mujur sahaja tidak begitu kuat kalau tidak mahu jadi tumpuan.Ayreena hanya menayangkan wajah pelik , dah sudah bergaduh pulak.

"Dia aku punya kau --"Belum sempat Haider menghabiskan ayat Dayyan memotong.

"Eh kau jangan --"Kalini Ayat Dayyan pula dicelah oleh Ayreena.Nak gaduh sangat kan.

Jari runcing itu dihalakan pada Haider.Mata mencerlung tajam ke arah Haider.

"Apa masalah awak ni ? nak bergaduh tak tengok tempat ,dia puji saya cantik aje yang awak nak cemburu buta sangat ni kenapa ? gam mulut tu karang apa tak dapat"Berdas- das ayat yang dilontarkan oleh Ayreena.Kedengaran lembut tapi sedikit keras nadanya.Dia tidak pernah marah kepada mana-mana lelaki.Yang pernah kena marah pun Sophea je.

Haider diam seribu bahasa apabila dibidas sebegitu.Kecut perut dia ingin memandang ke arah wajah mahupun jari Ayreena.Darwisy , Zayden dan Dayyan sudah tergelak mengekek-ngekek.

Meja bulat itu dihiasi suara ketawa daripada tiga orang jejaka malaya itu.Belum pernah mereka melihat Haider dimarahi sebegitu.

Haider ? masih diam , dia jarang diomeli oleh sesiapa.Paling-paling pun puan Heliza sahaja.Tetapi ada satu rasa yang terbit dari hatinya.Rasa dikasihi dan disayangi.Kalau orang tahu , mahu dicop gila tapi itulah apa yang dia rasakan.

Baginya jika Puan Heliza membebel atau marah padanya mesti dia ada buat salah.Jadi dia anggap , Ayreena marah padanya kerana dia melakukan salah.Salah la bergaduh mulut di majlis perkahwinan hanya disebabkan perempuan ? jatuh air muka dia.

Kalau orang kata dia angau pun dia tak kisah.

Tak lama kemudian telefon pintar Haider berbunyi menandakan ada pesanan masuk.Dan setelah dilihat , ianya pesanan dari Ayreena.

'awak marah ?'

Tangannya ligat menaip di skrin telefon.Memandangkan majlis belum bermula dia mengambil kesempatan untuk mengusik gadis itu dahulu.

' iya saya marah .. sampai hati awak marah saya'

Pesanan dihantar dan anak mata naik memandang ke arah 3 orang rakannya itu.Masing- masing sibuk dengan telefon bimbit.Adalah tu ha nak mengumpat.

Ringtone telefonnya kembali berbunyi.

' maaflah , takpelah kalau awak marah saya .. '

Tiba-tiba bibirnya naik mengukir senyuman.Ayreena antara gadis yang suka meminta maaf biarpun dia tahu ego perempuan ini segunung langit seluas lautan.Tapi Ayreena bukan gadis yang mementingkan egonya.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now